Cuaca yang panas sekarang dikatakan akibat perubahan angin monsun. Ia akan menyebabkan kulit menjadi kering atau dehidrasi ditambah pula jika terlalu lama di bilik yang mempunyai pendingin hawa.
Kulit dehidrasi adalah keadaan kulit yang mempunyai kandungan kadar air kurang optimum sehingga dapat mempengaruhi keadaan tekstur kulit. Tapi ramai yang keliru di antara kulit dehidrasi dengan kulit kering.
Kulit kering merupakan jenis kulit yang tidak mengandungi minyak atau sebum yang mencukupi. Kebiasaannya kulit dehidrasi terjadi disebabkan pemakaian produk yang salah, faktor perubahan cuaca dan tidak mengamalkan pemakanan seimbang.
Sebenarnya keadaan kulit dehidrasi tidak boleh dinilai dengan keadaan kulit kering dan bersisik semata-mata. Cara mudah untuk mengetahui anda menghadapi masalah kulit dehidrasi adalah dengan mencubit kulit pipi. Jika terlihat garis atau kedutan halus, itu bermakna kulit anda dehidrasi.
Selain itu, perhatikan juga keseluruhan kulit wajah. Wujudkah garis halus di sekitar mata atau lingkaran gelap, bersisik di kawasan dahi atau kusam? Jika begini keadaan kulit anda, maka segera lakukan sesuatu kerana sudah tergolong dalam kulit dehidrasi ini.
Jenis kulit adalah faktor genetik dan ia dipengaruhi oleh jumlah kelenjar minyak dalam kulit yang menghasilkan minyak semula jadi bawah kulit. Jadi, masalah kulit dehidrasi adalah bersifat sementara dan boleh diubah. Malah, ia boleh berlaku kepada semua jenis kulit, baik jenis kulit kering, kombinasi atau berminyak sehingga mempengaruhi struktur kulit dan kehilangan kemampuan untuk mengunci kelembapan dari dalam.
Kelembapan semula jadi kulit dipertahankan oleh serangkaian elemen yang dipanggil Natural Moisturizing Factor (NMF). Jika mengamalkan gaya hidup tidak seimbang, NMF yang berada di bawah kulit akan mengalami kerosakan yang merangsang kepada dehidrasi.
Solusi terbaik menjaga NMF adalah dengan mengambil air agar kelembapan tubuh terus terpelihara. Bukan itu sahaja air dapat memelihara keanjalan kulit dan mengunci cairan di dalam tubuh sehingga proses penyerapan dapat berjalan lebih optimum.
Cara terbaik mengambil air adalah sebelum tidur kerana ketika tidur tubuh kehilangan cairan yang cukup banyak.
Oleh itu, jika anda tergolong dalam jenis kulit berminyak tetap perlu memakai pelembap untuk menjaga cairan yang mencukupi di bawah kulit.
Anda juga perlu mengawal kelenjar minyak agar tidak menghasilkan minyak secara berlebihan. Jika produksi minyak berlebihan, mungkin terkena dehidrasi kulit kerana jika kekurangan cairan, sebagai mekanisme pertahanan, kulit akan automatik mengirim mesej ke kelenjar minyak untuk memproduksi lebih banyak minyak.
MASALAH KULIT HIDRASI
This website uses cookies.