Kulit Muka Pernah BREAKOUT, RAMONA ZAMZAM Terpaksa Tolak Tawaran Berlakon

Pandainya Ramona Zamzam jaga badan. Rasanya dia nampak sama malah lagi cantik sekarang daripada zaman bujang dahulu. Ramona yang ‘lahir’ dari Pencarian Dewi Remaja 2009/10 ini masih aktif melakukan senaman di rumah walaupun jarang-jarang dapat workout secara all out selepas dikurniakan cahaya mata.

Bagi pelakon, pengacara dan model Ramona Zamzam, kecantikan bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Baik sewaktu belum berkahwin atau sudah mempunyai anak, penjagaan kecantikan tetap diutamakan. Cuma bezanya, ruang masa yang terhad membataskan untuk dia lebih fokus. Jom intai apa yang Ramona lakukan untuk mengekalkan kecantikan.

1. Bagaimana anda menjaga rutin kecantikan, lebih-lebih lagi selepas berkahwin dan mempunyai anak?
Sama sahaja sebelum dan selepas ada anak, cuma lepas ada anak lebih struggle untuk mencari masa terutamanya ketika tahun pertama. Saya sering membuat ratwan muka sebulan sekali dulu kerana kerjaya saya memerlukan saya menggunakan banyak makeup. Jadi secara tidak langsung muka menjadi kering danapabila selalu dicuci ia kehilangan minyak semulajadinya. Saya akan ke salun kecantikan untuk refresh

balik.

Apabila ada anak, paling susah sekali adalah untuk work out. Dulu, saya paling seronok dapat keluarkan peluh, buat senaman sebab kita rasa sangat puas dan sihat. Sekarang kalau ada masa, saya akan buat dua benda iaitu berenang kerana ia paling senang. Sejenis senaman yang membuatkan seluruh badan bergerak. Sangat vigorous. Work out the whole body. Kedua saya akan buat core work out, plank, sit-up, squad dan banyak lagi.

 

2. Adakah anda seorang yang ‘ikut trend’ dalam soal pemilihan produk?
Not really. Dalam pelbagai perkara pun, saya tidak terikut-ikut dengan trend. Saya menjadi diri saya dan pilih apa yang sesuai dan terbaik untuk diri saya. Kalau ada rezeki untuk beli, saya akan beli. I just go with the flow.

3. Jika ada tidak mempunyai masa, rutin paling wajib yang akan dilakukan untuk menjaga kulit wajah dan badan?
Semestinya rawatan muka. Ia terdorong sebab ia perkara asas untuk orang dalam industri ini. wajah adalah perkatra pertama yang diketengahkan. Saya dah fobia dengan kulit muka yang tak ok. Sebab itu saya lebih pentingkan jaga kulit. Kulit bersih, barulah makeup nampak cantik.

4. Apakah ‘me time’ anda?Lepas ada anak, segala-galanya ‘me-time’ apabila anak tidak ada di sisi. Lepas hantar anak ke taska, saya akan ke kafe, minum kopi dan makan sandwich tanpa gangguan orang. Dengar lagu-lagu Jazz di kafe, lepak di sofa yang selesa sangat mengujakan.

Kalau ada buku dan pen, saya nakan mula menulis. I enjoy writing! Saya bukan big fan for shopping. Saya lebih enjoy shopping keperluan dapur kerana saya suka masak. That’s my me-time. Saya lebih suka berbelanja untuk makan daripada barang-barang lain. Oh ya, saya juga enjoy saat-saat anak dan suami tidak ada ketika saya memandu! Boleh menyanyi dan memandu dalam masa yang sama.

5. Bagaimana anda menjaga kecantikan rambut?
Selepas bersalin ada masalah keguguran rambut. Rasanya ia adalah normal. Ia mulai gugur masa Ivanna Alashkar saya berusia empat bulan. Sekarang saya buat hair growth treatment. Total kunjungan 13 dan kini sudah 12 kali saya ke sana. Rambut mulai tumbuh dan ia mungkin sesuai untuk saya. Rindu rambut lebat! Kalau ada masa, saya akan ke salun rambut dan paling penting ialah bahagian kulit kepala.

 

6. Apakah masalah kulit paling teruk pernah anda alami? Dan apa yang anda lakukan untuk menyelesaikannya?
10 tahun lepas, saya mengalami masalah kulit wajah yang sangat teruk. Hampir setiap hari menjalani sesi penggambaran untuk modelling dan berlakon. Muka menang tidak pernah lekang dengan mekap sehingga menyebabkan kulit saya rosak.

Ketika itu saya memang tak tahu untuk menanggalkan solekan perlu gunakan cleanser water, makeup remover dan sebagainya. Saya hanya gunakan pencuci biasa sahaja.

Lama-kelamaan tumbuh bintik-bintik kecil memenuhi ruang wajah. Pernah juga saya menolak tawaran untuk penggambaran sebagai salah satu cara untuk ‘memberi kebebasan’ pada wajah daripada sebarang bahan kimia solekan pada kulit.

Beratus kali juga buat facial dan jaga pemakanan terutamanya buah dan sayur. Sayuran dan buah-buahan ini berkait rapat dengan penghadaman. Jika ada masalah penghadaman, boleh juga membuatkan kulit menjadi tidak sihat.

Jadi, untuk wanita yang selalu merungut berat badan dah naik, bolehlah intai-intai aktiviti Ramona. Mana tahu dapat motivasi diri.

 

Kredit foto dan video: Instagram Ramona Zamzam

Share
Published by
Anis Nor Tajul Arus