Bekas pelajar Akademi Fantasia musim ke-6 yang juga pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan, Ika Nabella kini bergelar seorang mompreneur. Bukan sahaja aktif dalam industri seni bahkan Ika Nabella juga kini ligat mengusahakan bisnesnya di samping tugas hakiki sebagai isteri dan ibu.
BAGAIMANA RUTIN PENJAGAAN KECANTIKAN & KESIHATAN ANDA?
Rutin saya masih sama seperti sebelum hamil dan melahirkan. Saya mengamalkan kira-kira empat liter air kosong setiap hari. Untuk produk penjagaan kulit wajah pula sering bertukar-tukar kerana saya gemar mencuba rangkaian produk baharu selagi ia tidak menjejaskan kulit. Sepanjang kehamilan saya langsung tidak melakukan rawatan facial
Boleh dikatakan ya kerana saya suka mencuba rangkaian produk-produk baru. Sekiranya ada yang mencadangkan kepada saya tentang sesuatu produk saya akan mencubanya. Bagi saya tidak salah untuk mencuba kerana secara tidak langsung kita dapat mengetahui sama ada ia sesuai atau tidak dengan kulit.
Selalunya saya akan memilih untuk mandi. Selain merasa segar, mandi juga dapat membersihkan badan secara keseluruhan. Selain mandi, saya juga akan mencuci wajah dan semestinya memakai serum kegemaran saya. Serum adalah satu kemestian dalam rutin penjagaan kulit wajah saya. Untuk menggunakannya tidak memerlukan masa yang lama. Hasilnya memang terbaik.
Me time saya semestinya saloon time
BAGAIMANA ANDA MENJAGA RAMBUT AGAR KEKAL SIHAT DAN CANTIK?
Untuk penjagaan rambut pula sejak dahulu saya sering bertukar syampu mengikut keadaan rambut ketika itu. Saya tidak pernah kekal dengan satu-satu jenama kerana saya mudah bosan dengan hanya satu jenama. Saya mula berjinak-jinak dengan salun ketika usia lewat 20an dan saya lebih peka dengan kesihatan rambut terutama rawatan yang melibatkan penggunaan bahan kimia. Maka, kini saya lebih selesa melakukan rawatan rambut di salun berbanding produk yang tinggi kandungan bahan kimia.
Saya sebenarnya memiliki jenis kulit yang sangat sensitif dan ia lebih ketara ketika saya hamil sebelum ini. Sepanjang kehamilan saya mengalami masalah kulit yang sangat teruk ketika fasa trimester ketiga. Memang sangat teruk sehingga keluar rumah pun saya terpaksa memakai topeng muka.
Setakat ini saya tidak mempunyai sebarang produk kegemaran memandangkan saya tidak pernah kekal dengan sesuatu produk. Namun begitu, semestinya saya memilih serum sebagai produk ‘wajib’ yang wajib digunakan setiap hari. Lebih-lebih lagi setelah kini bergelar ibu. Pastinya kulit juga mengalami perubahan terutama dari segi keanjalan. Penggunaan secara konsisten menjadikan kulit saya lebih sihat, cerah dan bersinar secara semula jadi.
This website uses cookies.