Seperti yang dijangka, keputusan PKP dilanjutkan lagi menandakan usaha menentang COVID-19 masih belum berhasil. Bagi yang terpaksa bekerja dari rumah, usah mengeluh. Gunakan masa ini untuk buat transformasi, belai diri dan pastikan kembali ke pejabat nanti seperti ‘orang baru’.
Sebenarnya terdapat banyak bahan-bahan di dapur atau di sekeliling rumah yang boleh digunakan untuk memelihara kecantikan. Yang penting kena rajin dan konsisten amalkan supaya perubahannya dapat dilihat. Dah bersedia nak cantik?
(1) SENGKUANG
Kupas ubi sengkuang, sagat isinya. Jadikan ia sebagai pupur, sapukan pada seluruh wajah dan leher. Biarkan sehingga pupur kering, khasiat yang terkandung di dalam ubi sengkuang membantu menyejukkan kulit di samping menyegar dan menjadikan kulit cerah sekata.
(2) TEH HIJAU
Bagi mengekalkan awet muda, ramai wanita di Jepun, Korea dan China mengamalkan teh hijau sebagai minuman harian. Teh hijau tinggi antioksidan. Ia merawat kulit dari dalam dan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.
(3) MADU
Kulit kering adalah sebab utama ketidaksamarataan warna kulit. Madu juga punyai ejen anti-bakteria yang membantu memudarkan kesan jerawat atau tompok gelap. Sapu madu pada wajah secara nipis. Biarkan ia kering, kemudian bilas wajah dengan air perahan limau nipis atau lemon.
CARA MODEN
Selain petua-petua menggunakan bahan semula jadi, ada juga cara mudah untuk membelai wajah menggunakan produk penjagaan yang betul. Semak beberapa himpunan pilihan Nona ini.
(1) Cetaphil Bright Healthy Radiance
Rangkaian produk Cetaphil Bright Healthy Radiance baharu akan membersihkan kulit secara lembut dan memberi hidrasi supaya kulit sentiasa lembut. Diformulasikan untuk mencerah dan meratakan tona kulit, ia mampu menjadikan kulit lebih cerah dan berseri sepanjang hari di samping memperbaiki kulit wajah pada waktu malam.
Rangkaian Bright Healthy Radiance jenama ini terdiri daripada Cetaphil Brightness Reveal Creamy Cleanser, Cetaphil Brightness Refresh Toner, Cetaphil Brightening Day Protection Cream dan Cetaphil Brightening Night Comfort Cream. Semua produk dalam siri Bright Healthy Radiance sesuai untuk jenis kulit kering dan juga kulit normal, termasuk kulit sensitif. I
(2) Nutox Youth Restoring Hydrating Treatment Lotion
Losen penghidratan terbaik dan sesuai bagi mereka berkulit normal hingga kering. Diformulasikan dengan ciri teknologi anti-penuaan Nutox, losen rawatan ini padat dengan Oxyfusion untuk kulit yang berseri-seri, Hyaluronic Acid untuk hidrasi serta ekstrak Sarang Burung yang berperanan memberi khasiat dan menangani kesan penuaan.
Sarang Burung, yang juga dikenali sebagai ‘kaviar Timur’, telah diamalkan oleh budaya masyarakat Cina sebagai solusi untuk keremajaan kulit. Ia sesuai digunakan selepas pencuci muka, sebelum serum atau pelembap pilihan.
(3) Innisfree Black Tea Youth Enhancing
Sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup sibuk serta penuh tekanan, Innisfree membangunkan formula Reset Concentrate dari teh hijau yang difermentasi hingga menjadi teh hitam. Fermentasi ini menghasilkan theabrownin yang berkesan menentang radikal bebas serta membekalkan antioksidan untuk kulit yang keletihan.
This website uses cookies.