Setiap wanita dicipta dengan perasaan sukakan kecantikan. Lebih-lebih lagi kecantikan muka. Bayangkan kulit wajah halus, lembut dan berseri-seri… tentu rasa lebih yakin bukan? Lebih istimewa kalau dapat jumpa selebriti kesayangan yang terkenal dengan kecantikannya, tentu banyak rahsia cantik yang boleh dikongsi secara eksklusif.
Kini anda boleh rebut pengalaman sekali seumur hidup ini dengan produk penjagaan wajah terkenal dari Jepun, Hada Labo. Sertai contest mudah dan anda mungkin salah seorang daripada 30 pemenang yang bakal menikmati makan malam Omakase di Nobu, KL secara eksklusif dengan personaliti pilihan masing-masing pada tarikh 28 Julai 2022 (jam 6.30 petang – 10.00 malam).
CARA PENYERTAAN
1. Beli produk Hada Labo H.A Supreme Booster Serum.
2. Muat naik video atau foto anda bersama produk di Instagram Story dan tag @hadalabomalaysia serta hashtag #HLBoostYourSkin. Pastikan akaun dalam tetapan Public.
Dapatkan maklumat lanjut dengan melayari Instagram (klik sini) atau Facebook Hada Labo (klik sini). Semak terma dan syarat peraduan dengan melayari link ini.***
PERSEDIAAN AWAL
Belum terlambat untuk kembali merawat dan mencantikkan semula kulit wajah anda dari sekarang. Ayuh bersedia dari awal agar penampilan anda sempena makan malam dengan selebriti kesayangan ini tambah bermakna!
Apabila kulit kering dan kusam, masalah yang akan muncul adalah kedutan, garis halus dan pori-pori besar. Jadi penawarnya tentulah penghidratan sempurna dengan formula asid hyaluronik. Pilihan Nona adalah set Hada Labo Hydrating
.Wanita dalam lingkungan 18-35 tahun biasanya masih dalam fasa dihambat kesibukan. Kehidupan sebenar baru bermula, rutin harian terikat dengan kerjaya dan tugas sebagai isteri dan ibu muda. Penting sekali amalkan rutin penjagaan wajah secara konsisten dalam usia ini.
Jika nampak tanda-tanda kulit kering dan kekusaman, harus segera dirawat supaya tidak melarat. Ayuh ucapkan selamat tinggal kulit kusam dengan rangkaian Hada Labo Hydrating!
Langkah 1: Gunakan Hydrating Lotion selepas mencuci muka untuk mempercepatkan penyerapan produk seterusnya. Dengan 4 jenis asid hyaluronik, ceramide dan asid amino, kulit dilengkapi dengan hidrasi menyeluruh dan memperkuat lapisan perlindungan kulit bagi kelembapan berpanjangan.
Langkah 2: Tingkatkan hidrasi mendalam dengan H.A Supreme Cera Booster. Teksturnya yang ringan senang untuk diserap kulit. Juga mengandungi 4 jenis asid hyaluronik untuk memberi kelembapan 24 jam dan merawat lapisan perlindungan kulit.
Langkah 3: Kuncikan segala kelembapan dengan menggunakan Hada Labo Hydrating Light Cream. Tekstur ringan memudahkan penyerapan ke seluruh muka. Ia mengandungi kebaikan asid hyaluronik, ekstrak sakura dan minyak botanikal untuk kulit lembut berseri.
Rahsia set Hada Labo Hydrating terletak pada ramuan utamanya iaitu asid hyaluronik. Kebaikan asid hyaluronik ialah meningkatkan kelembapan dan menjadikan wajah terhidrat. Memang bagus terutama sekali untuk anda yang bekerja di bawah penghawa dingin.
Miliki kulit lembap, sihat berseri dengan rangkaian penjagaan kulit Hada Labo yang oleh didapati di farmasi terkemuka juga secara online di Shopee dan Lazada.
This website uses cookies.