Banyak sungguh kisah-kisah suka dan duka berlaku sepanjang Ramadan kali ini. Walaupun beberapa kisah perceraian selebriti menjadi tajuk utama di dada akhbar, namun kisah selebriti yang berpisah tetapi masih mempunyai hubungan baik dengan bekas suami atau isteri tidak kurang hebatnya menjadi perbualan netizen.

Kunjungi Rumah Bekas Mentua Sempena Iftar, FASHA SANDHA & NORA DANISH Kongsi Momen Indah Keluarga Besar. Meriah!

Ads

Perkongsian Fasha Sandha dan Nora Danish di laman Instagram masing-masing mengenai keberadaan mereka mengunjungi kediaman bekas keluarga mentua, Tan Seri Dato Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib dan Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah menjadi sorotan netizen sejak semalam.

Mana tidaknya, dengan berpakaian sedondon rona merah, kedua-dua bekas menantu bekas Yang DiPertua Dewan Rakyat ini beriftar bersama keluarga besar tersebut yang turut dihadiri oleh Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Kunjungi Rumah Bekas Mentua Sempena Iftar, FASHA SANDHA & NORA DANISH Kongsi Momen Indah Keluarga Besar. Meriah!

Kunjungi Rumah Bekas Mentua Sempena Iftar, FASHA SANDHA & NORA DANISH Kongsi Momen Indah Keluarga Besar. Meriah!

Menjengah laman Instagram kedua-dua selebriti ini, ramai berkongsi rasa gembira melihat ukhwah yang terjalin di antara mereka. Kisah silam telah menjadi satu lipatan sejarah buat mereka dan dibuang jauh-jauh dan mengeratkan silaturahim demi kepentingan keluarga dan anak-anak.

Kunjungi Rumah Bekas Mentua Sempena Iftar, FASHA SANDHA & NORA DANISH Kongsi Momen Indah Keluarga Besar. Meriah!

Kisah kedua-dua selebriti ini pernah menjadi hot topik di kalangan netizen apabila mereka sepakat menyelesaikan isu mahkamah di antara mereka secara baik dan memilih untuk berdamai kerana menganggap anak-anak mereka bersaudara.

Selepas Fasha mengemukakan permohonan maaf di depan hakim M Gunalan, Nora Danish bersetuju menarik balik saman fitnah yang dikemukakan ke atas Fasha dan syarikatnya dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM20 juta. Persengketaan mereka juga berakhir pada bulan Ramadan tahun 2018 yang lalu.

Kunjungi Rumah Bekas Mentua Sempena Iftar, FASHA SANDHA & NORA DANISH Kongsi Momen Indah Keluarga Besar. Meriah!

Ads

Nora Danish hadir ditemani keluarganya termasuk ibu, suami dan anak-anak. Manakala Fasha hadir bersama keluarga dan anak-anak tanpa kelibat Aidil Aziz kerana terikat dengan komitmen kerja. Walau bagaimanapun, Aidil tetap berkongsi komen berupa penghargaan kepada Jejai dan keluarga yang menganjurkan majlis iftar tersebut sekaligus meraikan ulang tahun ke 10 Putra Rayfal.

Kunjungi Rumah Bekas Mentua Sempena Iftar, FASHA SANDHA & NORA DANISH Kongsi Momen Indah Keluarga Besar. Meriah!

Rumah tangga Fasha dan Jejai berakhir pada 20 Januari 2016 selepas empat tahun bergelar suami isteri. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma. Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang puteri Aisha Amaira yang kini berusia 2 tahun.

Kunjungi Rumah Bekas Mentua Sempena Iftar, FASHA SANDHA & NORA DANISH Kongsi Momen Indah Keluarga Besar. Meriah!

Ads

Manakala Nora dan Jejai pula mendirikan rumah tangga pada 20 Jun  2006 dan dikurniakan seorang zuriat lelaki bernama Putra Rayqal Ramli. Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan bahtera perkahwinan. Nora berkahwin dengan Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.

Ramadan yang indah buat insan-insan yang menjadikan ianya sebagai bulan yang penuh keberkatan dan kemaafan yang lahir dari hati nan ikhlas!

Foto: Instagram Nora Danish & Fasha Sandha

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI