Kanser serviks atau lebih dikenali sebagai kanser pangkal rahim merupakan salah satu penyakit kanser yang serius daripada 200 jenis penyakit kanser di dunia. Hampir 650 orang mati setiap hari di seluruh dunia dan hampir 240,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia disebabkan oleh kanser serviks.Kanser yang sering dikaitkan dengan kaum wanita ini dikatakan kanser alat kelamin yang menjadi pembunuh utama wanita.

Ads

Ujian pap adalah satu ujian yang ringkas yang biasanya dilakukan untuk mengesan sel-sel serviks yang abnormal atau berkanser. Oleh itu, ujian pap boleh mengesan perubahan serviks sebelum ia berkembang menjadi kanser. Ujian ini berjaya mengurangkan kematian akibat kanser serviks. Ia mula digunakan secara meluas pada tahun 1950an. Antara tahun 1950 hingga 1970, bilangan kematian akibat kanser serviks di Amerika Syarikat berkurangan sebanyak 70 peratus.

Apakah kanser serviks?

Ads
  • Kanser serviks adalah salah satu daripada 200 jenis kanser dan berlaku dalam serviks iaitu bahagian uterus yang berbentuk kon yang menyambungkan bahagian atas uterus (rahim) dengan vagina (faraj)
  • Kanser serviks terjadi apabila sel-sel abnormal di dalam lapisan serviks mula membiak secara tidak terkawal sebagai gerak balas kepada jangkitan HPV. Sel-sel serviks yang abnormal boleh berkumpul untuk membentuk gumpalan yang disebut sebagai tumor. Tumor yang benigna (tidak berkanser) pula merebak dari puncanya dan membesar sehingga menjadi kanser yang mengancam nyawa.

Penyebab kanser serviks

Ads
  • Hampir kesemua kanser serviks disebabkan oleh sejenis human papillomavirus (HPV) iaitu virus biasa yang menjangkiti kira-kira separuh manusia pafda suatu ketika dalam hidup mereka.
  • Lebih dua per tiga dari kanser serviks disebabkan oleh HPV berisiko tinggi jenis 16 dan 18
  • Dalam suatu kajian antarabangsa di kalangan wanita yang menghidap kanser serviks di 22 negara, lebih 90 peratus wanita di Asia Selatan (India, Indonesia, Filipina dan Thailand) berjangkit dengan HPV terutamanya jenis 16 dan 18.

Bagaimana kanser ini dirawat?

  • Terdapat beberapa rawatan yang boleh didapati bagi lesi serviks yang berupa kanser atau prakanser. Dalam setiap keadaan, seseorang wanita dan penyediaan penjagaan kesihatannya dapat menentukan rawatan paling sesuai.
  • Peringkat prainvasif – Apabila kanser telah menyerang hanya lapisan luar serviks, pembedahan laser yang menggunakan laser untuk menghapuskan sel-sel yang abnormal perlu dilakukan.
  • Kriopembedahan yang menghapuskan lesi kanser dan prakanser dengan membekukannya.
  • Prosedur eksisi pembedahan gelung (loop electrosurgical excision procedure LEEP) yang menggunakan gelung dawai yang halus untuk memotong bahagian yang mengandungi sel-sel abnormal untuk dibuang dari serviks.
  • Biopsi kon yang membuang tisu berbentuk kon dari serviks melalui pembedahan.
  • Peringkat invasif apabila kanser memasuki serviks dan mungkin juga tisu dan organ yang lain, rawatannya boleh merangkumi sinaran yang menggunakan tenaga tinggi untuk mengecilkan tumor, kemoterapi yang menggunakan ubat antikanser yang mampu merawat semua bahagian tubuh untuk membunuh sel serta histerektomi yang boleh dilakukan dengan dua cara bergantung kepada keterukan kanser.
  • Histerektomi ringkas ialah pembuangan kanser serviks dan uterus
  • Histerektomi radikal melibatkan pembuangan serviks, uterus dan sebahagian vagina dan nodus limfa di bahagian yang berkenaan. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI