Satu demi satu kejayaan yang diraih pelakon kebanggaan negara kita, siapa lagi tidak lain tidak bukan Tan Sri Michelle Yeoh yang kini semakin menempa nama dalam industri perfileman Hollywood. Selain menjadi salah seorang pelakon wanita Asia yang menjadi pilihan penerbit dan studio untuk filem-filem berbajet besar, wajah Michelle Yeoh juga turut menjadi pilihan jenama-jenama produk kosmetik dan kesihatan.
Dan baru-baru ini, La Mer melancarkan kempen sosial krim lembutnya yang baru, dibintangi oleh pelakon terbaik Oscars 2023 tersebut. Sememangnya dikenali dengan bakat, personaliti dan aura elegannya, Michelle Yeoh dilihat cukup sesuai dengan misi La Mer dalam mempromosikan kualiti kekuatan dan kelembutan yang abadi.
View this post on Instagram
“Kempen bersama Michelle Yeoh adalah semula jadi. Falsafah dipegang La Mer memanfaatkan kesihatan dan tenaga yang dilahirkan untuk mencapai kecantikan abadi, seriring dengan Michelle Yeoh. Michelle Yeoh berjaya menentang tanggapan konvensional tentang masa dan umur, dengan kerjayanya yang menjelma dan memberi inspirasi,” kata Sandra Main, Presiden Jenama Global La Mer.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan di media sosial Michelle dan La Mer, Kempen yang menciduk inspirasi lautan ini diarahkan oleh Yvan Fabing, menceritakan perjalanan peribadi dan ritual menjadikannya seorang wanita berpengaruh hari ini. Michelle juga dijadualkan akan membintangi beberapa lagi siri video untuk kempen ini.
Untuk video pertama, Michelle Yeoh kembali ke masa lalu membentuk pengalaman dan memori, sambil menggambarkan penemuan La Mer Moisturizing Soft Cream. Krim mewah ini dilihat berjaya mengubah kulitnya dengan cahaya lembut yang menerangi skrin dengan anggun dan kekuatan.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***