Diam tak diam sudah 8 tahun jenama kosmetik dan penjagaan kulit terkenal SIMPLYSITI milik penyanyi tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza berada di pasaran. Bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-8, petang kelmarin SIMPLYSITI telah mengadakan satu majlis istimewa serta eksklusif bersama media dan para pengguna setianya di Atmosphere 360 Revolving Restaurant, Menara Kuala Lumpur.
Hitam dan gold menjadi warna utama bagi majlis santai ini yang bertemakan “8 Tahun Keemasan’. Bukan hanya pada sentuhan dekorasi malah para tetamu juga sporting dengan mengenakan pakaian mengikut warna tema.
“Atas sokongan semua pengguna sepanjang 8 tahun ini, SIMPLYSITI kini semakin kukuh dan berkembang maju bukan sahaja di pasaran tempatan bahkan di Singapura. Tidak lama lagi ia akan memasuki pasaran Indonesia pula,” kongsi Dato’ Sri Siti Nurhaliza selaku Pengerusi SIMPLYSITI.
Turut dilancarkan koleksi kosmetik mewah SIMPLYSITI GOLD EDITION yang sudah pun berada di pasaran sejak Jun lalu iaitu sebelum menjelang Aidilfitri.
Koleksi ini diformulasi dengan Soft-Focus Technology dan Gold Dust yang memberi litupan sempurna dan menyerlahkan seri wajah bak kilauan emas. Didatangkan dengan 4 produk iaitu Cushion Foundation, Shading Blusher dan Matte Lip Cream yang terdiri daripada 5 warna mewah.
Turut diraikan ialah ahli-ahli SIMPLYSITI ELIT yang menjana pendapatan dengan menjadi agen jualan SIMPLYSITI. 10 Ahli SIMPLYSITI ELIT yang berjaya mencatat jualan tertinggi sepanjang bulan Mac-Jun 2018 diberi penghargaan dalam majlis ini.
Turut mencuri tumpuan ialah kehadiran si comel pipi merah, Siti Aafiyah yang ditemani oleh Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
This website uses cookies.