Isu kartel daging haram menggunakan logo halal merupakan satu tamparan hebat kepada umat Islam yang membuat kita terjaga setelah sekian lama terlena. Itu antara petikan kata dari pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Ads

Menurut Ustazah Asma’ yang merupakan penaung dan pengasas NGO Sahabat Amal Care, Ladang Ternak Ummah adalah simbol perjuangan bersama dalam menjadikan umat Islam sebagai peneraju dalam bidang penternakan. Dari situlah tercetusnya idea untuk membangunkan Ladang Ternak Ummah. Siapa lagi yang akan membela nasib umat Islam jika bukan umat Islam itu sendiri.

“Ladang Ternak Ummah Simbol Perjuangan Umat Islam Sebagai Peneraju Bidang Penternakan” USTAZAH ASMA’ HARUN
Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun yang juga penaung dan pengasas NGO Sahabat Amal Care.

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

“Usaha membangunkan ladang ternakan ini bukan sahaja untuk membekalkan daging bersih, suci, dan halal kepada umat Islam akan tetapi ia juga merupakan satu titik tolak dalam membebaskan umat Islam daripada bergantung kepada pengeluar daging yang dijual oleh pihak bukan Islam.

“Ladang Ternak Ummah Simbol Perjuangan Umat Islam Sebagai Peneraju Bidang Penternakan” USTAZAH ASMA’ HARUN
Ladang Ternak Ummah.

“Ketahuilah bahawa usaha kita ini bukan satu usaha yang sia-sia, ia bakal memberikan manfaat kepada generasi umat Islam akan datang. Semoga segala usaha kita ini diredhai dalam mengembalikan kedaulatan Islam di seluruh dunia.”

Ustazah Asma’ memaklumkan projek ladang tersebut telah bermula pada akhir tahun 2020 namun berkembang dalam tempoh yang singkat. Menurut Ustazah Asma’ tiada yang mustahil dengan izin dan pertolongan dari-Nya.

“Alhamdulillah,
Tempoh satu tahun setengah merupakan satu tempoh masa yang singkat bagi perkembangan Ladang Ternak Ummah. Projek ini bermula pada akhir tahun 2020 dengan pencarian tanah seterusnya diteruskan dengan pembangunan kandang lembu, surau, dan kandang kambing moden.

“Mungkin ada yang tidak percaya dengan cepatnya pembangunan Ladang Ternak Ummah ini, namun tiada yang mustahil dengan izin dan pertolongan Allah SWT. Niat yang murni ini telah menyatukan kita semua walaupun datang daripada latar belakang yang berbeza dalam sebuah perjuangan untuk ummah.

Ads

“Alhamdulillah, ini semua adalah hasil usaha kita bersama. Setiap infaq yang disalurkan akan digunakan dengan sebaiknya dalam membangunkan sebuah ladang ternak dengan menggunakan teknologi yang terbaik.

“Ladang Ternak Ummah Simbol Perjuangan Umat Islam Sebagai Peneraju Bidang Penternakan” USTAZAH ASMA’ HARUN
Ustazah Asma’ Harun bersama suami, Tengku Fazli Tengku Yahya.

Ustazah Asma’ juga berharap agar projeknya itu dapat disempurnakan dengan berjaya seterusnya memberi manfaat kepada ummah.

Kredit: Instagram Ustazah Asma’ Harun

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI