Pasti ada dikalangan Nonarians yang pernah menyaksikan drama berjudul The Crown di Netflix yang memaparkan kisah keluarga di Raja Britain yang berkisarkan tentang kemelut, kisah cinta dan juga kehebatan keluarga itu.
Sekaligus, memberikan sedikit gambaran tentang apa yang terjadi di sebalik tembok megah istana yang memaparkan tentang kehebatan keluarga monarki tersebut. Populariti yang dikecapi seluruh dunia membuat keluarga diRaja ini menerima penghormatan ramai.
Malah, anda mesti familiar dengan dua figura wanita yang menjadi penyeri dalam keluarga di Raja Britain iaitu Kate Middleton atau Meghan Markle yang berjaya memukau dua orang putera raja keluarga ini.
Kate Middleton & Meghan Markle Pun Kecundang!
Namun, jika anda fikir Kate dan Meghan adalah yang paling cantik anda silap! kerana Lady Amelia Windsor merupakan kerabat diraja Britain yang tercantik meninggalakan dua figura diatas jauh terkebelakang.
Dipetik dari Express, walaupun Kate Middleton dan Meghan Markle mencetuskan banyak fenomena, tetapi Lady Amelia dianggap sebagai ‘paling cantik’ dikalangan diraja di Britain.
Meski tidak sepopular Kate dan Meghan, tetapi rata-rata rakyat memilih wanita genit ini sebagai kerabat diraja Britain yang paling cantik kalau ditanya soal rupa paras.
Berbekalkan fizikal yang genit dengan berwajah bulat comel dan bibir mungil seksi, tidak hairanlah ramai terpesona melihat kecantikan semula jadinya. Tanpa sebarang solekan, Lady Amelia mampu menggugat mata kita yang memandangnya.
Tidak seperti abangnya dia masih lagi dalam turutan keturunan diRaja kerana masih kekal bersama Church of England. Kini dia berada dalam kedudukan ke-39 untuk mewarisi takhta.
Selain itu, jika dibandingkan dikalangan sepupu-sepupunya, Lady Amelia merupakan antara personaliti berprofil tinggi dan pernah berjalan di pentas fesyen Dolce & Gabbana. Merupakan graduan dari Universiti Edinburgh dia fasih berbahasa Itali.
Lady Amelia Lakar Nama ‘Gah’ Dalam Industri Fesyen Antarabangsa!
Lady Amelia merupakan model di bawah agenci terkemuka Storm Models, yang mengetengahkan bakat seperti Kate Moss dan Cara Delevingne.
Dari situ, dia aktif dalam pertunjukan fesyen Dolce and Gabbana, menjadi wajah solekan Illamasqua dan sering dilihat di barisan hadapan pertunjukan fesyen di seluruh dunia. Malah, bekerja di belakang tabir untuk jenama Azzedine Alaia dan Bvlgari.
Malah, Lady Amelia turut rajin mengemaskini kehidupan hariannya di akaun Instagramnya miliknya dengan jumlah pengikut sekitar 102,000. Di sana dia menggambarkan dirinya sebagai duta untuk beberapa badan amal alam sekitar.
Sekadar info, Lady Amelia Windsor merupakan cucu kepada Duke of Kent, dia juga merupakan anak sepupu kepada Ratu Elizabeth dan sepupu kepada Putera William dan Putera Harry.