Cantiknya dia! Makin meningkat usia dan ada anak, makin berseri-seri kecantikan Nia Ramadhani. Kalau tengok susuk tubuh ibu muda ini pasti ramai yang tidak menyangka Nia sudah pun mempunyai tiga orang anak. Yang pasti, kejelitaan Nia hari ini lebih menarik berbanding ketika dia masih bergelar anak dara.
1 April lalu Nia dah suami tercinta, Anindra Ardiansyah Bakrie menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kesepuluh. Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, pasangan romantis Indonesia ini dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Mikhayla Zalindra (8 tahun), Manaika Zannati (5 tahun) dan Magika Zalardi (3 tahun).
Kenangan pernikahan mereka 10 tahun lalu
Walaupun anak-anak masih kecil, tapi penampilan selebriti Indonesia ini tetap menawan dan mencuri perhatian. Bahkan, kemesraan Nia di samping suami tercinta juga cukup intim seolah-olah seperti pasangan baru berkahwin.
Ads
Gemar bercuti ke luar negara dan masih aktif muncul di kaca televisyen, Nia atau nama sebenarnya Prianti Nur Ramadhani seorang yang aktif bersukan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan sukan ski. Antara pergunungan salji yang menjadi pilihan Nia untuk melakukan sukan berkenaan ialah Switzerland dan New Zealand.
Ads
Sering tampil dengan gaya mewah, perkahwinan Nia bersama Ardie Bakrie nyata bukan calang-calang. Ardie Bakrie merupakan ahli lembaga pengarah bagi stesen television TV One dan dilahirkan dalam keluarga ternama Indonesia juga anak bongsu kepada Aburizal Bakrie, seorang usahawan terkaya di Asia Tenggara yang memiliki empayar Bakrie Group.
16 April ini Nia bakal meniti usia 30 tahun. Dengan adanya kerjaya, suami penyayang dan anak-anak comel pastinya ulang tahun kelahiran Nia Ramadhani lebih bermakna pada tahun ini.
Mengimbas kembali detik pernikahan gilang-gemilang mereka, antara tetamu kehormat yang menyaksikan majlis ijab kabul Nia dan Ardie Bakrie ialah Presiden Republik Indonesia ketika itu.. Susilo Bambang Yudhoyono. Perkahwinan mereka juga mencipta sejarah tersendiri apabila cincin kedua-dua mempelai bertatahkan darah yang diambil daripada Nia dan Ardie kemudian disatukan di atas batu cincin sebagai lambang sehidup semati selamanya.
Ads
Nia memulakan karier seni di Indonesia sebagai penari cilik sebelum mengembangkan bakat dalam industri lakonan. Antara lakonan hebat Nia dan memberi kesan kepada penonton di Malaysia adalah menerusi sinetron popular, Bawang Putih Bawang Merah yang turut dibintangi pelakon handalan, Revalina S Temat.
https://www.instagram.com/p/B-bamUhA8Yi/
Foto: Instagram Nia Ramadhani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Keakraban Fazura dengan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin makin diketahui ramai. Jika sebelum ini, Fazura menerima pemberian istimewa Tengku Permaisuri Selangor buat anak tersayang, Fatima.
Kini kelibat Fazura turut kelihatan di samping DYMM Tengku Permaisuri Selangor lebih-lebih lagi ketika menghadiri majlis keraian.
Menerusi perkongsian terbaharu Fazura di Instagram miliknya, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini memuat naik gambar bersama DYMM Tengku Permaisuri Norashikin.
Difahamkan momen tersebut dikongsikan sewaktu Fazura dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor menghadiri konsert Dewa 19 baru-baru ini.
Namun apa yang menarik perhatian ramai ialah penampilan Baginda Tuanku dan Fazura yang kelihatan seperti ‘kembar’. Secara kebetulan, DYMM Tengku Permaisuri Selangor mengenakan persalinan kasual kemeja lengan panjang hitam yang dipadankan bersama seluar jeans biru. Seakan baju yang turut digayakan Fazura pada hari itu.
“Last night supporting Dewa 19 … Kerennnn bangettt! Twinning with my beautiful Queen,DYMM Tengku Permaisuri Norashikin and singing along with my family and friends. Fun night.”
Bertuahnya Fazura berpeluang beramah mesra dengan Tengku Permaisuri Norashikin. Pada 4 Jun lepas, Fazura menerima undangan majlis sambutan peribadi DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sempena ulang tahun kelahiran baginda.
Malah, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menonton tayangan filem Mat Kilau bersama pasangan selebriti berkenaan pada Julai lepas.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari kelahiran ke-38 buat Yang Berbahagia, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra. Beliau meninjak usia 38 tahun pada tanggal 6 Jun lalu.
Meniti usia lewat 30an, keanggunan dan kejelitaan isteri Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra ini tetap menyerlah.
Che Puan Sofie bergelar isteri kepada Yang Amat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada 19 April 2019 dan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.
Pasangan diraja ini menimang cahaya mata sulung mereka yang juga bayi lelaki pada 17 Julai 2023. Menerusi perkongsian Che Puan Sofie di Instagram, anakanda kesayangan yang diberi nama Tengku Muhammad Johan Petra ini kian membesar sihat dan comel.
Tengku Muhammad Johan Petra juga merupakan anakanda saudara kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Malah bakal meniti usia setahun tidak lama lagi. Kehadiran Tengku Muhammad Johan Petra pastinya menambah seri rumah tangga Dr Muhammad Fa-iz Petra dan Che Puan Sofie.
Che Puan Sofie yang berasal dari Sweden menarik perhatian ramai kerana raut wajahnya yang cantik dan peribadi lemah-lembut. Bahkan beliau dilihat selesa menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat Melayu dan pandai memasak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terkejut tengok kulit seorang kenalan ini. Masa zaman universiti dahulu dia memang terkenal dengan masalah kulit muka sampai selalu jadi bahan usikan rakan kuliah. Lagi-lagi bila waktu tengah period, makin menjadi-jadi jerawat di mukanya. Sudahlah penuh dengan bintik-bintik kemerahan, ada pula yang bernanah. Kasihan sangat.
Baru-baru ini terserempak dengannya di sebuah pusat beli-belah. Hampir tidak dapat cam wajah yang dulunya penuh dengan ‘jerawat batu’ kini bersih dan licin macam artis Korea! Setelah dirisik, rupanya dia cuma amalkan khasiat bahan-bahan semula jadi. Malah tidak lokek pun berkongsi resipi kecantikan berikut.
Hanya lakukan di rumah saja.
AIR TEH & MADU
Gunakan air teh untuk mandian dan rendamkan tubuh di dalamnya. Anda juga boleh mengisi botol semburan dengan air teh dan semburkan pada wajah untuk menyegarkan kulit.
Gunakan teh biasa, teh hijau atau teh herba seperti chamomile, lavender dan pudina. Sama seperti anda menikmatinya untuk menenangkan tekanan, ia juga membantu memberi kesegaran dan rasa nyaman pada kulit. Anti oksidan dalam teh membantu menyingkirkan radikal bebas dan toksin dari kulit manakala madu pula membantu melindungi kulit daripada bakteria dan mengekalkan kelembapan.
Apa yang anda perlukan?
1 cawan air teh (suam)
2 sudu besar tepung beras
½ sudu besar madu
Tepung beras bertindak sebagai skrub terbaik dan madu pula melembapkan kulit.
Kaedah:
Campurkan kesemua bahan dan sapu pada kulit. Biarkan seketika sehingga topeng atau mask menjadi kering selama 20 minit. Sebelum dicuci, pastikan anda urut seperti gerakan bulat untuk menanggalkan sel kulit mati serta menjadikan tona kulit sekata.
OAT & LEMON
Oat adalah bahan pengelupasan semula jadi dan amat sesuatu untuk mereka yang mempunyai eczema. Untuk mengurangkan berat badan, wanita memilih oat kerana ia membekalkan tenaga serta mengenyangkan perut. Apa kata anda gunakan oat pada kulit wajah untuk membersihkan lebihan minyak, daki dan kotoran.
Lemon pula diperkaya dengan vitamin C serta mampu mencerahkan kulit. Anda boleh lihat penggunaan ekstrak lemon dalam kebanyakan produk pencerahan di pasaran. Kan lebih baik menggunakan jus lemon terus daripada buahnya.
Terinspirasi dengan kesungguhan Hazlin Hussain dalam menimba ilmu dan berusaha menjadi hambaNya yang lebih baik. Nama wanita serba boleh ini dikenali ramai selepas dia menyertai pencarian bakat ‘Gadis Melayu’ Musim Kedua pada tahun 2009 dan kemudian ...