Ayuh, perangi dadah habis-habisan!
Belum reda dengan berita sekumpulan remaja lingkungan 12 hingga 18 tahun membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah malam tadi, satu lagi kes melibatkan dadah kini sedang menular dengan dahsyatnya di seberang.
Semenjak 12 September lalu, Rumah Sakit Jiwa Kendari didatangi pesakit remaja dengan gejala yang sama seperti tidak sedarkan diri dan berhalusinasi.
Info yang didapati dari pesakit, mereka telah mengambil sejenis ubat dikenali PCC yang didapati secara percuma oleh pengedar yang tidak dikenali.
Memetik laporan akhbar Kendari Pos
, korban penggunaan pil khayal jenis PCC secara berlebihan yang diambil puluhan anak remaja di daerah Sulawesi Tenggara itu semakin bertambah sejak kelmarin.Sebelum ini, seorang murid sekolah dikenali SD Moldi Kurniawan, 11 tahun meninggal dunia, disusuli kematian Reksi Indra Hartawan, 22, dan Muliadi, 19, dipercayai terdorong membunuh diri selepas mengambil pil PCC.
Informasi yang dihimpun juga mendapati mangsa-mangsa menunjukkan perilaku aneh seperti orang kerasukan dan mabuk selepas mengambil dadah.
Pil khayal PCC dikategorikan sebagai ubat psikotropik kategori G yang hanya diberikan dengan preskripsi pakar perubatan.
Satu lagi luahan seorang pengguna Facebook Nur Lian Nurlian mengejutkan masyarakat. Beliau yang juga seorang ibu mengesahkan anak remajanya kini ditahan di hospital akibat gejala overdose dadah jenis Flaka.
Ya Allah lindungilah dan berikanlah anak hamba kekuatan, semoga orang yang memberi ubat laknat itu pada anak hamba mendapat ganjaran yang setimpal, Amin Ya Rabbal Al Amin.
Cuma bisa menangis dan menangis serta berdoa, meratapi nasib anakku, tak bisa berada di sampingku, anakku Ya Allah. Inilah anakku, salah satu korban dadah jenis Flaka yang sedang beredar di Kendari.
Laporan Antara News turut mengesahkan bahawa pihak berkuasa Badan Narkotika Nasional (BNN) di Kendari kini benar-benar dalam situasi darurat dadah.
Ujar Ketua BNN Kota Kendari, Murniati, Rabu lepas, “Bayangkan saja, sejak Selasa kelmarin hingga hari ini, sekitar 35 warga dilarikan ke rumah sakit kerana mengalami kelainan selepas mengkonsumsi ubat mengandungi zat berbahaya.”
Beliau turut menyatakan bahawa mangsa yang dikejarkan ke hospital kebanyakannya adalah pelajar SMA, SMP dan SD (istilah di Malaysia, sekolah menengah dan rendah).
Dadah yang sedang menular itu dikatakan jenis baru, berbentuk cecair dan tablet. Sehingga sekarang, seramai lapan pengedar pil jenis PCC yang beredar di kalangan masyarakat setempat telah diberkas.
Terdapat juga beberapa jenis gula-gula dengan kandungan dadah yang tinggi didapati dijual secara terbuka pada kanak-kanak di sekitar ibu kota tersebut.
Langkah Kawalan Segera
This website uses cookies.