Serba klasik, laksana berbuka puasa di istana, ayuh nikmati hidangan warisan diraja di JPteres Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Menjelang Ramadan tahun ini, para tetamu berpeluang menikmati kesenian tradisi kulinari diraja Malaysia dengan Sajian Istana di JPteres, Grand Hyatt Kuala Lumpur. Nikmati pelbagai pilihan hidangan diraja yang disusun rapi oleh barisan chef yang berbakat melalui masakan istana yang mewah dan menyelerakan.
Ads
Dengan latar dekorasi yang elegan dan berinspirasikan istana diraja, pengalaman berbuka puasa ini akan disertai oleh alunan muzik Gamelan yang mempesonakan serta aktiviti cabutan bertuah pada setiap hari.
SAJIAN ISTANA
Menariknya, tema bufet Ramadan pada tahun ini diilhamkan daripada masakan warisan diraja Malaysia iaitu khazanah kulinari yang berharga seperti hidangan traditional, kaedah dan cara masakan yang diwarisi turun-temurun.
Masakan istana yang tersohor ini mencerminkan pengaruh budaya, sejarah dari negeri-negeri di Malaysia yang sering menampilkan resepi yang unik, di mana ia menggunakan bahan-bahan yang jarang ditemui, serta rasa enak yang dahulunya hanya dapat dinikmati oleh golongan diraja dan bangsawan.
Melangkah masuk ke JPteres, para tetamu akan disambut oleh dua hulubalang yang lengkap berpakaian tradisional Melayu klasik, menciptakan suasana dan pengalaman seperti menjejakkan kaki ke dalam istana.
Memang best dan sedap-sedap juadahnya, jom tengok sendiri pengalaman Nona bertamu ke sana baru-baru ini…
Dekorasi di sekitar JPteres, sama ada di bahagian dalam ataupun luar, memancarkan suasana yang mewah. Para tetamu boleh menikmati juadah berbuka puasa yang memikat rasa seperti Urap Kangkung Pucuk Paku, Urap Pegaga Ikan Rebus, Popiah Basah, Rojak dan pelbagai jenis acar.
Bufet Ramadan diteruskan dengan hidangan dari bahagian Charcoal Grilled, termasuk Kepak Ayam Bakar, Sate, Otak Otak, Sata Ikan, Udang Bakar Percik, Ketam, Kerang Bakar dan banyak lagi.
Bahagian Specialty JPteres dan Hidangan Lokal pula menyajikan hidangan ikonik yang wajib ada pada bulan Ramadan seperti Bubur Lambuk, Kambing Bakar, Gearbox Soup, Murtabak Kambing, Ambur Mutton Briyani, Lemang dan Rendang.
Ads
Ads
Bagi melengkapkan pengalaman berbuka puasa, pelbagai hidangan pencuci mulut moden dan klasik turut disediakan bagi memberikan pengalaman gastonomi yang benar-benar tidak dapat dilupakan.
Chef de Cuisine JPteres, Chef Ayub Hassan berkata, “Pada bulan Ramadan ini kami membawakan hidangan klasik yang diilhamkan oleh tradisi kulinari warisan diraja Malaysia, yang kaya dengan rasa unik. Para tetamu berpeluang menikmati hidangan Istimewa seperti Pesamah Daging, Opor Ayam Kacang, Ketupat Sotong dan banyak lagi.”
Antara juadah istimewa dalam Sajian Istana ialah Pesamah Daging yang empuk dan aromatik, sesuai dinikmati bersama nasi minyak atau roti, serta Ketupat Sotong, juadah istimewa dari Pantai Timur dimana sotong yang disumbat dengan pulut dan dimasak dalam kuah santan yang pekat.
Para tetamu juga boleh menikmati Opor Ayam Kacang, hidangan tradisi diraja yang diilhamkan oleh Tengku Ampuan Pahang, serta Udang Galah Sambal Lado, hidangan udang galah dalam sambal pedas gaya Minang. Menu buffet Ramadan ini turut menyajikan Botok-Botok, hidangan yang popular dari negeri Johor yang, serta Nasi Ayam Claypot.
Pada bulan Ramadan ini, Grand Hyatt Kuala Lumpur menjemput anda untuk berbuka puasa sambil menikmati juadah tradisi kulinari diraja bersama keluarga dan rakan-rakan.
Untuk tempahan dan pertanyaan, sila emel ke restaurant.kuagh@hyatt.com atau hubungi JPteres di 012-6219869 / 03-22039188.
Tarikh: 3–30 Mac2025
Tempat: JPteres, Ground Floor – Grand Hyatt Kuala Lumpur
Masa: 6:30 PM–10:30 PM
Harga Istimewa (3-7 & 28-30 Mac)
Dewasa: MYR 198 nett | Kanak-kanak: MYR 124 nett *First-come, first served seating (indoor dan outdoor)
Harga Biasa (8.27 Mac 2025)
– Indoor Seating: Dewasa – MYR 248 nett | Kanak-kanak – MYR 124 nett
– Outdoor Seating: Dewasa – MYR 228 nett | Kanak-kanak – MYR 124 nett* *Kanak-kanak berusia 7-12 tahun
Group Booking
– Indoor Seating: MYR 228 nett per adult
– Outdoor Seating: MYR 208 nett per adult * Tempahan minimum 10 dewasa
Ruang Private Diraja
– JP1: Pembelian minimum MYR 2,500 untuk 10 tetamu
– JP2: Pembelian minimum MYR 2,000 untuk 8 tetamu
Terus mengangkat bisnes mendunia dan melonjak ke angkasa, U Mobile perkenal pelan Internet jalur lebar U Biz Fibre 10GBps terpantas untuk usahawan berjaya.
Generasi usahawan wajar memanfaatkan kecanggihan teknologi agar perniagaan berkembang pesat. Memahami hal ni, U Mobile menjadi antara yang terawal melancarkan pelan U Biz Fibre 10GBps agar bisnes yang diusahakan ‘mendunia’.
Ya, dengan serendah RM1899/bulan, pelan ini memberikan kelajuan internet yang sepuluh kali ganda lebih pantas berbanding pelan fiber perniagaan standard, yang biasanya di sekitar antara 100MBps hingga 2GBps.
Menyedari dunia perniagaan digital bergantung kepada teknologi tinggi, pelan Internet 10GBps menawarkan solusi yang bukan sahaja memenuhi keperluan semasa, tetapi berdaya tahan menyahut cabaran masa depan. Hebatkan!
Ia bukan sekadar pelan internet, tetapi satu lonjakan teknologi yang membolehkan perniagaan terus berinovasi dan berkembang dalam era digital yang penuh persaingan.
Bimbang serangan siber atau penggodam akaun ‘mengganggu’ bisnes anda? Usah risau. Pelan ini turut disertakan dengan Secure DNS (Domain Name System) tanpa kos tambahan untuk memberikan lapisan keselamatan tambahan terhadap serangan siber dan pelanggaran keselamatan.
Semua ciri ini adalah nilai tambah yang sangat berharga untuk pemilik perniagaan yang mengutamakan keselamatan data dalam operasi.
Bukan itu sahaja tau, selain Secure DNS percuma yang disertakan dalam pelan ini, U Biz Fibre 10GBps juga turut menawarkan satu alamat IP awam tetap secara percuma untuk perniagaan yang memerlukan satu server tunggal. Bagi perniagaan yang mengendalikan pelbagai server, mereka boleh mendapatkan sehingga lima alamat IP tetap dengan tambahan RM300/bulan (harga runcit asal RM500/bulan).
Ini memberikan fleksibiliti kepada perniagaan dalam mengurus dan menyelaraskan keperluan rangkaian mereka dengan lebih efisien dan kos efektif.
Pelancaran U Biz Fibre 10GBps yang terbaru merupakan pelan tertinggi dalam rangkaian U Biz Fibre U Mobile, yang direka untuk memenuhi keperluan sambungan fiber perniagaan tanpa mengira saiz.
Dilancarkan pertama kali pada Julai 2023, semua pelan U Biz Fibre kini didatangkan dengan kontrak selama 24 bulan dan kini boleh didapati di Berjaya Times Square dan Pavilion Damansara Heights, dengan lokasi-lokasi tambahan bakal diumumkan tidak lama lagi.
Kepul-kepul asap dari hembusan rokok, sekalipun tak kelihatan di mata kasar namun yang melekat pada rambut serta baju tetap memudaratkan. Inilah yang terpaksa ‘ditelan’ oleh wanita moden berkerjaya dalam persekitaran tempat yang dikelilingi perokok. Dalam bahaya, tidak mustahil kesihatan juga terancam gara-gara asap rokok pasif atau dikenali second-hand smoker.
Menurut kajian, perokok pasif adalah mereka yang secara tidak sengaja dipaksa menyedut asap rokok yang dihembuskan oleh perokok.
Walaupun seseorang wanita itu tidak merokok tetapi beliau terdedah kepada asap yang dihembus keluar daripada mulut rakan perokok di pejabat dan tempat-tempat awam yang dikunjungi.
Tak adil, bayangkanlah kelompok perokok pasif sebenarnya terdedah kepada ancaman asap rokok yang dihembus oleh perokok aktif. Ketika bekerja dan dikelilingi perokok aktif, kesihatan kita masih boleh terancam kerana rokok yang dinyalakan akan melepaskan asap rokok yang mengandungi lebih 7000 bahan kimia, dan kira-kira 250 daripadanya dikenal pasti berbahaya termasuk mengandungi hydrogen cyanide, karbon monoksida dan ammonia.
TAR seringkali disalah erti sebagai bahan yang digunakan dalam pembuatan jalan raya tetapi TAR yang dibincangkan sebenarnya adalah sisa-sisa zarah yang terkandung dalam asap rokok.
Apabila nikotin dan wap air dikeluarkan dari asap rokok, yang tertinggal adalah TAR dan TAR ini boleh melekat kepada perabot, beg, baju mahupun kulit kita. Walaupun rokok telah dipadam, bahan kimia toksiknya tetap boleh menjejaskan kesihatan orang yang berhampiran.
Berdasarkan penyelidikan, sebanyak 4 daripada 10 orang di Malaysia yang bekerja di dalam bangunan terdedah kepada asap rokok basi yang turut akan memberi kesan negatif terhadap perokok pasif.
PENYELESAIAN BEBAS ASAP
Bagaimana boleh majikan serta para perokok menangani masalah merokok ini di tempat kerjaya? Pada mereka yang merokok, berhenti merokok merupakan cara yang terbaik untuk masalah ini, namun bukan kesemua orang boleh berhenti ataupun mahu berhenti.
Oleh itu, majikan boleh mengambil dan mempertimbangkan langkah untuk memelihara kesihatan para pekerja terutamanya golongan wanita dan mereka yang tidak merokok.
(1) Majikan menganjurkan ceramah kesihatan berkaitan dengan pengurangan bahaya tembakau (Tobacco Harm Reduction)
Kempen Tobacco Harm Awareness merujuk kepada usaha-usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya rokok dan kesan buruknya terhadap kesihatan.
Tujuannya adalah untuk memberikan informasi kepada masyarakat tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok dan mendorong perubahan perilaku untuk mengurangkan atau menghentikan penggunaan tembakau.
Antara yang boleh dilakukan adalah memberi pendidikan kesihatan, umpamanya menyediakan maklumat yang jelas dan mudah difahami tentang risiko kesihatan yang berkaitan dengan merokok. Majikan juga boleh menawarkan program bantuan untuk berhenti merokok seperti sesi kaunseling, aplikasi berhenti merokok atau kelompok sokongan.
(2) Mengadakan minggu bebas asap rokok dan menggalakkan gaya hidup aktif
Dengan mewujudkan persekitaran bebas asap rokok di tempat kerja, majikan dapat mengurangkan bahaya terhadap dedahan bahan kimia yang terkandung di dalamnya. Apabila udara persekitaran bersih dan segar, barulah kesihatan terjamin serta mengurangkan risiko berkaitan asap rokok.
Dengan menggalakkan perokok untuk berubah kepada penggunaan produk alternatif bebas asap seperti Heated Tobacco Product (HTP) yang mampu mengurangkan kemudaratan kesihatan sebanyak 95% berbanding menghisap rokok tradisional.
HTP merupakan produk yang hanya memanaskan tembakau dan tidak membakar, oleh itu ia tidak melepaskan asap rokok yang merupakan punca utama penyakit berkaitan rokok.
Menyedari ruang persekitaran bekerja mengambil 1/3 masa kehidupan kita, penting untuk memastikan ia selesa serta selamat untuk semua pekerja termasuklah golongan bukan perokok, tidak kira lelaki mahupun wanita.
Bertukarlah kepada gaya hidup yang lebih sihat demi kebaikan semua pihak. Dunia tanpa asap rokok bukan saja menyegarkan, malah tanda prihatin kita terhadap kesihatan diri serta orang tersayang!
Memang sesungguhnya tanggungjawab seorang suami untuk memberi nafkah kepada isteri. Tapi sebagai seorang wanita dan isteri, kita tentu sedia maklum bagaimana pendapatan si suami setiap bulan. Faham sungguh susah senang dan penat lelahnya mencari rezeki. Kalau dah tahu pendapatan tak mencukupi tak payah lah meminta-minta, kan.
Sebagai isteri penyejuk mata suami tidak kira suri rumah mahupun yang punya kerjaya, kita perlu bijak merencana demi masa depan bersama. Salah satu amalan paling ‘menjadi’ adalah dengan menabung. Duit memang bukan segala-galanya, tapi kalau tak ada duit pun payah, nak pula kita suka shopping atau berimpian menunaikan haji. Jadi macam mana agaknya isteri boleh buat simpanan sendiri?
1.Berniaga online
Salah satu cara untuk menambah pendapatan keluarga adalah dengan berniaga. Dalam zaman Internet For All ni, kita mampu berniaga dari rumah dan sebahagiannya tak perlukan modal pun. Alternatifnya berniaga secara online mengikut keselesaan masing-masing. Yang penting jangan sampai abaikan tanggungjawab kepada keluarga atau tugas hakiki di pejabat buat mereka yang kerja makan gaji.
2.Jadi agen personal shopper
Cari pendapatan sampingan cara ini menarik juga. Sejuk mata tengok barangan berjenama mewah di rumah sendiri. Biasanya personal shopper yang berpengkalan di luar negara akan mencari agen yang boleh dipercayai di tanah air. Kriteria paling utama untuk menggalas tugas ini kebiasaannya adalah suri rumah tangga. Ini kerana pembeli lebih selesa ambil barang ikut masa mereka.
3.Main kutu
Ini mungkin cara tradisional untuk menyimpan duit tapi masih praktikal hingga sekarang. Wujud macam-macam jenis kutu, ada yang kutu pinggan mangkuk, kutu melancong, kutu minyak aromaterapi dan macam-macam lagi jenis kutu. Daripada mengumpul duit RM10 sebulan sehingga ada kumpulan yang mengumpul RM10 ribu sebulan.
4.Simpan 10 peratus gaji dalam tabung kecemasan
Nasihat ini sering kita dengar daripada Pakar Perunding Kewangan. Simpan 10 peratus wang yang kita peroleh setiap bulan untuk masa depan yang tak terjangka. Tapi nak menyimpan 10 peratus duit ini hati kena kuat dan disiplin. Sebab simpanan ini langsung tak boleh disentuh kecuali benar-benar dalam kecemasan. Tak boleh wujud istilah ‘tabung bocor’.
5.Simpan duit syiling ketika membasuh baju
Kebiasaannya suami tak suka simpan duit syiling dalam dompet mereka. Lepas membayar, mereka suka simpan duit syiling dalam poket. Jadi sebelum basuh baju memang kena periksa poket suami yang mesti ada duit syiling dalamnya dan simpan dalam tabung khas. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit duit simpanan isteri.
Sekarang duit simpanan dah ada dalam tangan, kalau tak simpan cepat jer habisnya. Tak tahu nak simpan kat mana? Jangan takut boleh simpan di tempat yang paling selamat dan kurang kebarangkalian kita boleh keluar tanpa sedar.
Tahukah anda, ada ruang untuk kita membuat simpanan secara sukarela dalam akaun KWSP? Rupa-rupanya, setiap isteri boleh mencarum sejumlah wang mengikut kemampuannya. Walaupun mengikut Akta KWSP 1991, gaji setiap pekerja dicarumkan ke dalam KWSP setiap bulan, simpanan secara sukarela ini merupakan caruman tambahan. Tak perlu susah hati kat mana nak menyimpan duit dengan selamat lagi! Caruman ini boleh dilakukan melalui perbankan internet, tunai, draf bank atau cek.
Satu lagi kemudahan mencarum yang mesti direbut adalah insentif i-Suri untuk golongan suri rumah. Yang ini kita boleh mencarum sendiri atau suami carumkan untuk isteri. Selain dapat dividen tahunan KWSP, caruman juga boleh dibuat pada bila-bila masa, tak kira apa-apa amaun ikut kemampuan sendiri.
Syarat-syarat kelayakan i-Suri ialah anda mestilah warganegara Malaysia yang belum mencapai usia 60 tahun, suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2018 serta mencarum sekurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun dalam akaun KWSP.
Berita pernikahan anak sulung Maia Estianty dan Ahmad Dhani iaitu Ahmad Al Ghazali semakin menjadi bualan hangat peminat industri negara jiran. Sejak foto lamaran Al Ghazali dimuat naik di media sosial, peminat menanti-nantikan perkembangan ...