Tahun baru 2023 merupakan permulaan terbaik buat Fillea Health and Beauty Sdn Bhd (Fillea Health and Beauty) kerana baharu sahaja mengenggam anugerah di NONA Superwoman Award 2022 di mana jenama tersebut membawa pulang trofi pengiktirafan NONA Best Slimming Supplement Award.
Menurut pengasasnya, Mas Haryati Baharudin, ia merupakan pengiktirafan yang menjadi kenangan manis buat dirinya yang baharu empat tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Malah anugerah tersebut juga turut menjadi pemangkin untuk dirinya berusaha dengan lebih gigih untuk meningkatkan jenama serta menghasilkan lebih banyak produk yang bermutu tinggi.
Fillea Health and Beauty ditubuhkan pada tahun 2019. Pada peringkat awal penubuhannya, ia lebih memfokuskan kepada produk ‘supplement’ yang membantu individu mengawal berat badan sekali gus memiliki tubuh badan langsing.
Tahun ini, Fillea Health and Beauty Sdn Bhd (Fillea Health and Beauty) melancarkan produk terbaharu iaitu Fillea Hot Charming Cream yang telah berada di pasaran sejak penghujung tahun lalu.
“Setelah melalui beberapa peringkat research & development, akhirnya Fillea Health and Beauty mengeluarkan produk terbaharunya pada penghujung tahun lalu. Produk keempat ini merupakan krim yang membantu membakar lemak dengan lebih mudah,” ujar Mas Haryati atau lebih mesra disapa Massieww.
Selain produk terbaharu itu, Fillea Health and Beauty turut mempunyai produk lain seperti Fillea Tablet, Fillea Bodyfit dan Fillea Bodycurve.
This website uses cookies.