Lambang Ikon Wanita Malaysia, DS Siti Nurhaliza Tersenarai 100 Artis Paling Banyak Anugerah Sebaris Selebriti Antarabangsa

Sememangnya aura Dato’ Sri Siti Nurhaliza luar biasa. Selayaknya penyanyi tersohor negara ini diangkat sebagai lambang ikon wanita Malaysia.

Wanita kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini telah mencipta sejarah yang tersendiri apabila namanya tersenarai dalam kelompok 100 artis utama paling banyak memenangi Anugerah sepanjang zaman.

Foto: Sumber Twitter

Pengiktirafan Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini tular menerusi akaun Twitter sumber utama perkembangan pemuzik antarabangsa iaitu The Artist Museum.

Wanita yang berusia 43 tahun ini telah menduduki tangga ke-27 dengan jumlah 329 anugerah yang diterima sepanjang berkecimpung dalam industri seni.

Foto: Instagram @ctdk

Antara anugerah yang pernah diraih oleh penyanyi lagu Cindai ini ialah 42 anugerah di Anugerah Industri Muzik, 25 anugerah di Anugerah Bintang Popular, 28 anugerah di Anugerah Planet Muzik, 20 anugerah di Anugerah Juara Lagu, empat di Anugerah MTV Asia, tiga di World Music Awards dan dua di Anugerah Musik Indonesia.

Selain itu, beliau juga turut memegang dua rekod dalam Malaysia Book of Records.

Foto: Instagram @ctdk
Foto: Instagram @ctdk

Lebih membanggakan apabila ibu kepada Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa ini mengalahkan barisan penyanyi terkenal antaranya Justin Timberlake, Usher, Nicky Minaj, Katy Pery, Celine Dion, Selena Gomez, Bruno Mars, Alicia Keys, Christina Aguilera dan kumpulan K-pop terkenal Super Junior serta TWICE.

Tahniah! Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang selayaknya menjadi lambang ikon wanita Malaysia. Lebih dua dekad memperjuangkan nasib sebagai anak seni nyata percaturan Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak pernah tersasar.

Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Instagram @ctdk

Dedikasi dan kredibiliti Dato’ Siti dalam memartabatkan industri seni suara terus mendapat perhatian termasuk media luar negara sehingga mendapat pengiktirafan menerima anugerah Outstanding Singer of The Year McMillan Woods Global Awards 2016.

“Ini merupakan anugerah terbesar dan amat bermakna buat saya yang bergelar anak seni. Saya dimaklumkan belum ada artis Malaysia yang menerima anugerah untuk kategori ini.

Foto: Instagram @ctdk
Foto: Koleksi Majalah Nona

Anugerah ini diberikan kepada saya atas pencapaian dalam bidang seni suara, selain berjaya menjadi penyanyi ikon yang diterima oleh semua lapisan masyarakat,” ungkap Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika mengulas tentang anugerah Outstanding Singer of The Year McMillan Woods Global Awards 2016 yang diterimanya dahulu.


Baca juga; Siti Nurhaliza Tunjuk Taring Menentang Jaguh Badminton Negara, Aksinya Di Gelanggang Curi Perhatian

Share
Published by
Hamizatul Maizan