Lancar Edisi TOP BEAUTY ENTREPRENEUR, Nona Rai Nama-Nama Hebat Industri Kecantikan 2020

Wanita dan kecantikan tak mungkin berpisah. Namun istilah kecantikan itu tidak akan datang dengan sendirinya tanpa usaha yang konsisten. Salah satu usaha untuk kekal menawan tentulah dengan bantuan produk kecantikan.

Dari tahun ke tahun, industri kecantikan di Malaysia berkembang pesat dan sebahagiannya layak diangkat setaraf produk antarabangsa. Selain menitikberatkan aspek penyelidikan dan pembangunan, ramai usahawan yang meletakkan ‘nilai’ tersendiri pada produk yang dihasilkan sekaligus membuka lebih peluang pekerjaan serta menjana ekonomi yang sihat.

Selain memelihara kecantikan diri, perniagaan berasaskan kecantikan tidak memerlukan sijil atau kemahiran yang khusus seterusnya sesuai dijalankan oleh sesiapa pun termasuk golongan pelajar mahupun suri rumah bagi membantu kewangan keluarga. Pulangannya juga boleh disalurkan ke pusat zakat atau badan amal yang memerlukan.

Justeru, Nona membariskan nama-nama usahawan dan pengasas kecantikan terbaik dekad ini dalam edisi khas ‘Top Beauty Entrepreneur’. Kisah inspirasi dan rahsia kejayaan mereka dalam membangunkan jenama-jenama hebat seperti SimplySiti, Dnars, PrettySuci, D’Herbs, Sobella, FCC dan banyak lagi wajar dijadikan rujukan bisnes terbaik.

Sebagai media aspirasi wanita yang telah diterbitkan lebih tiga dekad di pasaran, Nona melancarkan edisi ini sebagai pembuka tirai Januari 2020. Ia telah mula diedarkan di pasaran pada harga RM9.90 (SM).

Usaha memperkasakan golongan pembaca, khususnya wanita, melalui bidang keusahawanan sentiasa menjadi matlamat Nona. Selain paparan artikel melalui majalah dan website, video temu bual eksklusif serta majlis pengiktirafan bersama barisan ‘Top Beauty Entrepreneur’ turut diadakan dalam bulan yang sama.

Nona ‘Top Beauty Entrepreneur’ untuk tahun 2020 membariskan nama-nama gergasi usahawan bidang kecantikan dan kosmetik terbaik dekad ini seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dato’ Seri Aliff Syukri dan isteri, YM Tunku Dato’ Indera Kaiyisah, Asyallie, Iqbar Hakim Dnars, Wan Nur Syuhada Sobella dan ramai lagi.

Melengkapi resolusi 2020, Nona turut memaparkan kisah influencers – Nabila Razali, Zara Zya dan Emma Maembong sebagai penghias muka depan. Tiga gadis jelita ini berkongsi tentang impian dan harapan mereka sempena tahun baru. Dalam pada itu 3 selebriti ini turut berkongsi tentang rahsia kecantikan mereka.

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan