Walaupun sibuk menguruskan sepasang cahaya mata dan menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri, pemilik jenama Cakenis ini tidak duduk diam sahaja. Hanis Zalikha terus melebarkan empayar perniagaannya dengan melancarkan koleksi eksklusif pakaian renang Cakenis, dikenali Cakenis Swimwear.
Ads
Isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini terkenal dengan membawakan sesuatu yang unik, bergaya dan terkini kepada jenamanya. Hanis Zalikha begitu teruja bila ditanya kenapa memilih pakaian renang? “Kenapa saya memilih pekaian renang untuk koleksi Cakenis kerana saya memang suka percutian pantai. Bila bercuti ke pantai biasanya kita nak pakai pakaian renang lengkap satu set.
Tapi kebanyakan pakaian renang yang ada di pasaran lebih kepada sporty di tambah pula dengan warna-warna yang terang. Jadi saya mahu pakaian renang yang nampak cantik dan selesa. Maka pembuka tahun 2020 ini Cakenis melahirkan pakaian renang,” terang Hanis Zalikha yang tinggi lampai ini.
Menyentuh tentang idea penghasilan pakaian renang ini, kongsi Hanis Zalikha, “Sebenarnya pakaian renang ini suatu impian yang dah lama terpendam. Sebab memang ada satu masalah nak cari pakaian renang yang cantik tapi tepati semua ciri yang saya suka. Kita dah work on pakaian renang ini dari last year lagi dan akhirnya berjaya juga untuk show case hari ini. Saya gembira sangat,” ucap Hanis Zalikha dengan wajah ceria.
Menurut Hanis Zalikha Cakenis Swimwear ini direka dan dihasilkan oleh dirinya sendiri. Pakaian renang keluaran Cakenis ini dihasilkan dari kualiti tinggi, ringan dan cepat kering. Koleksi sulung Cakenis Swimwear, The Cakenis Swimwear S/S 2020 dilancarkan dengan 3 tona warna iaitu Navy & Beige, Olive & Pink dan Black & White.
Ads
“Paling istimewa apabila pakaian renang ini hadir dengan Flowy Chiffon Wrap yang macam kaftan kardigan. Memang cantik tak payah fikir nak pakai apa kat luar kalau pakai pakaian renang dan tak payah pakai hotel punya bath robe lagi. Kita boleh nampak cantik dan aktif,” tutur Hanis sambil mengharapkan koleksi yang dikeluarkannya ini mendapat sambutan ramai.
Bercerita tentang harapan Hanis Zalikha untuk koleksi ini, “Koleksi ini adalah sesuatu yang baharu jadi saya nak perkenalkan pakaian renang ini kepada semua dan mendapatkan maklum balas dari pengguna.
Ads
Saya juga mengharapkan dengan koleksi pakaian renang ini ramai wanita boleh menyertai aktiviti kolam renang bersama keluarga. Macam mak-mak kan selalu tengok jer duduk tepi kolam dan tolong jaga barang. Bila ada pakaian renang yang cantik, harap-harap ramai orang suka,” bicara ibu kepada Yusuf Iskandar Hairul Azreen dan Alisa Aisyah Hairul Azreen ini.
Cakenis Cruise Collection ini telah berlangsung di Four Points by Sheraton Chinatown, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihoskan oleh Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry dan dihadiri oleh ramai selebriti terkenal tanah air seperti Izara Aishah, Fouziah Gous, Elfira Loy dan Erin Malek serta turut dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat Hanis Zalikha.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahu-tahu dah bertunang! Penyanyi Shila Amzah selamat melangsungkan majlis pertunangan bersama lelaki pihannya, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup pada Sabtu.
Shila dan Ubai, 25, yang juga merupakan pempengaruh media sosial masing-masing berkongsi berita tersebut dengan memuat naik beberapa keping fotonya bersama Shila yang sedondon mengenakan persalinan ungu pada majlis tersebut.
Berita tersebut sekali gus menidakkan spekulasi yang mengatakan hubungan mereka berdua telah putus selepas Shila, 33, membuat satu hantaran yang seolah-olah memberi gambaran sudah berpisah dengan kekasihnya itu pada Rabu lalu.
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat senang dengan berita tersebut dan memberikan ucapan tahniah serta doa agar pasangan itu kekal hingga ke jinjang pelamin.
Difahamkan penyanyi Patah Seribu itu mula menjalinkan hubungan cinta dengan Ubai sekitar lima bulan lalu.
Shila sebelum ini pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, sebelum bercerai pada Februari 2022. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.
Sumber: SINAR Plus | Kredit foto: Instagram @shilaamzah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat julung kalinya, RichWorks bekerjasama dengan selebriti terunggul tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil bagi program Pesona Leadership yang berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober 2022 bertempat di Shah Alam Convention Centre (SACC), Selangor.
Menurut pengasasnya, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, program ini diadakan bagi membentuk asas kepimpinan yang kuat dalam jati diri seorang usahawan. “Ada tiga tunjang utama yang perlu dikuasai oleh seseorang ketua iaitu kejelasan, komunikasi dan keyakinan. Jika gagal menguasai semua ini, bagaimana hendak menghadapi cabaran 2023 nanti? Bagaimana nak bawa bisnes ke tahap lebih tinggi?
“Menurut kajian, 80% pekerja akan terus setia dengan syarikat apabila mereka percaya dengan kepimpinan orang atasan.
‘Kita boleh ambil pengajaran daripada negara lain. Kejatuhan sesebuah negara itu berlaku apabila rakyat hilang kepercayaan pada pemimpinnya. “Namun, situasinya boleh pulih dengan cepat bila mereka taruhkan kepercayaan pada pemimpin tersebut. Begitulah juga keadaannya dalam organisasi dan juga syarikat,” jelasnya.
Menerusi program ini, Pak Nil akan membimbing ratusan usahawan dalam soal membina ‘Leaders’ yang terdiri daripada Pengasas Bisnes dan Founders dan juga pekerja mereka, ‘Key Leaders’ dari segi aspek kepimpinan dalam komunikasi yang merangkumi beberapa segi iaitu isi kandungan, ekspresi wajah, penceritaan, tona dan banyak lagi skil komunikasi penting.
Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, RichWorks sangat teruja kerana dapat berkolaborasi bersama Pak Nil yang merupakan seorang selebriti ikon pengacaraan dalam industri media dan hiburan tanah air.
“Kami sangat teruja apabila beliau mahu berkongsikan 30 tahun ilmu pengetahuannya dalam bidang komunikasi bersama orang ramai melalui RichWorks.
“Sudah tentu kami sangat berbesar hati apabila beliau sudi bekerjasama dengan kami memandangkan beliau merupakan seorang selebriti ikonik tanah air,” katanya. RichWorks yang diasaskan Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 15 tahun yang lalu telah melatih dan membimbing ratusan ribu usahawan yang terdiri daripada pelbagai industri di negara ini termasuk negara jiran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melihat personaliti dirinya yang lembut dan tersusun dari segi tutur kata, pasti ramai yang mengagumi aura yang dimiliki oleh Nasha Aziz yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihat kelibat dirinya walaupun kini dilihat seakan-akan menjauhkan diri dalam dunia seni.
“Memang saya sengaja meletakkan diri saya eksklusif terutama dalam bab kerja. Kena selektif sebelum bersetuju untuk menerima sebarang naskhah. Kerja juga tak boleh tangkap muat saja. Saya mahu menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi bukan sahaja untuk diri saya, malah untuk peminat dan individu yang bekerja bersama saya”, ujar Nasha yang mempunyai kredibiliti tiada ganti.
Dalam memperkatakan tentang penglibatannya dalam dunia lakonan yang semakin menyepi, akui Nasha dia sememangnya tidak dapat lari dari melibatkan diri dalam bidang yang amat disayanginya iaitu peragaan dan lakonan. Walaupun tidak kerap muncul di kaca televisyen dengan drama atau filem terbaharu, namun Nasha lebih selesa membuat kemunculan di beberapa drama televisyen untuk mengubati kerinduannya terhadap bidang lakonan.
“Siapa yang tidak rindu dunia lakonan yang sudah menjadi sebahagian rencah dalam kehidupan saya. Bohong jika saya katakan saya tidak rindu terhadap dunia lakonan. 50 peratus diri saya rindu untuk aktif berlakon, tetapi sebahagian darinya perlu memberi tumpuan terhadap perkara lain.
Jadi, saya faham peminat merindui kemunculan saya tetapi Insyaallah jika ada naskah yang sesuai, saya tetap akan memberi komitmen tanpa berbelah bahagi. Saya kini lebih memberi tumpuan terhadap perkara-perkara utama dalam hidup dan memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang dan sederhana. Itu matlamat saya,” ujar Nasha mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...