Lancar Koleksi Baju Renang, Hanis Zalikha Mahu Wanita Sertai Aktiviti Sukan Air Penuh Gaya

Walaupun sibuk menguruskan sepasang cahaya mata dan menjalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri, pemilik jenama Cakenis ini tidak duduk diam sahaja. Hanis Zalikha terus melebarkan empayar perniagaannya dengan melancarkan koleksi eksklusif pakaian renang Cakenis, dikenali Cakenis Swimwear.

Isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini terkenal dengan membawakan sesuatu yang unik, bergaya dan terkini kepada jenamanya. Hanis Zalikha begitu teruja bila ditanya kenapa memilih pakaian renang? “Kenapa saya memilih pekaian renang untuk koleksi Cakenis kerana saya memang suka percutian pantai. Bila bercuti ke pantai biasanya kita nak pakai pakaian renang lengkap satu set.

Tapi kebanyakan pakaian renang yang ada di pasaran lebih kepada sporty

di tambah pula dengan warna-warna yang terang. Jadi saya mahu pakaian renang yang nampak cantik dan selesa. Maka pembuka tahun 2020 ini Cakenis melahirkan pakaian renang,” terang Hanis Zalikha yang tinggi lampai ini.

Menyentuh tentang idea penghasilan pakaian renang ini, kongsi Hanis Zalikha, “Sebenarnya pakaian renang ini suatu impian yang dah lama terpendam. Sebab memang ada satu masalah nak cari pakaian renang yang cantik tapi tepati semua ciri yang saya suka. Kita dah work on pakaian renang ini dari last year lagi dan akhirnya berjaya juga untuk show case hari ini. Saya gembira sangat,” ucap Hanis Zalikha dengan wajah ceria.

Menurut Hanis Zalikha Cakenis Swimwear ini direka dan dihasilkan oleh dirinya sendiri. Pakaian renang keluaran Cakenis ini dihasilkan dari kualiti tinggi, ringan dan cepat kering. Koleksi sulung Cakenis Swimwear, The Cakenis Swimwear S/S 2020 dilancarkan dengan 3 tona warna iaitu Navy & Beige, Olive & Pink

dan Black & White.

“Paling istimewa apabila pakaian renang ini hadir dengan Flowy Chiffon Wrap yang macam kaftan kardigan. Memang cantik tak payah fikir nak pakai apa kat luar kalau pakai pakaian renang dan tak payah pakai hotel punya bath robe lagi. Kita boleh nampak cantik dan aktif,” tutur Hanis sambil mengharapkan koleksi yang dikeluarkannya ini mendapat sambutan ramai.

Bercerita tentang harapan Hanis Zalikha untuk koleksi ini, “Koleksi ini adalah sesuatu yang baharu jadi saya nak perkenalkan pakaian renang ini kepada semua dan mendapatkan maklum balas dari pengguna.

Saya juga mengharapkan dengan koleksi pakaian renang ini ramai wanita boleh menyertai aktiviti kolam renang bersama keluarga. Macam mak-mak kan selalu tengok jer duduk tepi kolam dan tolong jaga barang. Bila ada pakaian renang yang cantik, harap-harap ramai orang suka,” bicara ibu kepada Yusuf Iskandar Hairul Azreen dan Alisa Aisyah Hairul Azreen ini.

Cakenis Cruise Collection ini telah berlangsung di Four Points by Sheraton Chinatown, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihoskan oleh Miss Universe Malaysia 2011, Deborah Henry dan dihadiri oleh ramai selebriti terkenal tanah air seperti Izara Aishah, Fouziah Gous, Elfira Loy dan Erin Malek serta turut dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat Hanis Zalikha.

Share
Published by
Hamizatul Maizan