Kembali bersemangat. Itulah perasaan penggiat seni fesyen di Malaysia sesudah badai COVID-19 menunjukkan tanda-tanda redanya. Dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi, golongan kreatif ini juga bakal mencipta sejarah dalam KL Fashion Week 2021 yang bakal berlangsung awal November.
Haluan fesyen global sudah banyak berubah. Banyak gedung pakaian ditutup, acara pertunjukan fesyen dibatalkan, stok melambak dan keperluan untuk mereka, menghasilkan serta mempersembahkan koleksi musim baru dikaji semula. Survival hidup pasca COVID-19 ini menjadikan industri fesyen semakin tenat.
Ads
Namun selepas hujan pasti ada pelangi, begitu juga kehidupan. Kini sebaik rentak ekonomi Malaysia kembali pulih seperti sediakala, penggiat fesyen juga mula mencari ruang mendapatkan semula pelanggan yang suka bergaya. Lebih-lebih lagi apabila majlis-majlis keramaian dibuka secara berperingkat.
Ini antara perkongsian pereka fesyen Ezuwan Ismail kepada Majalah Nona baru-baru ini…
Bermula 1 hingga 7 November 2021 ini, acara mega Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021 bakal menggabungkan para pereka fesyen tempatan di bawah satu bumbung. Seramai 48 pereka dijangka mementaskan koleksi ready-to-wear secara digital dan fizikal di Pavilion Kuala Lumpur.
Dalam satu sidang media yang berlangsung di mercu tanda baharu The Exchange 106, sempat juga Majalah Nona bertentang mata dengan beberapa pereka fesyen tersohor di sana.
Antaranya Hatta Dolmat dan Ezuwan Ismail yang ‘mendedahkan’ beberapa kejutan baru…
HATTA DOLMAT
“Sekarang Hatta banyak bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, meluaskan kempen-kempen yang berkait dengan ‘sustainability’ (kelestarian alam) di negara ini.
Untuk KL Fashion Week ni pun Hatta masih mengetengahkan fesyen ‘sustainability’. Peminat boleh jangkakan sesuatu yang berbeza daripada sesuatu yang pernah Hatta keluarkan sebelum ni.
Ads
Hatta juga akan keluarkan satu motif baru yang bakal menepati cita rasa penggemar fesyen di KL Fashion Week nanti…”
EZUWAN ISMAIL
“Tahun ni ada kelainan untuk KL Fashion Week dimana Ezuwan bakal mengeluarkan koleksi office wear.
Ads
Sekarang pun orang dah mula bekerja dan mencari baju. Jadi ini juga pertama kali Ezuwan keluarkan koleksi ready-to-wear seumpamanya, jadi nantikan pada 6 November ini jam 3.00 petang…”
Boleh rujuk jadual di bawah ini untuk senarai penuh pertunjukan fesyen di Pavilion Kuala Lumpur dan secara online.
Tunjukkan sokongan dan beri semangat padu buat penggiat seni fesyen negara yang sentiasa bekerja keras menaikkan industri tanah air. Selain Hatta dan Ezuwan, tak sabar nak tunggu pertunjukan daripada nama-nama gergasi fesyen Malaysia!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain keluarga, teman sejati antara individu yang penting dalam hidup kita. Kadang-kadang, mereka juga yang menjadi teman seperjuangan untuk menggapai mimpi.
Itu yang dapat digambarkan tentang persahabatan yang terjalin antara dua pelakon wanita popular Fasha Sandha dan Fazura.
Bersahabat baik sejak daripada berumur 18 tahun, menjadikan Fasha Sandha seorang wanita yang sangat bertuah kerana sering mendapat hadiah baju raya pemberian Fazura. Wah, untungnya Fasha!
” Sejak saya jadi ibu tunggal ni, Faz tak pernah lupa hantar baju raya setiap tahun. Syukur Alhamdulillah, ramai insan yang berhati mulia seperti beliau,” tulis Fasha Sandha di laman instagram miliknya.
Fasha Sandha juga turut berterima kasih kepada Fattah Amin dan mengharapkan pasangan romantis itu segera dikurniakan anak.
“Terima kasih Faz dan juga Fattah Amin. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan cepat dapat baby.”
Alhamdulillah, bila orang dah doakan yang baik-baik, maka yang baik juga jadinya. Peminat pun dah tak sabar menunggu kehadiran Fattzura Junior.
Memegang status ibu tunggal sejak lebih dua tahun yang lalu tidak menghalang Fasha untuk menyambut Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan penuh rasa bahagia dan bersyukur di samping keluarga dan sahabat sejati.
Iyalah, siapa yang tak gembira bila dapat baju raya. Mana tahu, sambil Fasha melaram raya nanti dengan baju raya pemberian Fazura, tiba-tiba terjumpa pula jodoh baru. Eh!
sumber foto: Instagram Fasha Sandha dan Fazura
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau dah namanya anak Che Ta, memang pandai bergaya dan cantik! 1 November lepas satu-satunya anak perempuan aktres jelita, Rozita Che Wan dan Zain Saidin menginjak usia sembilan tahun. Kian membesar sihat, Aaisyah Dhia Rana bertuah kerana mewarisi gen cantik daripada kedua-dua ibu bapa.
Apatah lagi, ibu tersayang yang juga usahawan merupakan Miss Malaysia Intercontinental 1992. Bak kata pepatah, Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Ternyata, anak bongsu daripada tiga beradik ini cukup meminati dunia kecantikan dan fesyen seperti Che Ta.
Menerusi perkongsian foto bersempena sambutan ulang tahun hari kelahiran ke-9 di media sosial miliknya, Aaisyah tampil bergaya dalam gaun merah jambu dan lengkap dengan bermekap.
Sambil menulis kapsyen, “Officially 9 years old on the 1st November.”
Daripada gambar-gambar yang dikongsikan tersebut, segenap ruang kediaman dihias indah dengan rona merah jambu termasuklah dekorasi belon, bunga-bungaan dan kek hari lahir yang bertemakan watak animasi popular iaitu Barbie.
Aaisyah juga tidak ketinggalan mengenakan mahkota dan tampil ala puteri!
Lebih menarik perhatian ialah telatah Aaisyah beraksi di depan kamera yang kelihatan bersahaja dan tak ubah seperti model.
Bukan itu saja, dalam salah satu video yang dimuat naik turut memaparkan Aaisyah memakai kasut tumit tinggi milik Che Ta!
Aaisyah Dhia Rana antara salah seorang anak selebriti popular yang sering mendapat tumpuan peminat dan warga maya. Terdahulu Aaisyah pernah viral dan jadi bualan hangat kerana memiliki bilik tidur yang mewah dan luas.
Kanak-kanak perempuan comel ini ialah puteri kesayangan Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta bersama pelakon kacak, Zain Saidin.
Che Ta sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.
Produk Jamu Mak Dara diketahui dan diamalkan untuk tujuan menjaga kesihatan tubuh badan. Diakui produk Jamu Mak Dara pernah mencipta fenomenanya yang tersendiri dalam penerimaan kaum wanita sebagai alternatif mengamalkan jamu untuk kekal cantik dan sihat.
Pun begitu, kita telah dikhabarkan dengan berita duka hari ini apabila pengasas produk jenama Jamu Mak Dara, Halimah Shuib dilaporkan telah meninggal dunia ketika dalam tidur pada usia 78 tahun, kira-kira jam 8.00 malam Ahad.
Berita duka itu disahkan oleh anaknya yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara (JMD) Sdn, Bhd, iaitu SM Gadaffi Syed Ali.
Jelas Gadaffi atau mesra disapa Abib, arwah terdahulu seakan sudah memberi bayangan untuk ‘pergi’, namun mahu melihat dia terlebih dahulu hadir mengambil ijazahnya di majlis konvokesyen yang berlangsung pada siang Ahad.
Sedih dengan berita pemergian ibu tercinta, Abib yang sememangnya rapat dengan ibunya dan bersama-sama meneruskan empayar JMD bagaimanapun reda dengan ketentuan Ilahi. Baginya, dia sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai anak sehabis baik.
Sumber: Keluarga
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!