Bidang perniagaan sememangnya menjamin sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Baru-baru ini, Kyut Skin, sebuah jenama penjagaan kulitĀ tempatan milik Fabulove Sisters Empire baru-baru ini meraikan majlis pelancaran produk keluarannya dan seiring dengan pembukaan rasmi ruang pameran eksklusif Kyut Skin yang terletak di Ampang. Antara produk keluaran Kyut Skin termasuklah Stik Pelindung Matahari, Oli Face Cleansing Sheet, Glowy Face Mist dan Moist Moisturiser.
Ads
Ia telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah sejak penubuhannya antaranya termasuklahĀ Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera, Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk produk stick pelindung matahari. Jenama ini juga meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023 yang lalu.
Menyedari persepsi masyarakat mengenai kebanjiran produk ‘timbang kilo’ di pasaran, Fabulove Sisters Empire mengambil inisiatif tersendiri mengeluarkan produk berasaskan bahan organik dengan bantuan teknologi kecantikan dari Korea.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sisters Empire, Nur Fathini Khalilah, Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah bagi keperluan penjagaan kulit harian. Menyedari kesedaran di kalangan wanita Malaysia mengenai kepentingan penjagaan kulit untuk kekal cantik dan sihat untuk jangka masa panjang, syarikat tersebut komited untuk menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti tinggi dan bermanfaat.
ā Kunjungan ke Korea Selatan untuk menjalin kerjasama dengan pakar-pakar kimia terlatih telah dilakukan demi memastikan produk memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tertinggi. Kami komited untuk menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti tinggi dan memberi manfaat untuk para pengguna,ā ujar Fathini.
Tidak hanya mahu menumpukan perhatian kepada bidang penjagaan kulit, jelas Jelas Fathini yang turut popular dengan panggilan Nini Comei, Kyut Skin merupakan langkah pertama mereka dalam dunia perniagaan sebelum Fabulove Sisters Empire meneroka peluang bidang perniagaan lain pula.
Ads
Sebagai langkah permulaan, Kyut Skin membuka ruang pameran eksklusif Kyut Skin yang terletak di Ampang telah dirasmikan baru-baru ini. Ia merupakan langkah awal jenama tersebut untuk mewujudkan lebih banyak cabang perniagaan lain antaranya termasuklahĀ Kyut Cafe dan Kyut Villa di Balik Pulau, Pulau Pinang.
āKyut Skin ditubuhkan bukan sahaja untuk memenuhi ruang pasaran di negara kita tetapi misi kami adalah untuk membuka lebih banyak peluang menjana ekonomi dalam masyarakat.
Ketua Pegawai Operasi Fabulove Sisters Empire, Nur Fathin Zulaikha, berkata, Kyut Skin memberikan penekanan penuh terhadap formulasi produk yang dihasilkan. Melalui kolaborasi bersama pasukan ahli kimia yang berdedikasi dan pakar-pakar terlatih, Kyut Skin memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tinggi.
Ads
Selain perancangan perniagaan tersebut, jenama ini juga mensasarkan Ā penjualan produk pada tahun ini bakal mencapai sasaran RM3 juta.
āKami sasarkan mengeluarkan lapan jenis produk, di mana empat lagi produk akan dipasarkan pada tahun hadapan.āUntuk sasaran jualan empat produk yang ada, kami menjangkakan angka RM3 juta pada tahun ini dengan pelbagai bentuk promosi, penambahan ejen berdaftar dan antara produk ini juga telah mula dipasarkan di beberapa buah farmasi. Bermakna semua produk dijangka akanĀ sold outĀ pada hujung tahun,ā katanya mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mahu memiliki kulit bebas masalah dan mudah untuk mendapatkan raut wajah yang bebas cela. Namun, untuk mendapatkan wajah bebas masalah, regim penjagaan yang tuntas dan disiplin perlu diamalkan.
Penyanyi dan pelakon Wanna Ali cukup bertuah kerana memiliki disiplin yang tinggi dalam menjaga penampilan dirinya dari hujung rambut ke hujung kaki. Mana tidaknya, rezeki dirinya apabilaĀ dilantik menjadi duta kecantikan produk Millefleur iaitu produk rangkaian penjagaan kulit dikeluarkan dalam bentuk serum.
Pengarah Urusan Millefleur, Wan Mohamad Azrihaikal Wan Hassan berkata, pemilihan selebriti berusia 25 tahun itu turut mengambil kira semua faktor dari aspek keserasian dan kerjasama baik antara kedua-dua pihak.
Menurut beliau, pihaknya juga yakin Wanna adalah pilihan yang tepat untuk memperkenalkan produk ini secara lebih meluas dalam semua platform media.
āKami juga sangat kagum dengan disiplin Wanna yang konsisten menggunakan produk ini sebelum dia dipilih sebagai duta. Kami mahukan seseorang yang mampu mewakili syarikat untuk memberi keyakinan kepada bakal pengguna.
āSelari dengan kempen #WakingUpToHealthySkin, Millefleur turut menghasilkan tiga versi iklan video muzik,ā katanya pada majlis pengenalan duta produk Fresh + Glow Intensive Hydrating Serum di siniĀ baru-baru ini.
Mula bertapak dalam industri seni sebagai penyanyi, Wanna memilih genre pilihannya iaitu R&B dan jazz namun ia sukar mendapat tempat dalam kalangan peminat.
Bagaimana Wanna atau nama sebenarnya Nor Syazwana Mohd Ali yang pernah popular dengan laguĀ LepaskanĀ Ā kini lebih selesa memilih untuk aktif di bidang lakonan ketika ini di mana ia adalah jalan terbaik untuk kerjaya seninya.
Mengulas lanjut, Wanna turut berkongsi kebaikan dari Millefleur yang memberikan banyak perubahan yang baik pada wajahnya.
āāProduk ini sangat bagus kerana terdapat kebaikan 3 dalam 1 dan saya percaya produk ini kerana terkejut dengan hasil diberikan terutama melihat pengasasnya yang sudah berumur 50 tahun ke atas tapi kulitnya masih cantik walaupun lelaki.
āāSebelum ini saya memang susah hendak percaya produk tempatan namun saya cuba dahulu selama sebulan dan ia ternyata bagus kerana mengandungi organik yang menyebabkan saya bersetuju untuk menjadi duta,ā jelasnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Vokalis kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk. Amy menjadi satu satunya pelaku seni yang menerima pingat tersebut sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73 hari ini.
Mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tun Mohd Ali Rustam, Amy, 64, yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Melaka, Datuk Sri Ab Rauf Yusoh melahirkan rasa syukur di atas kurniaan yang diterimanya selepas 42 tahun menjadi anak seni.
Amy Search juga ayah kepada pelakon Nabila Huda berkata, āSyukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri, Tun Ali Rustam dan semua pihak yang terlibat.
āPemberian pingat yang membawa gelaran Datuk kepada saya ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali selama ini. Saya tetap Amy Search, penyanyi dan pemain industri muzik yang dikenali,ā ujar Amy kepada Gempak.
Namun kata Amy, penganugerahan pingat Datuk yang dikurniakan kepadanya adalah sebuah tanggungjawab dan pengiktirafan buah seluruh karyawan hiburan.
āDengan dikurniai pingat ini, ia memberi saya lebih tanggungjawab demi menjadi teladan yang lebih baik dan pingat ini sebenarnya juga bukan untuk saya secara individu tetapi adalah mengiktiraf bahawa anak seni atau karyawan hiburan juga memainkan peranan penting dalam sosio ekonomi kita,ā katanya lagi.
Sangat menyukai seni bina Melaka, Amy menikah dengan Norhasliza Hassan yang dilahirkan di Melaka serta memiliki lima orang anak termasuk aktres dan hos, Nabila Huda.
Amy yang memulakan kariernya sekitar awal tahun 80-an sudah menerima banyak pengiktirafan dalam dunia muzik termasuk mencetus fenomena lewat lagu Isabella bersama kumpulan legenda, Search.
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Zaidi Johari, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 883 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73 hari ini.
Rasanya ramai sudah mengetahui pelakon dan bekas model, Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad telah selamat melahirkan anak keenamnya pada jam 8.30 pagi menerusi pembedahan, di sebuah hospital swasta pada 12 Mei lalu.
Selepas genap lapan hari cahaya mata keenam selamat dilahirkan, Rebecca menerusi hantaran di Instagram mengumumkan nama penuh bayi lelakinya iaitu Nor Ammar Al-Rizky.
āDi pagi Jumaat yang barokah ini, saya memperkenalkan kepada anda semua nama bidadari kecil saya, iaitu Nor Ammar Al-Rizky.
Alhamdulillah hari ini Jumaat, hari kelapan buat baby Ammar yang dan mummy yang baru melahirkan. Semoga Baby Ammar membesar dengan sihat, Bijak pandai, menjadi anak yang soleh, dan di jaga Allah SWT di setiap langkahNya, Ameenā-tulis Rebecca di Instagram.
Namun, Rebecca menjelaskan dia masih belum boleh mendedahkan wajah anak keenam beliau dan bakal menunjukkan wajah penuh anaknya itu setelah dirinya selesai menjalani tempoh berpantang.
āHari ni baru hari 8. InsyaAllah habis berpantang nanti Mummy share pic baby Ammar terang-terang ya š . Sebab ada yang ramai bertanya nak tengok š . Sabar ya, soon InsyaAllah šš».ā-jelas Rebecca
Untuk informasi, Rebecca telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata, Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Alif Al-Raffael, 7, Nor Ahmed Al-Reaggan, 4,Ā dan Nor Aurora Riana, 4.
Nona mendaokan semoga Baby Ammar membesar dengan sihat serta menjadi anak soleh. Tak sabar rasanya nak tengok wajah comelnya nanti.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda āAbdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...