Bidang perniagaan sememangnya menjamin sumber pendapatan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Baru-baru ini, Kyut Skin, sebuah jenama penjagaan kulit tempatan milik Fabulove Sisters Empire baru-baru ini meraikan majlis pelancaran produk keluarannya dan seiring dengan pembukaan rasmi ruang pameran eksklusif Kyut Skin yang terletak di Ampang. Antara produk keluaran Kyut Skin termasuklah Stik Pelindung Matahari, Oli Face Cleansing Sheet, Glowy Face Mist dan Moist Moisturiser.
Ia telah mendapat pelbagai pengiktirafan dan anugerah sejak penubuhannya antaranya termasuklah Anugerah Keunggulan Perniagaan Bumiputera, Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider untuk produk stick pelindung matahari. Jenama ini juga meraih penghargaan Inovasi Penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023 yang lalu.
Menyedari persepsi masyarakat mengenai kebanjiran produk ‘timbang kilo’ di pasaran, Fabulove Sisters Empire mengambil inisiatif tersendiri mengeluarkan produk berasaskan bahan organik dengan bantuan teknologi kecantikan dari Korea.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sisters Empire, Nur Fathini Khalilah, Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah bagi keperluan penjagaan kulit harian. Menyedari kesedaran di kalangan wanita Malaysia mengenai kepentingan penjagaan kulit untuk kekal cantik dan sihat untuk jangka masa panjang, syarikat tersebut komited untuk menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti tinggi dan bermanfaat.
“ Kunjungan ke Korea Selatan untuk menjalin kerjasama dengan pakar-pakar kimia terlatih telah dilakukan demi memastikan produk memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tertinggi. Kami komited untuk menghasilkan produk yang inovatif, berkualiti tinggi dan memberi manfaat untuk para pengguna,” ujar Fathini.
Tidak hanya mahu menumpukan perhatian kepada bidang penjagaan kulit, jelas Jelas Fathini yang turut popular dengan panggilan Nini Comei, Kyut Skin merupakan langkah pertama mereka dalam dunia perniagaan sebelum Fabulove Sisters Empire meneroka peluang bidang perniagaan lain pula.
Sebagai langkah permulaan, Kyut Skin membuka ruang pameran eksklusif Kyut Skin yang terletak di Ampang telah dirasmikan baru-baru ini. Ia merupakan langkah awal jenama tersebut untuk mewujudkan lebih banyak cabang perniagaan lain antaranya termasuklah Kyut Cafe dan Kyut Villa di Balik Pulau, Pulau Pinang.
“Kyut Skin ditubuhkan bukan sahaja untuk memenuhi ruang pasaran di negara kita tetapi misi kami adalah untuk membuka lebih banyak peluang menjana ekonomi dalam masyarakat.
Ketua Pegawai Operasi Fabulove Sisters Empire, Nur Fathin Zulaikha, berkata, Kyut Skin memberikan penekanan penuh terhadap formulasi produk yang dihasilkan. Melalui kolaborasi bersama pasukan ahli kimia yang berdedikasi dan pakar-pakar terlatih, Kyut Skin memastikan produk mereka memenuhi piawaian kualiti dan keberkesanan yang tinggi.
Selain perancangan perniagaan tersebut, jenama ini juga mensasarkan penjualan produk pada tahun ini bakal mencapai sasaran RM3 juta.
“Kami sasarkan mengeluarkan lapan jenis produk, di mana empat lagi produk akan dipasarkan pada tahun hadapan.“Untuk sasaran jualan empat produk yang ada, kami menjangkakan angka RM3 juta pada tahun ini dengan pelbagai bentuk promosi, penambahan ejen berdaftar dan antara produk ini juga telah mula dipasarkan di beberapa buah farmasi. Bermakna semua produk dijangka akan sold out pada hujung tahun,” katanya mengakhiri perbualan.
This website uses cookies.