Regim kecantikan banyak langkahnya sampai penat dibuatnya. Sebab ramai yang over do sehingga kulit jadi ‘sakit’. Inilah penyebabnya.
Produk
Pencuci wajah yang betul menanggalkan kotoran dan solekan, bukannya minyak semula jadi yang ada pada kulit atau sel-sel sihat. Pastikan produk yang hanya memberi kebaikan pada kulit dengan melihat kandungannya. Organik lebih bagus!
Over do
Mencuci wajah sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jika terlebih, pasti menimbulkan iritasi dan memaksa kulit mengeluarkan lebih banyak minyak. Jika anda tak bersolekan atau berpeluh sepanjang hari, tidak perlu pencuci wajah pada waktu malam dan cuba bersihkan wajah hanya dengan air suam. Beri masa untuk kulit berehat.
Salah suhu
Mitos: Air panas membuka pori dan air sejuk menutupnya kembali. Realitinya, pori tidak mempunyai otot untuk terbuka dan tertutup. Air panas terasa baik untuk kulit tetapi ia sebenarnya mengganggu kulit semula jadi anda, minyak perlindungan dan membawa kepada over-drying atau over production sebum. Air suam paling terbaik!
Penggelupasan terlalu banyak
Penggelupasan baik untuk membuang sel kulit mati tetapi kesederhanaan adalah kata kunci. Skrub muka hanya sesuai digunakan dua kali seminggu agar kulit anda tidak kasar dan terasa pedih. Gunakan tangan dan elakkan tuala kerana ia lebih kasar dan menyakitkan kulit wajah.
Cuci bersih
Apabila anda tidak membersihkan wajah dengan betul, sabun yang tertinggal itu akan menjadi sisa dan menutup pori serta mengeringkan kulit. Cuci sempurna walaupun anda garisan rahang, garisan rambut dan hidung kerana ia biasanya menjadi spot terlepas pandang.
Kandungan iritasi
Berjanjilah pada kulit anda untuk tidak menggunakan produk mengandungi bahan-bahan penyebab iritasi seperti pewangi, pewarna dan bahan preservatif seperti paraben. Sentiasa baca label kandungan sebelum membeli produk penjagaan kulit.
Tuala muka
Tekap, jangan gosok. Benar, menggosok tuala pada muka terasa sedap tetapi ia umpama menarik kulit dan meletakkan kulit wajah anda pada tahap elastik. Pilih tuala muka yang lembut dan sesuai untuk wajah. Paling penting, jangan berkongsi tuala muka walaupun kulit muka orang itu tidak bermasalah.
Lembapan berpanjangan
Untuk melembutkan kulit dan membiarkan kulit wajah terus lembap dan berseri, sapu pelembap wajah sebaik sahaja anda menbersih wajah. Begitu juga dengan sapuan serum dan produk rawatan kulit lain. Biarkan kulit anda benar-benar kering agar serum dan losyen pelembap tadi boleh menyerap sempurna.
Pelaburan jangka panjang
Semakin meningkat usia, kulit wajah semakin sukar dibelai. Penjagaan lebih rapi perlu agar ia sentiasa terpelihara. Cari produk dengan kandungan ringkas, semula jadi dan kekal merawat wajah berbanding produk berjenama, mahal tetapi meninggalkan kesan sampingan.
Takut minyak
Ramai mengelak dari menyapu minyak pada wajah kerana telah lama disogokkan dengan pendapat;wajah berminyak akan menambahkan lagi minyak pada wajah. Kajian menunjukkan minyak yang betul boleh membersihkan pori wajah dan menjadikan ia lebih lembap dan terpelihara serta mengelakkan kulit wajah dari kering dan kusam.
.