Langkah-Langkah Keselamatan Jika Kereta Terperangkap DALAM BANJIR, Mohon Sebarkan Pada Mangsa

Satu persatu bencana banjir mula melanda di pelbagai tempat di Malaysia. Mendekati musim tengkujuh ini, pasti ramai yang sudah berjaga-jaga untuk menyelamatkan harta benda sebelum rosak dimasuki air.

Namun kadang-kadang, bencana yang datang sekelip mata. Mungkin kita tak sempat untuk menyelamatkan segala-galanya, termasuklah kereta tersayang apabila banjir kilat tiba-tiba menenggelamkan kawasan parkir.

Sebagai peringatan, berikut adalah perkongsian buat pemilik kenderaan yang terperangkap dalam banjir. Semoga bermanfaat untuk semua.

  1. Jangan cuba hidupkan enjin kenderaan atau suis ketika ia masih dikelililingi air. Ini akan mengakibatkan litar pintas pada semua sistem elektronik enjin.
  2. Tanggalkan terminal bateri (+) & (-).
  3. Jika kenderaan anda dikunci menggunakan alarm, buka kunci pintu secara manual dan terus tanggalkan terminal bateri. Jangan tekan butang reset.
  4. Alihkan kenderaan ke kawasan tinggi.
  5. Tinggikan bahagian hadapan supaya muncung ekzos lebih rendah.
  6. Tarik penunjuk aras minyak enjin. Periksa jika minyak dalam keadaan hitam atau perang. Jika minyak berwarna coklat, digalakkan supaya menukar minyak enjin tersebut.
  7. Sekiranya terdapat aliran air keluar melalui ekzos ketika bahagian hadapan ditinggikan, pastikan sehingga tiada aliran air keluar melaluinya bagi mengelakkan tekanan tinggi di bahagian enjin ketika dihidupkan.
  8. Sekiranya anda berasa kurang yakin, tundalah kenderaan ke bengkel atau pusat servis yang dipercayai.

Paling baik, jemur kereta untuk beberapa hari hingga yakin ia benar-benar kering. Pertimbangkan sama ada perlu menukar lapik kusyen tempat duduk kereta jika ia mula berbau atau berwarna lumpur. Bimbang juga kalau kotoran membiakkan bakteria di situ! Norzalina Mohd Alias

Share
Published by
Norzalina