Solekan yang cantik pastinya menjadi dambaan setiap wanita. Tidak kiralah samada mahu pergi ke kerja menghadiri majlis-majlis tertentu, membeli-belah mahupun duduk di rumah. Namun, untuk mendapatan hasil solekan yang sempurna dan menawan, beberapa perkara perlu dilakukan sebelum anda mulakan mekap.
Mungkin ramai yang terlepas pandang betapa pentingnya perkara asas yang perlu dilakukan sebelum bersolej. Kaedah sebelum bersolek ini penting bagi memastikan wajah anda terhindar dari kotoran yang boleh menyebabkan jerawat, jeragat, bintik hitam dan pelbagai lagi yang tidak diingini.
Malahan juga, solekan anda kekal cantik di wajah sepanjang hari.Jom kita lihat perkara yang perlu dilakukan sebelum bersolek!
1. Pertama sekali, cuci wajah menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit.
2. Gunakan skrub wajah untuk proses pengelupasan kulit agar sel kulit mati dibuang sepenuhnya sebelum memulakan sesi solekan. Sapu rata skrub dengan urutan membulat pada bahagian wajah dan leher. Bilas dengan air suam.
3. Sapukan serum wajah terlebih dahulu sebelum anda menggunakan pelembap kulit agar kulit menyerap lebih banyak vitamin dan mineral. Serum juga boleh digunakan selepas proses skrub wajah kerana lapisan kulit yang tertutup dengan solekan menyebabkan liang pori tersekat dan berminyak.
4. Pastikan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai dengan jenis kulit untuk mengekalkan kelembapannya. Pelembap kulit boleh memberikan ia lebih lembut dan mencantikkan kesan solekan. Jangan lupa untuk gunakan pelembap yang mengandungi pelindung SPF. Impak titip pelembap pada wajah sebenarnya lebih berkesan dari kaedah urutan agar serapan pelembap lebih cepat dan pantas.
5. Terakhir sekali sebelum anda memulakan solekan, sapukan primer pada wajah. Sebolehnya, cari primer yang mengandungi silikon sebagai bahan utama mereka. Ini akan membuatkan kulit lebih halus dan lembut untuk proses solekan.