Penglibatan tiga pengadil wanita dalam saingan Piala Dunia 2022 di Qatar November ini memberi petanda baik buat sukan dan negara Arab.
Tiga pengadil wanita itu ialah Stephanie Frappart dari Perancis, Yoshimi Yamashita dari Jepun, dan Salima Mukansanga dari Rwanda.
Stephanie Frappart berasal dari Perancis..Yoshimi Yamashita anak kelahiran Jepun.Salima Mukansanga menjadi kebanggan wanita Rwanda.
Bagi Stephanie yang paling berpengalaman di kalangan ketiga-tiga pengadil wanita itu, pemilihan mereka pada sukan terbesar dunia itu adalah petanda positif daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan pihak berkuasa untuk membariskan pengadil wanita di negara tersebut.
“Saya bukan jurucakap feminis, tetapi jika ini boleh membuat perkara berlaku (positif),” ujar pengadil berusia 38 tahun itu.
Ads
Stephanie adalah salah seorang daripada 36 pengadil yang dipilih untuk kejohanan yang berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember depan.
Mengulas pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia biarpun negara itu kerap dikritik mengenai hak asasi manusia dan kedudukan wanita dalam masyarakatnya, Stephanie mengakui bahawa ‘sukan sering memainkan peranan’.
Ads
“Saya bukan pembuat keputusan tuan rumah Piala Dunia. Pihak berkuasa sudah membuat pilihan mereka.
Ads
Stephanie melakar banyak tanda aras dalam kerjayanya sebagai pegawai perlawanan dalam arena bola sepak yang didominasi oleh para pemain lelaki.
Beliau adalah pengadil wanita pertama yang mengadili Piala Super UEFA lelaki (Ogos 2019), Liga Juara-Juara (Disember 2020) dan di final Piala Perancis (Mei 2022).
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Itu nasihat padu pelakon cantik manis Fatin Afeefa buat wanita-wanita di luar sana. Fatin Afeefa meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli sebuah kereta jenis Mercedes-AMG GLE43 Coupe untuk kegunaan hariannya. Menurut Fatin menerusi hantarannya di Instagram, kereta mewah tersebut dibeli dan merupakan ‘reward’ untuk dirinya setelah bersusah payah berpeluh keringat selama enam bulan menjadi seorang ahli perniagaan.
Menerusi laman sosial Instagram, Fateen sempat berkongsi foto terbaru kereta mewahnya yang baru tiba untuk tatapan peminat-peminatnya.
“6 months of hustling as a businesswoman, this is the result! All the sweat, blood, and tears. Finally! Pelik kan? I slowed down on acting and singing to focus on my business, and I don’t have any regret. I realize going after my dream is the best way for me.
Girls.. You need to have your own dreams and most importantly a career. Build your own dreams. Jangan harap “Daddy-Kasi” je nanti ada orang buat content. Nak tanya, siapa sini nak jadi agent? A new wave is coming 😎🧡
Pada perkongsian itu lagi, Fatin dilihat cukup teruja bersandar di hadapan kereta yang masih berbalut riben merah. Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat pelakon ini yang berjaya memiliki kereta idamannya.
Untuk makluman, selain rezeki dalam bidang seni dan aktif di media sosial, Fatin juga turut memiliki produknya sendiri iaitu LeanbyFA, iaitu minuman berkhasiat (penganti makanan) yang mampu mengurangkan berat badan serta manfaat-manfaat lain.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 31.7k tanda suka daripada pengikutnya, dan semoga ianya memberikan inspirasi buat kaum wanita di luar sana untuk memajukan diri demi kelangsungan hidup.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita ini paling senang masuk syurga tetapi wanita kaum yang paling ramai dalam neraka. Dosa yang paling banyak wanita lakukan adalah terhadap suami. Kadang-kadang dalam tidak sedar kita melakukan dosa terhadap suami. Tambah-tambah lagi dalam zaman moden ini, kehidupan kita terlalu bergantung pada handphone. Menurut Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa, nak layan handphone di rumah kena minta izin suami.
“Saya pun sering rasa bersalah kalau pegang handphone kat rumah. Kita tak nak menimbulkan fitnah jadi kalau nak pegang handphone kena minta izin tidak kira terhadap suami atau anak. Sebab kita kena akui dan hargai hak anak dan hak suami di rumah.
Bila bersama anak cakaplah sekurang-kurangnya, “Kejap ya ummi nak buka handphone sebab ada urgent matters, dalam lima minit,”. Lepas itu kita tutup, layan anak. Zaman ini nak didik anak bukan tugas yang mudah. Tengok macam mana mak-mak kita dulu mendidik kita. Kasih sayang itu terasa bagai mengalir dalam diri. Balik dari sekolah mak tunggu dengan masakan air tangannya. Semua makanan kegemaran kita sedia terhidang. Mak kita selalu buat yang terbaik untuk kita. Kalau kita pula sebaliknya, “Jangan cakap banyak, makan jer apa yang ada,” macam mana kita dengan anak?
Kita mungkin tidak nampak sekarang tetapi bagaimana 20 tahun lagi. Jangan marah nanti kalau kita minta tolong anak hantar kita ke surau atau majlis ilmu, anak kita jawab nanti kejap sambil melayan handphone. Apa yang kita terima nanti Allah SWT balikkan segala perbuatan kita terhadap anak,” ujarnya.
Pengurusan waktu sangat penting untuk menjadi ibu dan isteri yang ‘berjaya’. “Apabila minta izin pasangan untuk buka handphone bukan hendak menunjuk siapa berkuasa tetapi kerana menghormati posisi masing-masing dalam rumah tangga. Perlu terangkan berapa lama masa yang diperlukan untuk melayan handphone.
Kalau semua hak-hak itu kita langgar tak berikan kepada yang berhak macam mana kita hendak hidup dengan rukun? Anak duduk di sebelah kita sampai tak perasan dia bangun berlalu pergi kerana asyik dengan handphone. Saya juga mempunyai akaun Instagram dan Facebook kerana itu merupakan keperluan semasa. Jangan sampai kita ketinggalan zaman tidak tahu apa-apa. Jika tidak ada urusan kita tinggalkan maksudnya kita lihat yang berkaitan dengan diri kita sahaja. Tenang hati dan tak serabut kepala.
Kenapa kadang-kadang kita jadi tension sebab kita tak jaga pandangan. Ini disebut dalam AlQuran, Surah Taha, Ayat 131; “Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal,”.
Ayat ini merupakan ayat pengurusan tekanan. Kadang-kadang hati tak tenang sebab suka tengok nikmat orang. Hanya tengok gambar suami kawan kita sedang payungkan dia, dia nak keluar kereta ada orang kandid, gigit jari kita tengok sifat romantis suami kawan kita. Selama ini kita basah kuyup tak ada siapa tolong payung, siapa suruh tengok. Kawan kita tu pun belum tentu, entah-entah itu merupakan first time suami dia tolong payungkan. Itu sebab kawan kita dijangkiti denggi.
Kita tertipu memanjang melihatkan gambar-gambar tersebut. Jadi kita sentiasa tidak pernah puas hati dengan suami sebab mata asik kalih tengok orang lain. “Tengok kawan saya tu bang, tengok gambar ni, mesranya dorang, hari tu kat Bali ni kat Dubai pula,”. Bila tengok benda-benda macam ni otak kita jadi tak lurus. Padahal pandangan itu bukan kehidupan realiti yang sebenar. Gambar tak boleh bercakap.
Berapa ramai pasangan yang menggambarkan konon bahagia, romantik dan caring di media sosial bulan depan hadir ke Mahkamah Syariah. Kalau kita tidak pandai menguruskan mata kita, masa kita yang sakit adalah diri sendiri. Cuba kita fikir bagaimana nak tambahkan ‘bekal’, nak tambah manfaat hidup untuk masyarakat, cuba kita luruskan hati. Buat apa yang Allah SWT suruh dan tinggalkan laranganNya, hati kita akan tenang,” terang Datuk Ustazah Norhafizah Musa.
Sumber: Facebook Ustazah Norhafizah Musa Fans
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang anak perempuan pelakon lagenda filem Tamil, Soundarya Rajinikanth. Membawa nama baik bapa tersayang yang juga nama besar dalam industri filem India, kejayaan wanita berusia 38 tahun ini pastinya membanggakan Rajinikanth.
Dalam kalangan peminat filem Tamil tanah air, ramai yang mengenali Rajinikanth sebagai ‘Padaiyappa’. Aura dan karisma aktor berusia 72 tahun tersebut dalam filem box office Padayappa cukup memberi kesan kepada penonton hingga ke hari ini.
Kini, anak perempuan tersayang pula melakar nama dalam industri. Soundarya merupakan anak bongsu kepada pasangan Rajinikanth dan Latha Rajinikanth. Dia memulakan profesion sebagai pereka grafik dan memetik laporan portal Stars Unfolded, Soundarya membuat lakaran grafik filem Tamil pada 1999 bagi filem lakonan Padayappa.
Diikuti beberapa filem popular Tamil lain antaranya Baba, Chandramukhi dan Sivaji.
Rentetan karya mengagumkan dan kerja keras yang ditunjukkan, Soundarya menjadi antara pengarah dan pereka grafik terkaya di sana. Menurut laporan Forbes & Business Insider, ibu dua anak ini memiliki kekayaan mencecah USD 5 juta!
Dia turut bergelar pengasas dan pemilik Ocher Picture Productions dan pernah menandatangani perjanjian dengan Warner Bros Entertainment pada tahun 2007 untuk menghasil dan menerbitkan filem Tamil.
Soundarya menerbitkan karya pertama sebagai pengarah filem menerusi Kochadaiiyaan pada 2014 yang dibintangi oleh bapanya bersama Deepika Padukone. Dia kemudian menerima anugerah Technical Innovation In Film, NDTV Indian of the Year 2014.
Figura berjaya ini berkahwin dengan Vishagan Vanangamudi yang mengusahakan syarikat farmaseutikal Apex Laboratories Private Ltd di Chennai pada 11 Februari 2019.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki diberi nama Veer Rajinikanth Vanangamudi yang dilahirkan pada 11 September 2022.
Terdahulu, Soundarya pernah mendirikan rumah tangga dengan Ashwin Ramkumar pada 3 September 2010 namun berpisah pada 17 Julai 2017. Mereka turut mempunyai seorang anak lelaki Ved yang lahir pada 6 Mei 2015.
Selain Soundarya, kakaknya iaitu Aishwarya Rajinikanth juga pengarah dalam industri filem Tamil.
Pejam celik, Wan Maryam sudah pun berusia tujuh tahun. Anak kepada usahawan Mawar Karim ini genap mencecah umur tujuh tahun pada 29 Disember lepas. Telatah comel anak selebriti ini di samping ibu tersayang sering menjadi perhatian warga maya terutamanya ...