Nak cepat kurus, kini ramai memilih pembedahan bariatrik bagi mengecilkan saiz perut, mengawal selera makan dan mengurangkan penyerapan makanan oleh usus. Sayangnya ia sangat berisiko tinggi, malah mengundang maut seperti yang dialami anak mendiang Elvis Presley, Lisa Marie Presley.
Menurut Sinar Harian, kematian Lisa Presley pada 12 Januari lalu mengundang perhatian ramai. Pelakon dan penulis lirik itu dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri akibat jantung terhenti mengejut (cardiac arrest
) sebelum meninggal dunia di sebuah hospital di Los Angeles.Enam bulan selepas pemergiannya, laporan autopsi yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Los Angeles mendapati punca kematian mendiang dikaitkan dengan pembedahan bariatrik.
Jika allahyarhamah Rohana Jalil berdepan komplikasi kebocoran usus, mendiang Lisa Presley pula berdepan komplikasi usus kecil yang tersepit. Ia mengakibatkan tisu melekat berkembang selepas pembedahan bariatrik yang dilakukannya beberapa tahun lalu.
Menerusi E! Online, laporan autopsi bintang terkenal itu juga mendapati tahap terapeutik dua jenis opiod dan ubat anti psikotik yang dikesan tidak menyebabkan kematiannya.
Difahamkan, laporan autopsi turut mengatakan Lisa Presley mengalami kesakitan pada perut beberapa hari sebelum kematiannya.
Kehilangan mendiang dirasai para peminat. 10 hari selepas pemergian, ratusan ahli keluarga dan kenalan menghadiri pengebumian di Graceland, Memphis manakala lebih daripada 1.5 juta menonton upcara itu menerusi penstriman langsung.
Lisa Presley pernah berkahwin dengan penyanyi Michael Jackson, pemuzik Danny Keough, aktor Nicholas Cage dan pemain gitar, Michael Lockwood.
Pemergian beliau meninggalkan tiga cahaya mata iaitu aktres Riley Keough, 33, dan pasangan kembar, Harper dan Finley Lockwood, 14. Anak lelakinya, Benjamin Keough telah meninggal dunia pada tahun 2020.
Kesimpulannya, tidak semua orang sesuai menjalani rawatan ini. Tiada jalan singkat untuk menjaga kesihatan dan menurunkan berat badan kecuali menjalani gaya hidup sihat serta mengamalkan pemakanan seimbang.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/usia-26-tahun-anak-saudara-raja-pop-dunia-ini-jadi-jelmaan-michael-jackson/
This website uses cookies.