Yummy, Nona tak sabar nak rasa kek bulan istimewa dari Grand Millennium Kuala Lumpur ini! Kalau selalu kek bulan berisi telur masin dan kacang merah, tapi khabarnya kali ini ada tambahan perisa baru iaitu coklat Ferrero Rocher!

Ads

Terkenal dengan rasa dan kualiti coklat premium, mana mungkin ada yang sanggup menolak ‘tarikan’ sajian pencuci mulut popular masyarakat Tionghoa sempena sambutan Mid-Autumn Festival ini.

Diperkaya dengan campuran kacang badam rangup dan krim coklat memikat, kek bulan Ferrero Rocher nyata memenuhi cita rasa mewah. Lebih istimewa, ia turut dihiasi dengan taburan serbuk makanan berwarna keemasan yang menyerlahkan lagi keunggulan kek bulan Grand Millennium.

Bagi yang bercita rasa tradisi, usah risau kerana di Grand Millennium Kuala Lumpur pelanggan juga berpeluang menikmati himpunan jenis kek bulan klasik seperti Single Yolk White Lotus Paste, Pure White Lotus Paste atau Red Bean Paste. Selain itu, perisa kek bulan Green Tea dan Assorted Fruits & Nuts juga ditawarkan di sini.

Ads

Sebagai menghargai kedatangan pengunjung dan menghidangkan servis dan kualiti terbaik, setiap pembelian kek bulan di sini turut didatangkan bersama minuman teh cina secara percuma.

Ads

Dibungkus di dalam kotak hadiah yang cantik bersama ukiran motif oriental, kek bulan Grand Millennium Kuala Lumpur sarat dengan rasa menyelerakan, aroma memikat dan sesuai dijadikan hadiah kepada insan tersayang mahupun rakan pejabat.

Mula dijual pada 1 Ogos lalu sehingga 4 Oktober 2017, ‘khazanah’ festival Mid-Autumn ini dijual pada harga RM34 sehingga RM38 sahaja sebiji. Cepat dapatkan sekarang sebelum kehabisan di Grand Millennium Kuala Lumpur. Suziana Abu Daud

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI