Laudya Cynthia Bella Beri Bayangan, Filem BUYA HAMKA Sebagai Naskhah Terakhirnya Di Persada Seni

Sudah agak lama tidak mendengar khabar pelakon jelita, Laudya Cynthia Bella sejak berpisah dengan suaminya Engku Emran pada Januari 2020. Usai perceraian, Bella sempat terpalit gossip  mengatakan dirinya telah melangsungkan pernikahan melalui proses ta’aruf dengan seorang jejak Arab yang menetap di Dubai. Enggan terus membiarkan spekulasi itu terus bertebaran, Laudya menyangkal dakwaan tersebut dan mengesahkan berita tersebut sebagai palsu.

Kini, wanita ini kembali dengan buah tangan terbaharu melalui filem Buya Hamka yang bakal menemui penonton di Indonesia Aidilfitri ini.  Buya Hamka arahan sutradara terkenal, Fajar Bustomi bakal ditayangkan pada 20 April ini.

Dikhabarkan filem ini merupakan filem termahal terbitan Indonesia yang menelan kos sebanyak AS$3 juta (sekitar RM12 juta). Dua rumah produksi gergasi Indonesia bergabung sebagai penerbit iaitu Star Vision dan Falcon Pictures di mana perkara ini jarang-jarang berlaku dalam industri perfileman di Indonesia.

Filem yang dibintangi oleh Vino G Bastian dan Laudya Cynthia Bella ini merupakan sebuah filem filem biopik yang mengambil masa selama sembilan tahun untuk disiapkan sejak idea asalnya diusulkan pada tahun 2014. Pada tahun 2019 filem ini mula menjalani penggambaran selama enam bulan.

Filem biopik tersebut dikhabarkan bakal menjadi naskhah terakhir lakonan Laudya Cynthia Bella di layar perak memandangkan aktress cantik itu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meneruskan karier dalam bidang lakonan lantaran ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap perniagaan yang diusahakan iaitu perniagaan tudung dan makanan yang diusahakannya. Malah Bella turut mempunyai rangkaian kosmetiknya dikenali sebagai L Beauty yang dilancarkan sekitar Februari lalu.

“Takdir Allah berubah begitu cepat tanpa kita mengetahui tentangnya. Kita tidak mengatur apa-apa tapi semuanya berubah,” ujarnya yang ditemui media pada pelancaran filem tersebut, baru-baru ini.

Bekas isteri kepada ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin ini  tidak terlalu memikirkan perkara yang belum pasti, sebaliknya menikmati saja apa yang harus dijalani.

“Pada saya waktu sangat mahal. Jadi sayang sangat kalau kita memikirkan apa yang jauh di depan. Fikir saja dulu yang ada di depan mata,” ujarnya.

Laudya memegang watak sebagai Siti Rahim dalam filem biografi Buya Hamka yang bakal ditayangkan pada 19 April ini di seluruh pawagam di Indonesia.

Share
Published by
Rosmah Idayu