Bagaikan menikmati suasana iftar di Madinah! Projek hartanah milik Malaysia, Battersea Power Station di United Kingdom hari ini mencatat sejarah apabila menjadi hos bagi sebuah acara iftar komuniti.
Melihat perkongsian Haliza Hashim di laman Instagram miliknya, kira-kira 250 orang rakyat Malaysia dan penduduk di sekitarnya menghadiri majlis tersebut yang diadakan berlatar belakangkan serombong ikonik Battersea Power Station itu.
Majlis iftar komuniti tersebut telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan dikenali sebagai Ramadan Tent Project.
Laungan azan dan solat berjemaah juga turut diadakan buat pertama kalinya di lokasi ikonik tersebut. Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan dari komuniti Malaysia dan masyarakat Islam yang menjadikan aktiviti tersebut sebagai aktiviti kebajikan sepanjang bulan Ramadan.
Haliza Hashim yang membuat liputan acara tersebut untuk sebuah stesyen televisyen sempat menzahirkan rasa sayu dan emosi apatah lagi apabila mendengar laungan azan kali pertama berkumandang di lokasi ikonik milik Sime Darby Properties, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan SP Setia Berhad dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada Oktober tahun lalu.
Di London, Ramadan tahun ini dimeriahkan dengan majlis iftar dan solat maghrib berjemaah di pelbagai lokasi ikonik seperti Royal Albert Hall, Stadium Wembley dan Battersea Power Station.
Sejak dimulakan 10 tahun lalu, Open Iftar telah menyediakan lebih 300 ribu hidangan di lebih 20 bandar di United KIngdom. Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Dato Zakri Jaafar dan isteri Datin Aini Ab Rahman, pegawai dari kedutaan Malaysia du UK serta pemegang amanah badan kebajikan Mercy Humanitarian United Kingdom.
Foto: Koleksi Instagram Haliza Hashim Doyle.
This website uses cookies.