Jenama terkenal, She Dazzle mengimbangi perkembangan dan permintaan fesyen terkini dengan melancarkan koleksi skaf terbaru dengan membawa tema yang membawa kepada kebebasan dan kasih sayang.

Ads

Koleksi SHESCARVES yang membawa motif Monogram adalah tudung potongan kemasan laser empat segi (square) dengan material cotton voile yang selesa dan mudah digosok. Berukuran 45×45 inci dan memiliki tema reka bentuk tersendiri antaranya Freedom, Hope dan Love.

Lebar Empayar Bisnes Di Ibu Kota, SHE DAZZLE Kini Bersedia Tawan Hati Para Hijabi Dengan koleksi Shescarves

Lebar Empayar Bisnes Di Ibu Kota, SHE DAZZLE Kini Bersedia Tawan Hati Para Hijabi Dengan koleksi Shescarves

Setiap reka bentuk didatangkan dalam 3 kombinasi kod warna yang berbeza dan dinamakan sempena spesis rama-rama. AntaranyaHope, Love dan  Freedom. Menariknya, reka bentuk monogram diilhamkan daripada logo She dazzle iaitu bentuk daripada rama-rama. Koleksi SHESCARVES ini dijual pada harga RM49.00 sehelai.

Lebar Empayar Bisnes Di Ibu Kota, SHE DAZZLE Kini Bersedia Tawan Hati Para Hijabi Dengan koleksi Shescarves

She Dazzle diasaskan oleh Zarawani Salim pada tahun 2011, dengan memulakan perniagaan di kampung halamannya, Kemaman dengan menubuhkan rumah fesyen mesra hijab.

Ads
Lebar Empayar Bisnes Di Ibu Kota, SHE DAZZLE Kini Bersedia Tawan Hati Para Hijabi Dengan koleksi Shescarves
Zarawani Salim dan suami.

Seterusnya, pada tahun 2020 beliau melebarkan empayar bisnes di Kuala Lumpur dengan membuka butik dengan konsep tersendiri. She Dazzle memfokuskan perniagaan dengan harga berpatutan dan koleksi gaya terkini serta berkualiti untuk memastikan kegembiraan para pelanggan.

Rama-rama menjadi simbol dan singkatan kepada logo She Dazzle yang melambangkan struktur yang diilhamkan sebahagian besar jenama ini. Selain itu, ia juga merupakan simbolik pujian dan keindahan setiap Wanita.

Ads

She Dazzle sentiasa menawarkan kualiti dan kepuasan pelanggan mengikut peredaran fesyen semasa dengan falsafah reka bentuk “ A wardrobe of the trendsetter” sesuai dengan gaya DAZZlings yang dibawa.

Kegembiraan pelanggan menggayakan setiap koleksi She Dazzle tidak kira pakaian mahupun skaf, ia merupakan pencapaian terbaik yang diinginkan. Selepas 12 tahun dalam bidang fesyen, She Dazzle kini menjadi pilihan setiap wanita yang ingin nampak bergaya mengikut peredaran feyen dengan harga yang mampu milik.

Pada majlis pelancaran, turut hadir memeriahkan majlis selebriti Maryam Kimchi dan Puteri Zarith manakala penyanyi popular Datin Alyah turut menyanyikan sebuah lagu dan berbesar hati menggayakan koleksi SHESCARVES.

Lebar Empayar Bisnes Di Ibu Kota, SHE DAZZLE Kini Bersedia Tawan Hati Para Hijabi Dengan koleksi Shescarves
Datin Alyah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI