Meskipun perkahwinan dengan pengarah tersohor, Syamsul Yusof telah berakhir namun ikatan Puteri Sarah Liyana sebagai menantu dan mentua tetap terjalin erat. Keakraban aktres ini di samping Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail sentiasa menjadi perhatian masyarakat.
Buktinya, seperti kebiasaan pada 1 Syawal Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak ketinggalan bertandang ke kediaman mentua bersama dua anak kesayangan untuk meraikan Aidilfitri.
Anggun dalam persalinan merah, selebriti berusia 40 tahun ini kelihatan ceria menyambut Hari Raya dan tampil sedondon bersama Syaikhul dan Sumayyah.
Titip Puteri Sarah, “Lebaran adalah waktu terbaik untuk memaafkan dan melupakan. Semoga Aidilfitri ini menjadi titik permulaan baru dalam hidup kita.”
Ads
Reda dengan takdir meraikan Hari Raya sebagai ibu tunggal, Puteri Sarah enggan menjadikan status itu sebagai halangan untuk bergembira seisi keluarga.
Walau tiada sosok suami di sisi namun dia tetap bahagia menjalani kehidupan bersama buah hati kesayangan Syaikhul Islam dan Sumayyah. Pada hari raya kedua, kelihatan Puteri Sarah sedondon mengenakan persalinan warna olive.
Sementara itu, menerusi perkongsian di media sosial Syamsul Yusof kelihatan dia yang berbusana olive turut gembira menyambut lebaran tahun ini di samping ibu bapa dan dua anak kesayangan.
Ujar Syamsul, “This Eid, may my prayers be answered.”
Ini merupakan Aidilfitri terindah bagi Syamsul dan kedua-dua ibu bapanya kerana sudah beberapa tahun pengarah filem Mat Kilau berkenaan tidak merayakan Syawal dengan keluarga kerana perselisihan faham.
Ads
Puteri Sarah Liyana Berhubung Baik Dengan Syamsul Yusof
Dalam pada itu, ibu Syamsul iaitu Datin Patimah meluahkan rasa syukur kerana akhirnya potret keluarga mereka lengkap dengan semua ahli ada bersama-sama.
“Alhamdulillah syukur kepada Allah keluarga kami lengkap 2025.”
Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof akhirnya berakhir dengan penceraian pada Jun 2023.
Bagaimana pun, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berhubungan baik demi menjaga dua anak kesayangan mereka yang kian meningkat dewasa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aduh, tengiknya bau dia! Rasa kasihan pula bila orang sekelilingnya mula buat reaksi muka saat si dia menghampiri. Sebelum anda pun terkena tempias sama daripada rakan-rakan, lebih baik ambil langkah awal dengan mempraktikkan petua tradisional ini.
Pilih sama ada buah limau purut, limau nipis atau limau kasturi. Belah dua dan sapukan ia ke seluruh badan terutama di bahagian ketiak sebelum mandi. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air mandian.
Gunakan hampas kelapa untuk dilumur ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit terlebih dahulu sebelum dibilas dengan air bersih.
Ambil 2 – 3 batang serai dan buah limau kasturi. Rebus hingga mendidih dan campurkan bersama air mandian. Amalkan setiap pagi dan petang selama sekurang-kurangnya seminggu dengan mandian campuran serai dan limau kasturi ini.
Secara dalaman pula, amalkan minum air rebusan daun sirih yang telah dicampurkan bersama sedikit garam. Amalkan petua ini sekurang-kurangnya seminggu.
Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk lumat. Rebus kantan tadi hingga mendidih dan dibiarkan sejuk. Angkat dan jadikan air rebusan tersebut sebagai mandian. Bilas dengan air biasa selepas itu.
Satukan secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan untuk direbus. Campurkan air rebusan bahan-bahan ini dengan sebaldi air mandian. Praktikkan selama 3 kali seminggu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti versatil Alif Satar tidak menyangka percutiannya bersama keluarga ke England dan Scotland memberi ruang buat dirinya dan keluarga menyaksikan sendiri ‘perjalanan terakhir’ mendiang Ratu Elizabeth II. Kejadian tidak dirancang itu berlaku sewaktu Alif bersama isteri serta tiga orang anaknya baru sahaja tiba di bandar Edinburgh, Scotland dan sedang dalam misi mencari makan tengahari di bandar tersebut.
“Semalam kami baru saja hendak meninggalkan hotel The Gleneagles untuk menuju ke Edinburgh. Sampai sahaja di Edinburgh, kami tinggalkan kereta dan berjalan kaki menuju ke bandar untuk mencari makan tengah hari.
“Sedang kami berjalan mencari nasi briyani (sebab dah seminggu tak makan nasi), jalan semua dah ditutup. Nak melintas pun tidak boleh sebab orang terlalu ramai. Rupa-rupanya ada perarakan membawa keranda mendiang Ratu Elizabeth II,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.
Dalam hantaran itu juga, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku turut berkongsi video menunjukkan ‘perjalanan terakhir’ jasad Ratu Elizabeth II serta beribu-ribu rakyat jelata berkabung, berbaris di sepanjang laluan perarakan keranda baginda di Scotland di mana baginda mangkat bagi menunjukkan tanda penghormatan buat terakhir kali.
Dalam ruangan komen, rmai menyifatkan percutian Alif bersama keluarganya cukup bermakna kerana dapat menyaksikan sendiri kejadian yang mungkin berlaku sekali sahaja dalam seumur hidup.
Kalau tak mampu nak jaga anak orang, jangan jadi pengasuh! Itu kata-kata yang meluncur keluar dari mulut ramai kaum ibu bila isu penderaan kanak-kanak di taska makin serius sekarang. Sudahlah berani berselindung di sebalik profesion mulia pendidik, terang-terangan tunjuk contoh tak baik depan anak kecil lagi.
Video berdurasi dua minit yang viral di Internet sejak tiga hari lalu nyata masih meninggalkan kesan kepada sebahagian besar ibu bapa. Apatah lagi bagi si ibu yang mengandungkan anak kecil mangsa dera tersebut yang pastinya trauma menghadapi situasi sukar hari ini.
Berkongsi apa yang dirasainya sejak insiden berkenaan tular, Nur Hasriha Mohamad meluahkan apa yang terbuku di hati. Dia yang selama ini enggan ambil pusing dengan aduan anak sulungnya kerana menganggap guru-guru di taska berperibadi baik.. sama sekali tak menyangka sanggup memperlakukan anak kecil berusia tiga tahun ini seperti boneka.
“Assalamualaikum.. berkenaan dengan kes dera anak saya tu, terus terang saya katakan saya langsung tak boleh terima apa yang dia dah buat pada anak saya.. saya tak sangka orang yang saya percaya boleh jaga anak saya sebenarnya berhati binatang (maaf bahasa kasar). Kami bukan dari keluarga yang senang. Yuran bulanan yang mahal iaitu sebanyak RM380 mengharapkan penjagaan yang setimpal dengan harga. Bukan dengan cara macam ni.. terus terang saya cakap, sepanjang hantar anak ke situ, cikgu-cikgu semua nampak baik sangat depan saya.
Sampai anak tak nak sekolah saya fikir positif je. Rupanya ini lah sebabnya anak saya tak nak ke sekolah dan dia ada juga cerita teacher pukul Dina. Tapi cerita tu sebelum kejadian. Saya tak percaya cakap anak.. dia siap tunjukkan teacher pukul macam mana. Saya suami isteri masih berfikiran positif. Biarkan je apa yang Dina cakap.
Setiap kali bukak FB penuh cerita pasal Dina dan video tu sentiasa menghantui fikiran saya. Hati masih belum boleh terima apa yang terjadi sekarang ni.
Hari ni 14.8.2018 genap anak ummi DINA HANANIA BINTI SHAHRULZAMAN 3 tahun… Perancangan awal nak sambut birthday dia kat sekolah dengan kawan-kawan. Bila dah jadi macam ni, memang tak buatlah. Ni tahun pertama dia sekolah dan tahun pertama dia dah merasai benda macam ni. Tadi sebelum dia tidur saya ada cakap dengan dia, ‘Dina nak sekolah baru tak?’ Seronok dia bila dengar ummi dia nak carikan sekolah baru. Mungkin dia rasa syurga bila dah tak sekolah situ.
Tapi saya harap sangat-sangat, sekolah baru nanti tolonglah jaga anak saya betul-betul. Janganlah benda ni berulang lagi. Kasihan lah budak-budak yang tak berdosa dianiaya sebegini rupa.”
Sumber: Facebook Nur Hasriha Mohamad
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.