Sejak zaman anak dara lagi Datin Fouziah Gous menjadi perhatian peminat. Bukan sahaja kerana kurniaan rupa paras cantik dan susuk tubuh langsing bahkan juga kerana bakat yang ada dalam dirinya. Biarpun sudah berumah tangga dan berstatus isteri, pesona Datin Fouziah tetap memukau. Apatah lagi beliau juga merupakan ibu kepada dua anak!
Selain menerima tawaran lakonan dan mengacara, jelitawan ini turut rancak menguruskan empayar niaga berasaskan sarang burung iaitu FG Walet. Kejayaan Datin Fouziah sebagai usahawan bukan lagi rahsia. Saban tahun pelbagai pencapaian baharu diraih menerusi perusahaan FG Walet.
Percaya dan sudah merasai sendiri keberkesanan khasiat sarang burung terhadap kesihatan, isteri Datuk Md Zafran Md Yusof ini akhirnya terbuka hati untuk mempunyai produk sendiri dengan tujuan untuk berkongsi manfaat sama dengan orang ramai. Dedah Datin Fouziah, “FG Walet Premium Birdsnest (by hand) ni lah my first baby. 10 years back
gigih masak sampai 4 jam (whole process) di rumah. Sebab saya ada eczema, alhamdulillah dengan mengamalkan FG Walet Birdsnest lebih dari 10 tahun sebenarnya, banyak perubahan.Sampai sekarang saya minum setiap hari. Ia betul-betul memberi kesan yang terbaik untuk kulit saya dan kekal muda. Selepas mengamalkan, saya mengambil keputusan untuk menjual. Makan masa bertahun untuk menjadikan product. Ia lah masa tu orang tak kenal sarang burung, takde reference untuk follow. Semua benda perlu buat sendiri. Sehingga sarang burung menjadi satu fenomena baru.
Bukan sahaja FV Walet dapat lahirkan partner yang berjaya tapi ramai juga peniaga mula jadikan FG Walet sebagai rujukan untuk mereka membuat bisnes. Alhamdulillah ini semua rezeki dari Allah SWT. Setiap hari dapat testimoni yang positif dan pujian dari pengamal FG Walet. Alhamdulillah itulah rezeki yang berharga buat saya. Bila ia memberi manfaat kepada orang lain, ia merupakan satu kejayaan buat saya.”
Masih aktif sebagai hos rancangan dan menerima tawaran berlakon jika bersesuaian, Datin Fouziah bagaimana pun dilihat tetap mempunyai masa untuk mengurus dan memantau
perjalanan bisnes ini. Pastinya perniagaan berkenaan memberi kepuasan luar biasa sebab itu beliau sanggup bersusah-payah. Apa-apa pun, kagum dengan cara Datin Fouziah membahagikan masa di antara keluarga, kerjaya dan perniagaan.
Menelusuri perjalanan FG Walet, selepas berjaya melancarkan mesin inovasi minuman kesihatan pertama di Malaysia ketika Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) pada
April tahun lalu, Datin Fouziah turut meluaskan empayar niaga melalui kerjasama dengan Circle K Vietnam iaitu rangkaian kedai serbaneka terkenal yang mempunyai ratusan outlet di seluruh dunia sekitar bulan November 2019. Malah, pada penghujung tahun lalu pula beliau menerima penganugerahan The Asia Halal Brand Awards.
“Rasa cukup kerdil bila bersama brand yang cukup besar seperti KFC, Safi, Babas, Gintell, Coke, Berjaya Times, Soul Garden, LG, Seamaster, Tupperware dan banyak lagi nama-nama besar yang gah. Alhamdulillah, terselit juga FG Walet antara mereka. Thank you
Jakim, HDC dan semua judges yang terlibat atas pemilihan yang besar makna buat kami untuk terus menjadi terbaik dan sekali gus mengangkat FG Walet ke satu tahap yang lebih tinggi! Yes, terbukti dengan pemilihan ini FG Walet adalah HALAL sekaligus telah dinobatkan sebagai THE BEST NUTRITION BIRDSNEST oleh Asia Halal Brand Award.”Selain mengusahakan FG Walet, Datin Fouziah Gous juga menjalankan operasi sebuah pusat kecergasan muay thai. Moga perniagaan dan karier seni Datin Fouziah terus bersinar sekaligus menyuntik inspirasi kepada ramai wanita untuk turut sama berjaya.
Kredit: Instagram Fouziah Gous
This website uses cookies.