Inspirasi

Lebih 2 Dekad Jadi Isteri Alvin Tham Suffian, Amy Mastura Kekal Imej Bersih & Awet Muda Usia 53!

Diam tak diam, sudah lebih dua dekad Amy Mastura menjadi isteri Alvin Tham Suffian. Sepanjang bergelar anak seni dan berkahwin, jarang dengar kisah ‘kurang enak’ dan kontroversi mengenai penyanyi kecil molek ini. Ternyata, Amy bijak menjaga privasi diri dan keluarga meskipun berstatus public figure.

10 Mei lepas genap 53 tahun usia pemilik nama Amy Mastura Suhaimi yang juga ibu dua anak ini. Walau umur dah cecah 50an tetap kelihatan jelita. Patutlah Amy tergolomg antara selebriti wanita yang terkenal dengan wajah awet muda dan tak dimamah usia.

Melihat penampilan pelantun lagu Sha Na Na berkenaan, Amy sering tampil ringkas dan bersederhana. Jelas menunjukkan peribadi dirinya yang ‘sempoi’ dan tidak berlebih-lebihan.

Tak hairanlah walau sudah 31 tahun dalam industri seni nama Amy Mastura masih kukuh dan diterima peminat sampai sekarang.

Bersandarkan imej bersihnya, anak kelahiran Perak ini pernah dilantik sebagai duta jenama produk kosmetik Jepun iaitu Kose sekaligus menjadikannya wanita Melayu pertama berjaya meraih kepercayaan jenama berkenaan.

Anak sulung Amy menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-23 pada 21 April lepas. Sementara anak bongsu pula meraikan hari lahir ke-19 pada 15 April.

Biarpun dua puteri kesayangan Amy dan suami sudah menginjak usia dewasa namun kedua-duanya pandai jaga diri dan selesa tidak berada dalam dunia glamor seperti ibunya.

Isteri Alvin Tham Suffian ini bakal menyerikan program hiburan I Can See Your Voice Malaysia musim terbaharu.

Artikel https://www.nona.my/aktif-jadi-hos-penampilan-sopan-wajah-cantik-farah-diana-anuar-banyak-hiasi-program-islamik/

Bintang Puteri Impian ini mula mencipta nama sejak menjuarai pertandingan nyanyian Asia Bagus pada tahun 1993. Dia juga pernah merangkul anugerah Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) dan Pelakon Wanita Terbaik (FFM).

Bagi yang mengenali Amy, tentu tahu bagaimana karakter wanita kecil molek yang ramah dan lucu. Namun, tak banyak kisah peribadi dikongsi bersama peminat.

Amy Mastura mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Alvin Tham Suffian pada tahun 2000.

Mencecah usia perkahwinan 24 tahun, pasangan ini dilihat cukup romantis dan bahagia di samping dua cahaya mata perempuan iaitu Adriana dan Adalia.

 

 

 

Share
Published by
Suzi