Lebih Dari Sekadar Perhiasan Tubuh, Kini Aksesori & Kasut Boleh Sampaikan Cerita Hidup Kita Dengan Sebebasnya

Pejam celik pejam celik, bulan Julai ini bakal berganti Ogos beberapa hari lagi. Sinonim dengan tema bulan kemerdekaan, Majalah Nona menitip semangat bebas bersuara melalui aksesori fesyen.

Pemilihan aksesori seperti barangan kemas, beg tangan, cermin mata hitam, jam dan kasut, lazimnya dipengaruhi trend semasa. Apa yang sedang in atau menghiasi tubuh selebriti, pasti meningkat jualannya.

Tetapi ini belum tentu menzahirkan cita rasa individu. Kerana itulah semakin banyak jenama aksesori yang mengetengahkan sisi self-expression dalam rekaan, contohnya melalui koleksi Pandora Moments.

 

 

Kebebasan untuk memilih look dan menyampaikan cerita hidup sendiri menjadi kekuatan rekaan kali ini. Buat julung kalinya, koleksi charm holders, pemegang kunci dan anting-anting hoop diperkenalkan sebagai identiti menggayakan charm kesukaan anda.

Rekaan Pandora menggunakan metal berkualiti tinggi sesuai diolah sebagai aksesori kreatif pada anting-anting, kunci, beg dan tali pinggang anda! Ya, inilah cara baru menyampaikan kisah hidup kita dengan penuh gaya.

 

KEKUATAN PUTERI

Cinderella, Rapunzel, Ariel, Tiana dan Jasmine… Lima karakter Puteri Disney yang diabadikan sebagai charm Pandora terbaharu.

Dari kiri: Jasmine, Rapunzel, Ariel, Cinderella dan Tiana

 

Inspirasi kisah puteri-puteri ini sememangnya menepati gaya hidup wanita era moden umpamanya keberanian, kerajinan, cita-cita tinggi dan penuh rasa ingin tahu dalam versi tersendiri.

Koleksi Disney X Pandora bukan saja menggambarkan sisi eksklusif, malah lambang ekspresi jiwa Puteri Disney dalam jiwa seseorang. Serlahkan sinaran mereka dengan charm unik ini yang boleh dipelbagaikan pemakaiannya.

Ekspresikan sebagai gelang tangan charm, pemegang kunci atau sebagainya

 

PESONA KASUT LEPER

Selain aksesori, pemakaian flat shoes atau kasut leper juga merupakan cara terbaik menyampaikan mesej kebebasan. Jika dulu masyarakat melihat wanita berkasut tumit tinggi sebagai seorang yang pandai menjaga penampilan tapi kini pemakai kasut leper mula menarik perhatian, sejak pandemik tercetus.

Faktor keselesaan dan mampu melangkah lebih laju menjadi kekuatan utama kasut jenis ini. Majalah Nona tertarik dengan himpunan Pretty Ballerinas

, dimana ke semua koleksi kasut lepernya begitu cantik untuk pemakaian harian.
Kasut mules Pretty Ballerinas pilihan penulis

 

Lebih bergaya dalam kasut Pretty Ballerinas

 

 

 

 

Kesimpulannya, tidak perlu terikut-ikut dengan orang lain kerana kebebasan kini bermakna anda bangga memilih apa saja yang disukai untuk diri sendiri.

Selamat bergaya!

Share
Published by
Norzalina