Setuju dengan kenyataan Datin Seri Shahida mengenai cabaran hidup berumah tangga. Baik suami mahupun isteri, masing-masing perlu bijak menangani ujian melayari bahtera perkahwinan agar ikatan cinta yang dibina sentiasa mekar dan berkekalan.
17 tahun berkahwin dengan usahawan ternama, Dato’ Seri Aliff Syukri pastinya satu tempoh yang mencabar bagi Datin Seri Shahida. Walau hampir dua dekad namun dia mengakui masih dalam fasa mengenali karakter suami dengan lebih mendalam.
Ads
Rahsia Rumahtangga ‘Bahagia’ Dua Dekad Datin Shahida
Mengulas menjaga keharmonian rumah tangga, ini jawapan jujur yang diberikan oleh Datin Seri Shahida, ketika ditemubual oleh team NONA.
“Dalam rumah tangga ada pasang ada surutnya, ada mesra ada gaduhnya dan ada bertengkar dan ada romantiknya. Nikmati saat-saat manis bersama kerana momen manis itulah yang akan memujuk hati kita bila bergaduh.
“Terima baik buruk pasangan kita kerana dia juga manusia biasa. Tidak akan ada manusia yang benar-benar sempurna termasuk diri kita sendiri.
“Setiap suami ada busuknya, semua isteri ada masamnya. Terima dengan redha dan carilah wanginya untuk kita nikmati bersama,” ujarnya.
Datin Seri Shahida berkata demikian ketika menghadiri majlis gilang-gemilang Nona Superwoman Award bersama Dato’ Seri Aliff Syukri.
Dia yang kini bergelar ibu kepada enam cahaya mata akui sudah masak dengan ujian rumahtangga. Malah, kini lebih berilmu untuk menangani masalah demikian. Datin, Shahida yang kelihatan berseri-seri akui kini hidup bahagia di samping suami dan anak-anak tersayang.
Ads
Dalam pada itu, Datin Seri Shahida turut meluahkan rasa bangga melihat ramai usahawan-usahawan wanita hebat dan berkaliber yang menerima pengiktirafan pada majlis berkenaan. Malah, dia berharap lebih ramai lagi individu berjaya pada masa akan datang.
Datin Seri Shahida dan Dato’ Seri Aliff berkahwin pada Ogos 2007, dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi Raudhah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Ads
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sekalung tahniah buat Datin Rita Sosilawati yang berjaya menggenggam Sarjana buat kali kedua baru-baru ini. Dalam kesibukan menguruskan pelbagai cabang perniagaan seperti kosmetik, restoran dan fesyen tetap bersemangat menimba ilmu serta mengejar impian hidup. Kecekalan Datin Rita ini memang patut dijadikan inspirasi!
Berkongsi pencapaian menamatkan pengajian Sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di University of London, ia juga merupakan kali kedua ibu kepada lima cahaya mata ini menggenggam Sarjana. Pada 2010, Datin Rita memperoleh Sarjana dalam bidang Sains.
Menerusi momen yang dimuat naik di media sosial, isteri kepada Datuk Khamarulazlan Mohammad Hanafiah ini meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diimpikan selama ini.
“Alhamdulillah sujud syukur padaMu Ya Allah. Engkau telah mudahkan segala urusanku. Kepada arwah mak dan abah, this is for you. This year too many achievements I have achieved for my education. Wild ride but still can managed.”
Datin Rita Sosilawati atau nama sebenarnya Erni Dekritawati Yuliana Buhari turut mendedahkan menerima London Innovation and Strategy Award (LISA) Award hasil kertas penyelidikan yang diusahakannya berkaitan ‘Cosmetic and Personal Care’.
“Research paper for Malaysia and local cosmetic specific for brand Nouvelles Visages and this is the one and only award in innovation that conferred in British Parliament.”
Selain itu, anak kepada usahawan Allahyarham Datin Sosilawati Lawiya berkenaan turut berjaya menamatkan Professional Certificate Diploma in Innovation and Strategy (PCIS).
Beliau turut mendedikasikan kejayaan yang diraih kepada suami tercinta, anak-anak dan adik-beradik tersayang atas sokongan tidak berbelah bahagi terhadapnya sepanjang bergelar pelajar universiti.
Datin Rita sebelum ini menerima Ijazah Sarjana Muda Seni (Tekstil) Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Lusa kita dah start berpuasa. Mesti ramai wanita yang tak sempat puasa kan? Lebih-lebih lagi mereka yang tidak dapat menyempurnakan puasa disebabkan melahirkan anak atau mengandung. Kalau seminggu mungkin senang nak ganti. Macam mana pula kalau 29 hari?
Hendak atau tidak puasa Ramadan WAJIB diganti sebelum tiba bulan puasa tahun berikutnya. Sebagai wanita perlu mengganti puasa yang telah ditinggalkan walau apa pun alasannya. Tetapi, Islam itu agama yang begitu fleksibel, jika tidak berupaya untuk mengganti apabila tiba masanya, wanita boleh membayar fidyah. Namun, puasa perlu juga diganti tahun yang berikutnya.
KADAR FIDYAH
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk).
Berdasarkan Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke-102 Pada 30 Mei 2017 yang telah membincangkan tentang penambahbaikan pelaksanaan fidyah dan kaffarah di Bahagian baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP):
Kadar Bayaran Fidyah adalah sebanyak RM4.00
Kadar ini berdasarkan kepada nilai ½ gantang gandum iaitu sebanyak RM3.00 dan satu ringgit tambahan sebagai langkah berjaga-jaga.
Konsep Gandaan Bagi Penentuan Bayaran Fidyah
Apabila seseorang yang meninggal puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.
TAKSIRAN FIDYAH
Cara 1
Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah (cupak)
Cara 2
Bilangan hari tidak berpuasa X (Tahun gandaan) X Kadar fidyah(cupak)
*Tahun gandaan bermaksud bilangan tahun puasa itu telah ditinggalkan tolak satu tahun kerana tahun pertama adalah tahun dibenarkan mengganti puasa. Hanya setelah tiba Ramadan berikut jika masih tidak berganti, barulah fidyah dikenakan.
Contoh :
Tidak berpuasa kerana haid pada Ramadan 1436H (2014) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1438H (2016).
Maka tahun gandaan ialah 1438H – 1436H – 1 = 1 TAHUN, ini adalah kerana dari Syawal 1436H hingga Syaaban 1437H hinggalah tempoh satu tahun yang diperintahkan untuk mengganti puasa.
Sumber: www.zakat.com.my
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata orang, masakan ibu pengikat kasih sayang. Dan kerana seni memasak itu sering dikaitkan dengan wanita, Majalah Nona meninjau kemahiran wanita VIP di dapur ketika mereka menyiapkan hidangan kegemaran keluarga.
Meskipun majoriti wanita kenamaan mempunyai pembantu atau tukang masak sendiri, namun kemahiran memasak mereka juga tidak kurang hebatnya. Seperti wanita lain, golongan rich and famous ini juga mewarisi bakat memasak dari ibu masing-masing, malah ada yang sanggup menyertai kelas memasak di luar negara demi minat di dada.
Sesekali tengok personaliti VIP Nona menyinsing lengan baju, menumbuk cili, menggaul rendang dan tomyam… aduh, terangkat selera dibuatnya! Banyak juga petua dan tip yang dikongsi, selain kesempatan meninjau dekorasi dapur mereka yang serba mewah.
Rancangan video yang diterbitkan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd ini mula bersiaran setiap bulan di saluran YouTube dan Facebook rasmi Majalah Nona. Menariknya, penonton dapat mendekati sisi sebenar wanita kenamaan yang dipaparkan, inspirasi gaya mereka di dapur berbanding hanya berpenampilan cantik dan elegan semata-mata.
Video masakan berdurasi sekitar 10-15 minit ini dihoskan oleh Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak secara santai dan bersahaja. Beberapa personaliti VIP yang pernah ditampilkan adalah YM Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati, YM Tengku Datin Seri Zawyah Tengku Idham dan Puan Seri Nooraisha Farizan.
Selama 33 tahun di pasaran, jenama majalah gaya hidup berbahasa Melayu, Nona, terus menjadi pilihan wanita di Malaysia. Dari helaian majalah ke layar digital, Nona versi online kini terus melengkapi lifestyle wanita moden. Layari YouTube Majalah Nona untuk pelbagai lagi video menarik dan menginspirasikan.
Selamat menonton!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...