Tuntutan bekerja dari rumah, menatap skrin komputer atau gadget berjam-jam lamanya, keletihan, kurang tidur dan banyak menangis merupakan antara faktor pemicu mata panda.
Sebagai wanita, bayang-bayang gelap di bawah mata ini tentu sekali membuatkan wajah tampak lesu bahkan kelihatan lebih tua dari usia.
Mata panda biasa berlaku di kalangan warga tua. Peningkatan usia menyebabkan kulit semakin nipis dan berkurangnya jaringan lemak serta kolagen. Akhirnya pembuluh darah akan menonjol sekaligus membuatkan warna kulit di bawah mata terlihat lebih gelap.
TIP MUDAH
Sempena musim perayaan ini, tentu kita inginkan wajah yang segar meskipun sekadar berfoto atau membuat panggilan video. Dua cara paling mudah untuk menghilangkan mata panda ialah:
(1) Sapu Fenty Beauty Bright Fix Eye Brightener
Cara paling efektif menangani mata panda dengan segera. Teksturnya yang ringan berupaya melitupi bayang gelap dengan sempurna, sambil melembap, mencerah dan menyamarkan dengan sekata.
Hanya pupukkan sedikit di bawah mata dan ratakan dengan berus, span atau jari yang bersih. Tepuk perlahan hingga sekata dan boleh susuli dengan solekan seterusnya.
(2) Amalkan AHC Luminous Glow Eye Cream for Face setiap hari
AHC melancarkan krim mata baharu dengan kesan pencerahan dan anti-penuaan yang terbukti efektif. Ramuan glutathione, vitamin C dan asid hyaluronic mampu merangsang penghasilan kolagen sekaligus menyerikan bahagian bawah mata dengan cepat.
Amalkan pemakaian krim mata secara konsisten. Bahagian kulit bawah mata jauh lebih nipis daripada bahagian kulit yang lain jadi pastikan anda mengamalkan pemakaian krim yang khusus untuk menjaga kawasan ini. Krim yang baik juga dapat menyamarkan garis-garis halus atau melambatkan kedutan di sekitar mata.
PETUA MUDAH DI RUMAH
- Minum air secukupnya.
- Tuam mata dengan kain bersih berisi ais.
- Tuam dengan uncang teh basah yang telah disejukkan.
- Tinggikan posisi kepala ketika berbaring.
- Elakkan kopi dan minuman berkafein.
- Hadkan masa melihat skrin.
- Tidur secukupnya.