Inspirasi

Lebih Sedekad Jadi Ibu Tunggal, Siti Nordiana Cekal & Berdikari Besarkan Anak Lelaki Seorang Diri!

Diam tak diam sudah lebih 10 tahun pelantun lagu popular, Cinta Hanya Sandaran ini bergelar ibu tunggal. Tidak pernah menjaja kisah peribadi kepada umum, cara Siti Nordiana meluangkan masa dan layan anak lelaki tunggalnya iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie sering menjadi perhatian peminat.

Malah, sisi positif Siti Nordiana Alias atau mesra disapa Nana dalam menempuh kehidupan menjadi ikutan golongan ibu tunggal kerana semangat dan kekuatannya membesarkan anak seorang diri.

Walau sudah lebih dua dekad dalam industri seni tanah air, nama Nana kekal megah di persada muzik. Mei lalu impian Nana untuk mengadakan konsert akhirnya terlaksana.

Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun mendapat sambutan hangat daripada peminat yang merindui lagu-lagu dendangannya sekitar tahun 90an.

Artikel https://www.nona.my/badan-saya-rasa-ringan-sekarang-turun-hampir-15kg-jasmin-hamid-akui-jalani-bariatrik-demi-nak-sihat/

Bersandarkan populariti Nana hari ini, dia turut berpadu suara bersama Tomok yang dahulunya vokalis kumpulan New Boyz menerusi single mereka, Memori Mungkin Berulang.

Tidak sekadar menyanyi, Nana juga berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan berniaga.

Di sebalik tawa dan kejayaan yang diraih, pasti tersimpan detik duka penyanyi kelahiran Negeri Sembilan ini.

Sepanjang menjadi anak seni, jarang dengar cerita kurang enak mengenai Nana. Apatah lagi membuka kisah perkahwinan terdahulunya yang terputus di tengah jalan.

Sebelum ini, Nana pernah berkahwin dengan pelakon Allahyarham Mohd Faizal Yusup pada 29 April 2006. Namun mereka sepakat mengakhiri perkahwinan pada 14 September 2009.

Hasil perkongsian hidup, Siti Nordiana menjadi ibu kepada anak lelaki bernama Muhammad Rayyan yang kini meniti usia 16 tahun. Sejak berpisah, Nana cekal membesarkan Rayyan dan bertindak menjadi ibu juga bapa kepada anak tersayang.

Dia juga tidak lagi berkahwin selepas bercerai dan selesa hidup berdikari dengan status ibu tunggal demi memberi sepenuh perhatian kepada anak tunggal.

Tidak hanya diduga dengan kegagalan rumah tangga, Nana diuji dengan pemergian bapa tersayang iaitu Alias Ahmad pada 21 Julai tahun lalu.

Dalam salah satu perkongsian Nana di media sosial, penyanyi yang bakal berusia 40 tahun ini memuat naik video bersama anak lelaki sambil berkongsi peribadi bekas suami.

Ujar Nana dalam video berkenaan, “Terimbas pula kenangan bersama arwah abah dia. Memang dia banyak ikut arwah abah dia. Tak suka makan bawang, semua kena blend.

InsyaAllah Rayyan anak yang strong. Dari kecil dia dah berdikari dalam masa yang sama ingatan pada arwah abah dia tak pernah pudar.”

Moga karier Siti Nordiana terus bersinar dan menjadi sumber inspirasi wanita.

Share
Published by
Suzi