Lebih SEJUK & BEKU Dari Puncak Gunung Everest, Penduduk AS Diancam Bahaya Suhu -48 Darjah Celsius!

Pertama kali dalam sejarah, Amerika Syarikat (AS) mengalami cuaca sejuk luar biasa apabila angin dingin mencengkam tulang dari sekitar Kutub Utara merentasi majoriti bandar di AS bermula dari Dakota hingga New England. Fuh, tak dapat dibayangkan macam mana hendak lalui hari-hari apabila suhu sejuk menjunam sampai paras beku -48 darjah Celsius.

Menurut sumber Reuters, cuaca sejuk melampau yang jarang berlaku ini boleh mengancam nyawa dan dikenali sebagai vorteks kutub atau polar vortex. Disebabkan salji yang kian menebal dan ribut salji yang dikhabarkan bakal melanda, lebih 2, 700 penerbangan dibatalkan selain syarikat, premis perniagaan dan sekolah diarahkan tutup.

Bukan pemandangan biasa di AS

Lebih memburukkan, fenomena tersebut juga menyebabkan suhu boleh menurun sehingga -53 darjah Celsius dan mampu menyebabkan seseorang diserang ‘frostbite’ jika berada di tempat terbuka selama 10 minit!

Suhu paling sejuk pernah direkodkan di kebanyakan bandar di AS ini juga jauh lebih sejuk berbanding di puncak gunung Everest yang dianggarkan sekitar -35 darjah Celsius. Satu fenomena luar biasa dan berbahaya kepada puluhan juta rakyat AS.

Berdasarkan gambar yang tular di Internet juga menunjukkan Sungai Chicago menjadi separuh beku akibat Vorteks Kutub ini. Agensi Cuaca Kebangsaan AS dalam pada itu turut meramalkan Chicago merupakan bandar ketiga AS paling besar dijangka lebih sejuk berbanding beberapa bahagian di benua Antartika yang sedang mengalami pertengahan musim panas.

Keadaan Sungai Chicago yang separuh beku

Sekurang-kurangnya empat kematian dikaitkan dengan cuaca sejuk tersebut termasuk seorang lelaki maut akibat terperangkap dalam runtuhan salji. Juga, sepasang kekasih terkorban dalam kemalangan selepas kenderaan yang dinaiki terbabas di utara Indiana. Selain AS, Kanada turut terkena tempias fenomena Vorteks Kutub.

Para Saintis menegaskan perubahan iklim mendorong lebih banyak cuaca melampau terjadi dan Vorteks Kutub berlaku kerana pemanasan global yang semakin ketara di Kutub Utara.

Foto: Astro Awani, Berita Harian & Utusan

 

 

Share
Published by
Suzi