Uncategorized

Lebih Setahun Jadi Isteri Tengku Mahkota Kelantan, CHE PUAN SOFIE Dah Ada Lesen Memandu!

19 April lalu, genap setahun usia perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra di samping isteri tercinta, Yang Amat Mulia (YAM) Che Puan Sofie Louise Johansson. Mengimbas kembali detik bersejarah tersebut, pasangan diraja ini melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat malam, 19 April 2019 dalam suasana ringkas tetapi meriah secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan.

Sepanjang bergelar isteri, penampilan Che Puan Sofie sentiasa mencuri tumpuan. Bukan sahaja kerana beliau memiliki rupa paras cantik menawan bahkan personaliti Che Puan Sofie yang cuba menyesuaikan diri dengan budaya dan adat masyarakat Melayu cukup menyenangkan. Malah, sejak berkahwin, Che Puan Sofie juga dilihat selesa mengenakan selendang dan berbaju tradisi Melayu. Cantik dan anggun sangat!

Selain aktif menyertai aktiviti kebajikan, terbaharu Che Puan Sofie dikhabarkan sudah boleh memandu kenderaan di Malaysia. Ini selepas beliau berjaya memperoleh lesen memandu negara ini pada pertengahan November lepas. Tahniah!

Berita gembira itu dikongsikan Che Puan Sofie menerusi Instagram miliknya pada 17 November lalu. Ujarnya, “Today felt very blessed to receive my Malaysian driving license. Many thanks to YBrs. Tuan Hanif Yusabra bin Yusuf; Director of Road Transport Department (JPJ) Negeri Kelantan, the Deputy Director of Kelantan State Road Transport Department; Tuan Haji Nik Azhan bin Ab Hadi, Assistant Director of Driving Licensing Division Puan Wan Norina binti Wan Ismail, Assistant Director of Vehicle Licensing Division Tuan Mohd Apandi bin Jusoh and colleagues for contributing their precious time.

Apa yang pasti, Che Puan Sofie bukan hanya dikurniakan raut wajah cantik semata-mata. Sebaliknya, beliau juga seorang wanita yang tidak kekok bertemu masyarakat, aktif dengan aktiviti kemasyarakatan, ligat di dapur, gemar berbasikal dan pandai menjahit. Wah, memang beruntung Tengku Mahkota Kelantan!

Menerusi perkongsian Che Puan Sofie di laman media sosial miliknya, terserlah bakat menjahit beliau. Istimewanya, mesin jahit yang digunakan adalah pemberian Raja Perempuan Kelantan, YMM Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Pada bulan Ramadan lalu pula, Che Puan Sofie menyantuni orang ramai semasa jualan amal ‘meat ball’ dan ‘cinnamon bun’ hasil air tangannya sendiri di bazar Ramadan di Kota Bharu. Difahamkan beliau menggunakan sebanyak 7 kilogram daging untuk jualan ‘meat ball’ berkenaan selain tidak melepaskan peluang menyediakan juadah berbuka buat suami tercinta.

Semoga Allah SWT memelihara rumah tangga YTM Tengku Mahkota Kelantan dan Che Puan Sofie.

 

Kredit foto: Instagram Che Puan Sofie Louise Johansson

Share
Published by
Suzi