Dalam masa kurang dua tahun.. anak gadis Mas Anizan ini sudah berjaya menurunkan berat badan lebih daripada 20 kilogram. Kagum betul. Patutlah nampak langsing! Masih ingat lagi susuk tubuh chubby Mas Aliza Ali Bapoo saat pertama kali bertemu dengannya sekitar tahun 2015 yang lalu. Waktu itu, Aliza hadir menemani ibunya untuk sesi fotografi muka depan Majalah Nona. Walaupun bertubuh agak berisi namun dia mewarisi kecantikan ibunda tersayang. Tinggi lampai, hidung mancung, mata bundar dan mempunyai senyuman manis.
Baru saja menamatkan pengajian dalam jurusan perniagaan di Taylors Lakeside University, Mas Aliza yang kini berusia 23 tahun bukan saja dikurniakan raut wajah menawan. Bahkan dia juga seorang gadis yang sarat dengan budi pekerti tinggi dan menghormati orang sekeliling. Tatkala diajukan tentang perubahan dirinya yang kelihatan lebih dewasa dan ramping sekarang, Aliza tanpa berselindung membuka bicara.
“Actually hari-hari saya pergi gym or joging. At least
sejam sehari.. macam hiking tu tak selalu. Boleh dikatakan sebulan sekali je. Cuma tiap hari saya akan pastikan pergi work out sebab takut naik balik badan. Sejujurnya, dah setahun lebih saya tak makan nasi. Memang jaga makan dan kurangkan makanan yang bergula atau pun berminyak. Minuman bergas memang tak sentuh langsung.Memandangkan dah lama tak makan nasi, saya kena amalkan pemakanan yang sihat. Contohnya dengan ambil makanan dari sumber ikan, ayam dan daging. Sayur pun wajib makan tu, termasuk buah-buahan.”
Aliza yang pernah mencapai berat badan sehingga 85 kilogram suatu ketika dulu mengakui amat risau jika situasi itu kembali ‘mendekati’ dirinya. Meskipun berat badan terkini Aliza dalam lingkungan 60 kilogram, namun masih ada impian yang belum tertunai baginya.
“Alhamdulillah sekarang berat badan dah 60 lebih kg. Still nak turunkan lagi. Kalau boleh nak turunkan berat sampai 50 kg tapi family dan kawan-kawan tak berapa setuju sebab bimbang nampak kurus sangat. Ikutkan, niat untuk turunkan badan ni dah start sejak tahun lepas. Enam bulan pertama memang saya tak makan makanan berminyak langsung dan tak pernah ada cheat day waktu tu.
Hanya selepas enam bulan, baru saya berani ‘curi-curi makan’ dalam sekali atau dua kali seminggu. Walau macam mana pun.. sampai ke hari ini saya tetap akan pastikan pergi ke gym
setiap hari,” jelas Aliza.Tambahnya lagi, “Sebenarnya tak ada sesiapa pun yang desak saya untuk kurus. Niat tu datang dari diri sendiri sebab jealous tengok orang pakai baju cantik-cantik. Dalam hati terdetik juga bila boleh pakai dan kelihatan cantik macam tu. Syukur, sekarang ni semua baju-baju yang pernah saya pakai dulu dah tak boleh pakai lagi. Iyalah, dulu pakai saiz L atau XL tapi hari ni saiz S pun dah boleh pakai.”
“Pernah ada kenangan pahit tak masa bertubuh gempal dulu?” soal penulis. “Sepanjang badan berisi dulu tak pernah lagi kena ejek atau sindir, alhamdulillah. Cuma ada juga rasa kekurangan sebab bila badan berisi ni.. kita takda self confident. Rasa malu je. Lagi-lagi tengok mama body maintain kurus. Itu salah satu faktor yang buatkan saya lagi bersemangat nak kurus. Yang buatkan saya lagi motivate nak turunkan berat badan dan jadi lebih sihat bila tengok kawan-kawan yang bertubuh ramping.
Cantik je tengok. Automatically timbul perasaan nak jadi cantik macam mereka and of course pernah rasa murung juga at one point. Bermula dari situlah saya cuba ubah diri dan betul-betul nekad nak kurus dan disiplinkan diri. Mujur, saya dikelilingi kawan-kawan yang ikhlas terima diri saya seadanya. Tujuan saya buat semua ini adalah untuk kesihatan.. dan sudah tentu untuk kepuasan diri sendiri.”
Sudah menjadi lumrah, bila dilahirkan sebagai anak selebriti sedikit sebanyak sisi kehidupan Aliza turut mendapat perhatian masyarakat. “Yang mana tahu, tahulah. Sebenarnya susah juga sebab kita tak ada privacy. Semua apa yang kita buat akan diperhatikan dan akan diperkatakan. Saya selalu ingat tiap kali nak keluar rumah, saya bawa maruah mama dan arwah papa because growing up in the public eyes is never easy. Kena pandai jaga diri supaya orang tak salahkan parents.
Lagi-lagi bila papa dah takda. Mama lah segalanya for me. So kalau boleh saya tak nak mama terluka dengan apa-apa yang saya buat,” ungkapnya yang menyimpan hasrat untuk mempunyai rangkaian kosmetik sendiri suatu hari nanti.
This website uses cookies.