Sudah lama tidak mendengar perkhabaran pelakon tampan dan juga bekas peserta program Hero Remaja, Saharul Ridzwan. Walaupun jarang muncul di kaca televisyen ketika ini, kali terakhir dia dilihat beraksi adalah menerusi filem Cost Guard Malaysia: Ops Helang sekitar awal tahun ini.
Mengakui sudah 2 tahun tidak berlakon dalam mana-mana drama TV, Saharul Ridzwan menjelaskan bukannya tiada tawaran berlakon drama mahupun telefilem sebaliknya dia mahu memberi fokus pada perniagaan Qaabila Skincare diusahakannya.
“Saya masih meneruskan karier lakonan dan jika ada tawaran berlakon drama atau naskhah menarik, saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu. Buat masa ini, saya sibuk untuk mengembangkan bisnes yang juga jaminan untuk masa depan saya dan keluarga.
“Saya juga sudah berasa selesa dengan rutin kerja sekarang yang bermula jam 9 pagi dan selesai jam 5 petang terus pulang ke rumah untuk bersama keluarga,” katanya kepada media.
Untuk rekap, suami kepada Qaabila Deena Emir atau lebih dikenali sebagai Deena Emir ini Deena yang juga punya peniagaan sendiri Wrap Boutique House menimang cahaya mata ketiga yang diberi nama Khadijah Alkubraa sekitar 31 Januari lepas.
Ads
Pasangan sama cantik sama padan ini juga ligat mengusahan produk kecantikan mereka. Mac lepas, satu lagi produk keluaran Qaabila Skincare dilancarkan iaitu Habbapro Series – Habbapro Cleanser.
***
Ads
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjadi satu cabaran bagi ibu-ibu di luar sana untuk memastikan pakaian dan sekolah anak-anak sentiasa putih dan bersih daripada sebarang kotoran.Tak sakit mata memandang dan anak-anak pun selesa belajar kalau pakaian bersih.
Mencuci baju sekolah berwarna putih dan memutihkan kasut merupakan satu nightmare juga kepada ibu di luar sana. Lagi-lagi kalau tiba part nak basuh kasut sekolah anak yang asalnya warna putih, tapi dua tiga hari pakai dah macam kena celup dalam lumpur.
Namun, petang tadi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah akan bermula tahun hadapan.
“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sihar Harian hari ini.
Jadi, tak perlu lagi para ibu di luar sana penat berus bersungguh-sungguh bersihkan kasut sekolah anak-anak.
sumber: Astro Awani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi pencinta jenama mewah dari Jerman, Aigner, anda kini boleh berkunjung ke LaLaport Bukit Bintang (BBCC).
Aigner baru-baru ini mengumumkan pembukaan butik terbaharunya di lokasi elit tersebut yang terletak di tengah-tengah pusat membeli belah terkemuka. Aigner LaLaport BBCC merupakan butik ketiga yang terletak di Kuala Lumpur dengan flagship berada di Pavilion KL serta Suria KLCC.
Butik seluas 1,296 kaki persegfi ini menerapkan suasana santai di samping sentuhan dekorasinya yang minimalis. Secara tidak langsung, ia mengekalkan nilai estetika yang eksklusif dan bergaya.
Selain itu, rona neutral melatari segenap ruang butik dengan paduan kemasan metalik yang sangat elegan.
Hiasan yang diperkemaskan serta ketenangan aksen menonjolkan lagi rona coklat, kuning air dan hijau yang klasik dan neutral. Saat kaki melangkah ke ruang butik, pengunjung akan disajikan dengan paparan video terbaharu Aigner yang dimainkan di skrin LED 75 inci.
Antara koleksi terbaharu yang diletakkan di meja pameran ialah Mariella Bag Dadino S yang boleh diperoleh secara eksklusif di Aigner LaLaport Bukit Bintang City Centre.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap hari, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan muncul di kaca televisyen untuk menyampaikan sidang media berkaitan keadaan semasa
negara sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan wabak Covid-19 melanda. Sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat, Datuk Seri Ismail Sabri dilihat cukup komited melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin. Malah, kredibiliti beliau sebagai pemimpin semakin diakui ramai kerana berjaya mengawal
situasi pandemik Covid-19.
Terbaru, nama Datuk Seri Ismail Sabri tiba-tiba menjadi bualan ramai. Ini selepas Ahli Parlimen Bera tersebut tampil berbeza ketika menghadiri sidang media di Putrajaya pada 18 April lepas. Mengenakan kemeja bercorak unik dan menyerlah, rata-rata masyarakat yang menonton sidang media berkenaan nyata terpikat dengan penampilan beliau. Menjengah ke ruangan komen milik menteri ini, ada dalam kalangan mereka menyifatkan penampilan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai ‘rare’ dan tidak kurang juga yang ingin membeli kemeja sama untuk bapa mereka. Dah jadi macam trendsetter!
Penampilan Datuk Seri Ismail Sabri pada 18 April 2020
Yang pasti, kemunculan pemimpin berusia 60 tahun ini turut menarik tumpuan para petugas media yang membuat liputan. Sampai mereka pun turut tidak melepaskan peluang bergambar bersama menteri berjiwa mesra ini. Walau teruja untuk bergambar tapi masing-masing tetap mengamalkan penjarakan sosial 1 meter!
Menyedari penampilannya diperkatakan sejak hujung minggu lalu, Datuk Seri Ismail Sabri dalam laman media sosialnya terpanggil untuk memberi penjelasan. “Ramai komen tentang
baju saya semalam. Sebenarnya semalam dan hari ini hujung minggu (18 dan 19 April 2020). Jadi saya pakai baju batik. Apa salahnya saya mempromosikan batik Malaysia, kan?”
Bergambar bersama para wartawan selepas selesai Sidang Media
https://www.instagram.com/p/B-bVAX9pk42/
Kagum dengar jawapan beliau. Memandangkan dirinya sering tampil untuk memberitahu keadaan semasa negara, Datuk Seri Ismail Sabri mengambil peluang mengetengahkan produk seni batik keluaran negara kepada seluruh negara dan dunia. Secara tidak langsung, masyarakat dari luar negara yang melihat baju yang dipakai Datuk Seri Ismail Sabri ini turut tertarik dengan seni batik Malaysia.
Datuk Seri Ismail Sabri menerima pelantikan sebagai Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan pada 9 Mac lalu. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya yang memulakan karier sebagai peguam pada 1985 selain pernah menggalas tugas sebagai Pengarah Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.
Anak kelahiran Temerloh, Pahang ini mula bergiat aktif dalam politik pada tahun 1987 dan pernah menyandang jawatan menteri antaranya Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (2009-2013), Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2013-2015) dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (2015-2018).
Datuk Seri Ismail Sabri mendirikan rumah tangga dengan Datin Sri Muhaini Zainal Abidin dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nina Sabrina, Gadaffi, Nashriq dan Iqbal. Pereka fesyen terkenal iaitu Dato’ Jovian Mandagie pula merupakan menantu beliau.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang gembira tengok kehidupan Faisal Halim sekeluarga sekarang. Selepas melalui episod hitam yang memberi kesan mendalam dari segi mental dan fizikal pada Mei 2024, kini tonggak utama Selangor FC tersebut bangkit menjalani kehidupan di samping isteri ...