Lebih Utamakan Masa Dengan Keluarga, SAHARUL RIDZWAN Fokus Bisnes Dan Lebih Selasa Kerja Waktu Pejabat

Sudah lama tidak mendengar perkhabaran pelakon tampan dan juga bekas peserta program Hero Remaja, Saharul Ridzwan. Walaupun jarang muncul di kaca televisyen ketika ini, kali terakhir dia dilihat beraksi adalah menerusi filem Cost Guard Malaysia: Ops Helang sekitar awal tahun ini.

Mengakui sudah 2 tahun tidak berlakon dalam mana-mana drama TV, Saharul Ridzwan menjelaskan bukannya tiada tawaran berlakon drama mahupun telefilem sebaliknya dia mahu memberi fokus pada perniagaan Qaabila Skincare diusahakannya.

“Saya masih meneruskan karier lakonan dan jika ada tawaran berlakon drama atau naskhah menarik, saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu. Buat masa ini, saya sibuk untuk mengembangkan bisnes yang juga jaminan untuk masa depan saya dan keluarga.

“Saya juga sudah berasa selesa dengan rutin kerja sekarang yang bermula jam 9 pagi dan selesai jam 5 petang terus pulang ke rumah untuk bersama keluarga,” katanya kepada media.

Untuk rekap, suami kepada Qaabila Deena Emir atau lebih dikenali sebagai Deena Emir ini Deena yang juga punya peniagaan sendiri Wrap Boutique House menimang cahaya mata ketiga yang diberi nama Khadijah Alkubraa sekitar 31 Januari lepas.

Pasangan sama cantik sama padan ini juga  ligat mengusahan produk kecantikan mereka. Mac lepas, satu lagi produk keluaran Qaabila Skincare dilancarkan iaitu Habbapro Series – Habbapro Cleanser.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

 

Share
Published by
Wan Firdaus