Cuaca yang panas terik, ditambah situasi kes COVID-19 yang meningkat serta kebosanan duduk di rumah kini boleh diatasi dengan memesan minuman terbaharu di pasaran.
Dua pilihan Nona untuk menghilangkan dahaga adalah dari Costa Coffee dan The Coffee Bean & Tea Leaf. Menariknya, perisa baharu yang ditawarkan menepati selera ramai iaitu karamel dan matcha.
SORAKAN OLIMPIK
Costa Coffee memperkenalkan rangkaian minuman Golden Caramel untuk meraikan penajaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sedang berlangsung sekarang. Kalau beli sekarang dapat sekali cawan edisi khas Tokyo 2020 tau!
Aroma karamel yang manis bercampur kopi asli menjadi keistimewaan minuman baharu Costa Coffee. Rangkaian tersebut menampilkan Tokyo Gold Latte, Tokyo Gold Iced Latte, Tokyo Gold Frostino, dan Golden Tokyoccino dalam pilihan panas atau sejuk.
SESUAI MUSIM PANAS
Satu lagi kesukaan Nona adalah Ice Blended
The Coffee Bean & Tea Leaf iaitu Matcha Strawberi dan Matcha Hazelnut. Keseronokan yang kecil meneguk minuman ini sambil menikmati kek mampu membantu kita berehat lebih baik pada waktu PKP ini.Tak cukup minuman ice blended semata, pesan juga menu lazat Poppin’ Summer Salad yang ceria, gandingan cape gooseberry, bayam kecil dan ayam popcorn rangup ditaburi kuah salad sitrus yang segar. Memang sedap!
Tak perlu keluar rumah untuk memesan minuman-minuman ini. Semuanya di hujung jari, cuma tempah secara online dan tunggu ia dihantar terus ke rumah. Lebih selamat dan mudah, bukan?
Selamat menjamu selera. Bertenang dan luangkan masa dengan orang tersayang.
This website uses cookies.