Sweetnya tengok reaksi Tun Dr Mahathir Mohamed tatkala mendukung anak angkat Datin Paduka Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin! Jelas terpancar naluri seorang datuk penyayang dalam diri pemimpin utama negara ini.
Bahkan ketika Datin Paduka Umie Aida mahu mengabadikan gambar kenangan bersama pasangan pemimpin berkenaan di samping suami tercinta, Tun M masih leka menatap wajah comel bayi bertuah tersebut. Alahai, tak ubah macam seorang datuk yang baru pertama kali timang cucu!
Biarpun sibuk dengan urusan pentadbiran dan status selaku Perdana Menteri namun Tun Dr Mahathir Mohamed tetap sudi beramah mesra dan memegang anak kecil ini. Begitu juga Tun Dr Siti Hasmah yang setia di sisi Tun M dan membelai lembut permata hati terbaru Datin Paduka Umie dan Datuk Paduka Khairuddin. Siap tinggalkan pesan lagi dekat aktres filem Dukun ini.
Kongsi Datin Paduka Umie Aida, “Sempat jugak Me (Umie) berlakon depan Tun Siti… walaupun tak sampai seminit. Me sampai je rumah Tun… dengan langkah seperti orang baru lepas bersalin.
Ayat pertama yang keluar dari mulut Me pada Tun Siti… ‘Umi masih dalam pantang, baru 30 hari Tun.’ Wajah Tun Siti tak terkejut langsung. Malah tersenyum sambil pegang baby dan berkata alhamdulillah.
Jaga amanah Allah sebaik-baiknya dan cuba susu badan selama dua tahun untuk baby ni. Tun seperti tahu lakonan Me tadi tak natural.”
Rata-rata rakan artis dan peminat yang mengikuti perkembangan Datin Paduka Umie turut melahirkan rasa terharu melihat reaksi Tun M dan Tun Siti Hasmah ketika menerima kunjungan pasangan selebriti ini. Malah ramai yang beranggapan anak kecil tersebut cukup beruntung dan pasti rasa bangga bila besar nanti kerana berpeluang bertemu serta didukung Tun M.
Dalam pertemuan itu, Datin Paduka Umie dan Datuk Paduka Khairuddin turut meraikan ulang tahun kelahiran Tun M dan Tun Siti Hasmah pada 10 dan 12 Julai lalu.
Menyentuh mengenai kehadiran si kecil, pada 5 Julai lalu adik kepada Erma Fatima ini tanpa berselindung memuat naik sekeping wajah bayi comel di laman media sosial miliknya. Difahamkan bayi berkenaan merupakan anak angkatnya bersama suami, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.
Tanpa menyatakan jantina dan nama… beliau memberitahu, “Penawar hatiku. Anugerah dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Alhamdulillah… ku terima amanah ini dan akan menjaganya sebaik mungkin. InshaAllah.”
Kredit: Instagram Datin Paduka Umie Aida