Apabila sebut sahaja perkataan bersenam, pasti ramai yang beranggapan senaman sekadar aktiviti riadah untuk mengeluarkan peluh semata-mata.

Ads

Tanggapan itu perlu diubah kerana senaman bukan sahaja melibatkan aktiviti fizikal semata-mata, malah ia membantu dari segi pernafasan, sistem perkumuhan tubuh dan membantu tubuh mendapatkan stamina yang diperlukan. 

Ramai yang memilih waktu pagi dan waktu petang sebagai waktu terbaik untuk melakukan aktiviti senaman atau riadah. Tetapi sebenarnya tiada waktu khusus diperuntukkan untuk melakukan senaman kerana ia boleh dilakukan tidak kira pagi, petang, malam mahupun pada waktu anda mempunyai masa lapang bergantung pada gaya hidup masing-masing.

Walaupun pagi dikatakan waktu terbaik untuk melakukan aktiviti senaman tetapi waktu ini jugalah antara waktu yang paling liat untuk anda bangun dan melakukan senaman. Antara kebaikan melakukan senaman di waktu pagi termasuklah:

  • Mencerdaskan minda dan memberi tenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian.
  • Membakar kalori pada awal pagi dan meningkatkan metabolisme badan.
  • Regangan yang dilakukan pada awal pagi akan membantu otoot bergerak lebih baik.
  • Jadual senaman akan menjadi lebih konsisten pada mereka yang sudah biasa melakukan senaman pada awal pagi. Ini kerana lebih kurang gangguan di waktu pagi.

Anda dinasihatkan untuk melakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman berat yang lain untuk mengelakkan kejutan terlampau kepada tubuh badan pada awal pagi.

Bersenam Waktu Malam?

Ads

Tidak semua mampu untuk bangun awal pagi dan bersenam. Jadi, waktu petang atau malam juga sesuai jika anda mahu melakukan aktiviti bersenam. Ada juga waktu lain yang sesuai untuk anda lakukan senaman harian. Antara kebaikan melakukan senaman di waktu petang dan malam ialah:

Ads
  • Senaman pada waktu petang atau malam akan mengurangkan tekanan yang dihadapi seharian kerana otak pada masa ini akan bertindak lebih aktif dan lebih fokus kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Ini sekaligus akan membuatkan tubuh menjadi lebih cergas dan memudahkan pengaliran cas-cas positif dalam badan.
  • Pastikan anda bersenam sebelum makan kerana ia dapat mengawal kadar pengambilan makanan pada waktu malam.
  • Manfaat bersenam pada waktu petang membolehkan anda melakukan senaman yang lebih berat berbanding jika anda bersenam diwaktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.
  • Waktu senaman yang sesuai sebenarnya terpulang kepada anda. Lakukan senaman pada waktu yang dirasakan sesuai supaya senaman berkenaan mampu dilakukan dengan masa yang ada. Kualiti kehidupan yang lebih baik adalah bermula daripada tubuh badan yang sihat.

Jadi, tidak kira sama ada anda memilih untuk melakukan aktiviti riadah pada waktu pagi, petang mahupun malam, yang penting ketahui jenis aktiviti riadah yang sesuai dilakukan pada waktu tersebut.

Sebagai contoh, elakkan melakukan aktiviti seperti berjoging di kawasan yang gelap dan sunyi di waktu malam kerana ia boleh mendatangkan bahaya terutamanya wanita.

Dari segi pemilihan jenis riadah pula, sebaiknya gunakan kemudahan gimnasium jika anda ingin bersenam pada waktu malam. Ingat, soal keselamatan perlu diutamakan agar anda dapat melakukan aktiviti senaman dalam situasi yang harmoni dan tenang! Rosmah Idayu Abu Samah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI