Sekali imbas, pasti ramai yang beranggapan figura ini seorang lelaki. Hakikatnya, Mokgadi Caster Semenya yang merupakan atlet olahraga dari Afrika Selatan ini sebenarnya seorang wanita. Namun ada yang mengklasifikasikan dia seorang intersex.
Kontroversi mengenai Semenya mula terbit apabila pemenang pingat emas sukan Olimpik 2016 ini diragui jantinanya. Disebabkan keadaan fizikal menyerupai lelaki dia terpaksa melakukan beberapa pemeriksaan.
Terbaru, dia berjaya meraih pingat emas dalam acara larian 800 meter di International Association of Athletics Federations (IAAF) di London.
Hasil pemerhatian pakar, atlet ini didapati mempunyai hormon testosteron tiga kali lebih tinggi daripada kuantiti sepatutnya yang ada dalam tubuh wanita disebabkan rembesan androgen berlebihan.
Menurut National Institutes of Health, paras normal bagi hormon testosteron lelaki adalah di antara 300 ke 1200ng/dL (nanogram per deciliter). Sementara bagi wanita pula adalah sekitar 30 ke 95ng/dL.
Berdasarkan kenyataan The Sun UK, disebabkan keadaan itu Semenya tidak memiliki rahim mahupun ovari sebaliknya mempunyai internal testis akibat pembentukan kromosom tidak normal.
Pada Januari 2017, Semenya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Violet Raseboya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26. Sudahlah berkahwin dengan seorang wanita, dia turut mengenakan persalinan lelaki.
Hah, macam-macam hal berlaku sekarang ini sampai kami pun turut sama keliru.
Kenali 3 Hormon Wanita
Sifat wanita sememangnya cukup istimewa. Selain dikurniakan bentuk tubuh menawan dan kelebihan mengandung serta melahirkan bayi, tubuh badan wanita sebenarnya mengandungi tiga jenis hormon berbeza yang memiliki peranan tersendiri iaitu estrogen, progesteron dan testosteron.
Estrogen merupakan hormon wanita yang paling utama dan berfungsi membentuk organ kewanitaan seperti pembentukan payu dara, vagina serta sistem reproduksi.
Manakala hormon progesteron pula merangsang pembentukan sel endometrium pada dinding rahim sehingga ia menebal menjelang haid di samping mempersiapkan rahim dan tubuh wanita melewati waktu subur mahupun kehamilan.
Yang membezakan sifat wanita dan lelaki terletak pada hormon testosteron kerana ia adalah hormon utama kaum lelaki yang membekalkan ciri-ciri maskulin seperti pembentukan otot termasuk pertumbuhan lebihan rambut atau bulu.
Lebihan kuantiti hormon testosteron pada wanita akan mempengaruhi kelebatan bulu pada lengan dan betis. Hinggakan ada juga di kalangan mereka ini berdepan pertambahan bulu yang agak lebat di kawasan muka terutamanya di atas bahagian bibir yang seolah-olah kelihatan seperti misai.
Biasanya, wanita yang mengalami peningkatan hormon testosteron juga mempunyai saiz payu dara lebih kecil, rangka badan yang besar atau suara sedikit garau. Suziana Abu Daud
Sumber: The Sun UK
This website uses cookies.