Perkara ni selalu terjadi kepada wanita. Tak tahu nak beli apa sebagai hadiah untuk kekasih, suami, ayah atau adik lelaki. Tiba-tiba fikiran akan jadi buntu dan tak tahu nak buat keputusan. Sebenarnya, nak cari hadiah untuk lelaki ni senang saja. Anda cuma perlu tahu apa yang paling disukai oleh pasangan. Ini ada beberapa senarai barang yang boleh anda jadikan sebagai hadiah hari jadi, ulang tahun perkahwinan mahupun kejutan buat tersayang.
BEG DOMPET LELAKI
Bukan apa, lelaki ni selagi beg dompet mereka tak hancur, selagi tu la mereka akan guna dan pakai. Siap ada yang koyak dan berlubang-lubang sampai duit syiling pun boleh hilang. Sayang katanya. Lagipun, banyak jenama beg dompet lelaki yang berkualiti dan murah. Tak ada la pening sangat nak cari.
MINYAK WANGI
Haa, tipu lah perempuan tak suka benda wangi kan? Kalau suami anda bau wangi mesti rasa hari-hari nak cium betul tak? Bukan nak cakap yang lelaki ni busuk, tapi sedar tak sedar sebenarnya minyak wangi ni sangat penting dalam kehidupan seharian seseorang. Tak kan nak jumpa orang busuk-busuk, mesti sembur minyak wangi sikit sebelum keluar rumah.
EARPHONE/ HEADPHONE
Ini confirm lelaki suka. Lelaki selalunya suka dengar muzik terutamanya bila sedang bersenam dan pergi gym. Jadi, bila anda dah bagi earphone senang abang-abang sado ni nak buat badan. Kalau boleh, beli warna yang menjadi kesukaan lelaki itu. Merah, kuning, hijau, hitam dan mungkin pink?
KASIH SAYANG
Kalau tak mampu untuk beli hadiah yang mahal-mahal tapi masih mahu menghargai pasangan anda, cukup dengan memberi kasih sayang yang sepenuhnya sebagai pengganti. Yang penting, harus setia dan jangan curang. Itu hadiah yang paling mahal sekali dalam dunia ni. Kadang-kadang, lelaki ni tak nak pun hadiah mahal-mahal. Asalkan ada orang yang sentiasa ada di sisi ketika susah dan senang.
PS4
Ini untuk yang banyak duit dan dah kumpul bertahun lamanya. Kalau nak si dia happy dan senyum sampai ke bintang cuba hadiahkan PS4. Mesti tak kena tinggal punya. Tapi kalau dah dia main sampai tak ingat dunia jangan marah pula ok? Siapa suruh bagi?
KASUT SUKAN/ FORMAL
Kalau pergi dating tu cuba tengok-tengok sikit si dia selalu masuk kedai kasut apa dan jenis kasut apa yang dia selalu pakai. Kalau dia seorang yang suka mengumpul kasut sukan, boleh pergi JD Sports. Dekat situ pelbagai jenis kasut yang boleh anda cari mengikut kesesuaian dan kegemaran pasangan masing-masing. Tapi sebelum tu, kena tahu saiz kasut pasangan anda. Buat-buat la tanya saiz kaki berapa sebab kalau salah beli satu hal pula nak kena pergi kedai balik tukar saiz.
JAM TANGAN
Jam tangan adalah aksesori kegemaran lelaki. Jarang nak jumpa lelaki yang tak suka pakai jam tangan. Bila dah ada jam tangan baru, senang la si dia nak bergaya setiap hari dan mungkin tak kan pernah lewat lagi untuk temu janji.