Lelaki Peminat Kucing Tak Diminati Wanita? Kajian Ini Dedah Faktanya

Hobi membela haiwan peliharaan seperti kucing kian menjadi pilihan lelaki bujang yang tinggal di bandar raya. Majoritinya menjadikan haiwan ini sebagai teman kesunyian, tak kurang juga yang membela kucing kerana sifat haiwan yang lebih setia daripada manusia.

Namun hasil kajian di Colorado State University, Amerika Syarikat mendapati wanita lebih cenderung untuk memilih berpasangan dengan lelaki yang tidak membela atau menyukai kucing.

Dalam kajian ini, responden ditunjukkan dengan empat set gambar membabitkan dua lelaki berbeza.

Setiap lelaki mempunyai dua keping gambar, satu memegang kucing dan satu lagi berseorangan.

Foto: Supplied by xposurephotos.com

Sejumlah 38 peratus wanita mengatakan mereka akan keluar dengan lelaki yang tidak memegang kucing, manakala 37 peratus mengatakan mereka akan mempertimbangkan untuk mempunyai hubungan serius dengan lelaki tersebut.

Namun lain kisahnya apabila responden ditunjukkan dengan gambar lelaki yang sama, tetapi memegang kucing.

Hanya 33 peratus wanita mahu keluar dengan lelaki tersebut, manakala 14 peratus pula mengatakan mereka tidak akan mempertimbangkan sebarang hubungan serius dengan lelaki itu.

“Lelaki yang memegang kucing dipandang kurang maskulin dan tidak sesuai dijadikan teman lelaki,” rumus kajian itu.

Seramai 708 wanita berusia antara 18 dan 24 tahun mengambil bahagian dalam eksperimen yang dijalankan dalam talian itu.

Namun terdapat kemungkinan dapatan kajian ini berubah mengikut stereotaip budaya masyarakat. “Penting untuk kita mengetahui ada kemungkinan wanita di Amerika Syarikat lebih menyukai anjing (dog person)

dan bukan kucing (cat person). Jika benar, tidak hairanlah mereka merasakan lelaki yang sukakan kucing kurang maskulin,” dedah pengkaji yang terlibat.

Kalau anda pula, bagaimana? Minat lelaki pencinta kucing atau tidak?

Share
Published by
Norzalina