Bertuah pengasas NOIR, Ericya Baiduri kerana dikurniakan seorang suami penyayang. Selain kisah kejayaannya sebagai usahawan menjadi pencetus semangat kepada ramai wanita, perjalanan Madammu untuk hamil dan memiliki zuriat juga tidak kurang hebatnya. Lebih-lebih lagi sudah bertahun-tahun Eriyca menunggu untuk bergelar ibu dan semestinya semuanya memdoakan perjalanan Madammu ini diberkatiNya.
Untuk rekap, Pengasas Noir Health & Beauty ini sah menjadi isteri Muhammad Azri Che Noh ketika berusia 25 tahun. Tujuh tahun mendirikan rumah tangga, dia dan suami serta tiga anak tiri hidup bahagia meskipun belum berpeluang mempunyai zuriat sendiri.
Boleh kongsikan momen bertemu dengan Eriyca, soalan pertama penulis ujarkan kepada Muhammad Azri, selaku Tukang Penasihat serta Pengasas Bersama NOIR Health & Beauty. “Saya bertemu Madammu ketika dia masih belajar lagi. Waktu itu saya pun keseorangan. Jadi bila pertama kali berjumpa, Madammu ini memang ‘friendly’ tapi tak adalah ramah sangat..”
BACA JUGA: ERIYCA BAIDURI ‘Madammu’ Pencetus Revolusi Bangkit Wanita
Sejak awal tahun ini, Madammu terbuka berkongsi kisah in vitro fertilization (IVF) yang dilakukannya bersama followers selepas. Mengakui risau pada awalnya apabila Madammu berkongsi perihal perjalanan IVFnya, akhirnya Azri terbuka kerana melihat ramai orang di luar sana terutama para lelaki (suami) yang tidak tahu tentang IVF dan prosedurnya.
Untuk video penuh, saksikan tembual kami bersama Muhammad Azri di bawah:
Berjiwa Penyayang, Jasa Tengku Puteri Datin Paduka Arafiah Dihargai Sempena Hari Ibu Pekawanis 2024
Seorang yang berjiwa penyayang, jasa adinda Sultan Selangor Y.A.M Tengku Puteri Datin Paduka Hajah Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terhadap rakyat dihargai sempena sambutan Hari Ibu Pekawanis 2024.
Tiba dengan senyuman, kehadiran Tengku Puteri Datin Paduka Arafiah diringi isteri Dato’ Menteri Besar Selangor, merangkap Yang Di-Pertua Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis), Datin Seri Masdiana Muhamad menyerikan suasana di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Majlis sambutan tersebut merupakan majlis kedua yang dianjurkan oleh Pekawanis secara besar-besaran yang dihadiri oleh tetamu seramai 400 orang jemputan dan disertai seramai 179 orang tokoh ibu yang terpilih di seluruh negeri Selangor.
Datin Seri Masdiana Mohamad berkata majlis anugerah ini merupakan tanda penghargaan kepada golongan ibu yang banyak berjasa kepada keluarga serta masyarakat.
“Tahniah saya ucapkan kepada ibu-ibu yang terpilih. Jasa dan pengorbanan ibu-ibu berikan sangat besar yang tidak dapat digambarkan dengan perkataan.
Kasih sayang dan pengorbanan ibu tidak dapat dibalas walau dengan segunung emas atau selautan intan,” katanya berucap pada sambutan majlis Hari Ibu Pekawanis 2024.
Isteri Dato’ Menteri Besar Selangor turut menyampaikan empat anugerah utama iaitu Tokoh Ibu Mithali kepada Maya Abu, Roslina Mokhtar (Tokoh Ibu Ikon), S Manikam (Tokoh Ibu Inspirasi) dan Yeoh Lai Jong (Tokoh Ibu Inovatif).
Pekawanis telah mengadakan majlis sambutan Hari Ibu pada setiap tahun. Namun ketika pandemik COVID-19, pergerakan sosial secara beramai-ramai adalah terbatas. Walaubagaimanapun sambutan tetap diteruskan dengan ziarah dari rumah ke rumah bagi mengiktiraf tokoh-tokoh ibu.
Sinonim dengan peribahasa, ‘tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia’, jasa dan pengorbanan ibu yang menjadi tulang belakang keluarga diraikan setelah lelah bertungkus-lumus membesarkan anak dan menguruskan keluarga dengan penuh kasih sayang walaupun banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuh.
Saksikan rakaman video sambutan Majlis Hari Ibu Pekawanis yang berlangsung secara gilang-gemilang, tahniah buat Tokoh Ibu 2024 yang terpilih…
Designer Tersohor, Datuk Jovian Mandagie Teroka Pasaran Pakaian Dalam Pula
Siapa yang tidak mengenali jenama Jovian, sebuah jenama dengan pelbagai jenis produk ready-to-wear (RTW) yang dikenali ramai sejak 2012 lagi. Melangkah setapak lagi dalam industri fesyen, ia melancarkan produk baharunya dikenali sebagai Wonder Suit.
Menurut pereka fesyen dan usahawan Jovian RTW, Datuk Jovian Mandagie, mengambil kira keluhan dari penggemar jenamanya mengenai masalah dengan figura mereka, kali ini ia memperkenalkan produk pertama rangkaian pakaian dalam berupa korset yang direka khas dari saiz S hingga 3XL.
“Korset ini direka untuk meningkatkan bentuk badan anda, bukan sahaja mengempiskan perut dan mencipta siluette tetapi menawarkan keselesaan dan sokongan untuk pemakaian sepanjang hari.
“Kelebihan korset ini adalah keselesaan yang tiada bandingan kerana anda tidak perlu risau akan ruam serta anda boleh kurang dua hingga tujuh inci serta merta dan membantu anda ke arah gaya hidup sihat dengan pengawalan makanan semasa pemakaian korset ini,” katanya semasa pelancaran produk tersebut semalam.
Untuk rekod, Jovian RTW merupakan sebuah jenama terkemuka dan mampu milik yang digemari ramai sejak pelancarannya pada Ogos 2012. Rekaanya yang terperinci menjadikan ramai pembeli terutama golongan wanita menjadi peminat kepada produk-produk mereka.
Apabila pandemik Covid-19 melanda negara, pelitup muka Jovian menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei. Selain itu, produk yang dijual dibawah jenama Jovia termasuklah baju kurung, baju Melayu, sejadah, telekung serta keperluan asas seperti payung, minyak wangi dan sabun tangan.
Tambah Jovian lagi, produk itu diperbuat daripada bahan berkualiti premium yang menyejukkan serta mempunyai tiga baris cangkuk boleh laras untuk muat ultra yang selamat dan enam panel tulang fleksibel dalam ikat pinggang yang membantu untuk mencapai postur yang lebih baik. Lebih istimewa, beliau bertindak sebagai individu yang terawal mencuba keberkesanan produk yang telah menjalani proses R&D selama 6 bulan itu.
“Tambahan pula, untuk bentuk badan yang lebih diingini, korset ini juga dilengkapi dengan tali pinggang boleh tanggal yang mencengkam bahagian pinggang untuk membantu menghasilkan bentuk badan yang ideal. Selain korset, jenama di bawah Wonder Suit bakal menghasilkan rangkaian pakaian dalam pada harga berpatutan serta berkualiti tidak lama lagi.
“Korset shape memory ini merupakan yang pertama mempunyai ketahanan mampatan pinggang yang mampu menyesuaikan diri dengan bentuk badan anda. Selain itu, korset ini juga menawarkan kebaikan seperti peredaran darah yang lebih baik dan mengurangkan sakit belakang serta menghilangkan keletihan,” katanya.
Pada majlis memperkenalkan Wonder Suit itu, beliau berkongsi rahsia hasil testimoni sendiri menggunakannya selama sebulan sekarang dan dapat melihat perbezaan pada badannya iaitu penurunan sebanyak tujuh kilogram dan empat inci.
Wonder Suit turut menampilkan kerjasama dengan lima bintang terkenal Malaysia untuk menjadi wajah kepada Wonder Suit iaitu Ifa Raziah, Ning Baizura, Rozita Che Wan, Sherry Al Hadad dan Dolla.
“Harga Wonder Suit ini adalah RM149 dan boleh dibeli di platform Instagram selebriti atau boleh didapati di semua JStores, Jovian Pop Up Booth dan di Shopee pada September akan datang,” katanya mengakhiri perbualan.
Mudahnya Sediakan Menu Sihat Dengan Ketuhar Gelombang! Dapur Lebih Bersih, Hidangan Lebih Sihat!
Perayaan Tahun Baru Cina bakal menjelma tidak lama lagi. Sudah tentu pelbagai persiapan sedang rancak dilakukan untuk menyambut kedatangan tahun arnab ini. Arnab dalam Zodiak Cina melambangkan kewaspadaan, maruah, kecerdasan, cepat dan kesuburan.
Jadi, soal pemakanan juga merupakan aspek yang perlu diberi perhatian untuk menyambut kedatangan tahun baharu ini.
Usah risau menyediakan hidangan untuk makan besar bersama keluarga sempena Tahun Baru Cina kali ini kerana Samsung memperkenalkan ketuhar gelombang mikro dengan fungsi memanggang yang memudahkan tugas memasak di dapur!
Grill Microwave Oven with Healthy Grill Fry Function terbaharu dari Samsung ini mempunyai ciri-ciri istimewa yang sememangnya memenuhi aspek gaya hidup masa kini yang mementingkan makanan yang sihat, berkualiti tetapi menjimatkan masa memasak.
Antara ciri istimewa yang ditawarkan Samsung Grill Microwave Oven dengan fungsi pemanggangan sihat ini jelas terlihat dari sudut rekaannya yang unik dan moden di mana ia dilengkapi teknologi sentuhan kaca pada panel tetapan. Sekali pandang, ia jelas kelihatan premium dan amat bersesuaian untuk dapur moden masa kini.
Model Samsung Bespoke ini sememangnya kelihatan premium untuk dapur moden masa kini apatah lagi disertakan dengan ciri-ciri yang memudahkan kerja menyediakan menu untuk keluarga!
Untuk model Samsung Grill Microwave Oven 30L yang penulis gunakan ini, ia membawakan kod warna Glam Sky Blue yang merupakan pilihan warna yang baharu diperkenalkan oleh Samsung. Selain daripada warna ini, anda juga boleh memilih dua warna baharu yang lain seperti Jeju Yellow dan Jeju Green atau anda juga boleh mendapatkan tiga warna sedia ada seperti Clean Pink, Clean Mint dan Pure Black.
Penulis sememangnya jatuh cinta terhadap rona Glam Sky Blue pada pandangan kasar ia kelihatan seperti warna kelabu kebiruan. Apabila ia diletakkan di bawah pencahayaan yang baik, warnanya seakan berubah sedikit tetapi ia tidak memberi kesan langsung terhadap definisi ketuhar gelombang mikro dengan sentuhan moden.
Menyentuh mengenai saiz dan berat pula, ia mempunyai saiz yang sederhana dan bersesuaian dengan table top dapur sederhana hingga ke dapur moden yang lengkap dan canggih dengan pelbagai peralatan memasak yang moden.
Menurut laman rasmi Samsung, ketuhar ini menampilkan saiz luaran sebesar 517 x 297.3 x 425.3 mm, manakala ruang muatan sekitar 20/40ft dan berat 15.9kg. Ia tergolong dalam kategori convection. Ia dilengkapi dengan sistem pengedaran berganda atau Triple Distribution System yang unik.
Sistem ini membantu mengedarkan gelombang mikro dalam 3 arah berbeza, supaya ia mencapai setiap sudut dan menembusi makanan di setiap bahagian. Hasilnya, makanan akan dimasak dengan lebih teliti dan sekata.
Berpeluang mencuba sendiri produk ini, penulis menyediakan ayam panggang dengan menggunakan mode memanggang menggunakan teknologi gelombang mikro. Hasilnya, penulis mampu menyediakan hidangan ayam panggang dengan kaedah memanggang yang sekata dan masak sempurna!
Selain sesuai untuk hidangan berat seperti lauk pauk yang berasaskan ayam, ikan dan daging, Samsung Grill Microwave Oven 30L ini juga boleh digunakan untuk pamanasan manisan seperti kek, pastri serta puding.
Usai proses menyediakan hidangan, kini tugas membersihkan Samsung Grill Microwave Oven 30L ini tidaklah mengambil masa yang lama untuk dibersihkan kerana ia mudah untuk dibersihkan selain disertakan perlindungan anti bakteria dan bahagian interior yang hygienic dan durable. Penulis amat berterima kasih terhadap bahagian ketuhar yang diperbuat daripada seramik jenis enamel yang tidak membuatkan kotoran minyak melekat lebih dalam pada binaannya. Walau secanggih mana pun teknologi yang diperlihatkan, tanpa binaan untuk ketuhar yang mudah dibersihkan, pasti ia tidak cukup untuk menarik minat para ibu di dapur bukan?
Jadi, usah buang terlalu banyak masa menyediakan hidangan untuk musim perayaan ini jika anda memiliki ‘pembantu’ khas di dapur. Samsung Grill Microwave Oven adalah pembantu terbaik menyediakan hidangan musim perayaan yang sihat untuk seisi keluarga!